Pacific Residence Hatyai..terbaik dalam kategori |
Selalunya kalau orang ke Hatyai, ramai yang pilih Lee Garden Hotel sebab dekat dengan semua attractions di town Hatyai. Aku pun sepanjang ke Hatyai berapa kali, semuanya aku bermalam di Lee garden.
Baru-baru ni (6/12/17) bila travel balik dari Phuket, aku check in hotel ni. Address nya:
Pacific Residence Hotel (Budget)
149/1 Niphat Uthit 2 Rd, Hatyai
90110 Songkhla
+6074-245202
Kalau kategore budget, hotel ni memang berbaloi sangat |
Macam biasa aku book melalui Agoda dan daripada review, hotel ni di rate sebagai memuaskan. Mr Agoda booked aku satu bilik dengan harga RM60 semalam untuk bilik double (tiada breakfast sebab tiada coffee house) dan cadang nak lanyak 4 orang satu bilik. Tapi bila tengok bilik dia yang selesa, aku pun book satu bilik lagi tapi reception tu minta aku book melalui Agoda sebab rate Agoda lagi murah dari walk-in rate.
Tengok bilik air dia..RM60 semalam punya rate!! |
Lokasi dia memang bukan sekitar Lee Garden tapi dari hotel kita dah boleh nampak Lee Garden Hotel, cuma nak menapak aku rasa berpeluh jugak. Tapi don't worry..tuk-tuk sentiasa ada didepan hotel untuk bawa hampa pi makan kat town centre (kawasan Lee Garden). Parking kereta limited sikit tapi depan hotel ada parking majlis yang berbayar.
Dari tingkap hotel ni dah nampak Lee Garden Hotel.yang tinggi tu...bukan jauh pun |
Hai ..nak tanya floating market start hri khamis-ahad ?bca info2 sblm nie floating market buka hanya jumaat-ahad?
ReplyDeleteYa anda betul..buka jumaat hingga ahad dari pukul 3ptg sampai 9 malam
Delete