Thursday, November 5, 2020

Kembara Acheh III

Malam pertama bermalam di hotel Masjid Oman Al-Makmur memang tenang.  Waktu Acheh lewat sejam dari negara kita dan sebelum waktu subuh, azan pertama akan berkumandang.  Yang tak biasa, ada jugak geng group aku yang telah bergegas turun ke masjid untuk solat subuh sedangkan waktu subuh belum lagi masuk.  Suasana sungguh tenang dan damai di Acheh dan jangan terkejut kalau solat subuh di masjid ni penuh dengan jemaah macam solat jumaat kat Malaysia.

Masjid Oman Al-Makmur
Masjid yang indah

Dewan solat Masjid Oman

Cantik ukiran kubah masjid dari dalam

Makam Abdul Rauf bin Ali-Fansuri (1024H/1615M)
Didalam bangunan yang kanan terdapat makam ulamak terkenal ni
Hari kedua (Ahad 15/3) selesai breakfast ringkas di hotel, kami bergerak ke destinasi pertama untuk hari kedua di Acheh ni iaitu melawat makam seorang ulamak yang terkenal di Acheh dan juga Nusantara iaitu Abdul Rauf bin Ali-Fansuri (1024H/1615M).  Makam terletak betul-betul di tepi pantai dan terdapat beberapa kubur di sekitar makam ulamak ini.  Semasa tsuanami membadai kawasan ni, semua kubur di kawasan ni terjejas teruk tapi yang hebatnya makam ulamak ni langsung tak terjejas.  Mengikut cerita orang yang menjaga makam ni, air laut terpesong mengelak makam ini.  Hebat betul amalan ulamak tersohor ini yang berakwah sehingga ke Nusantara termasuk negara kita.

Semasa kami sampai terdapat sekumpulan orang Indonesia sedang membaca ayat suci di sekeliling makam ni.  Makamnya panjang menunjukkan betapa tingginya orang dulu-dulu tapi malangnya gambar tak dibenarkan di ambil.  Kalau di sini Sheikh di eja dengan Syiah (kalau di negara kita Syiah merupakan ajaran sesat) dan banyak nama jalan yang diambil dengan nama ulamak terkenal tapi di eja dengan "Syiah" di pangkal nama dia.

Kalau hampa nak baca pasal ulamak terkenal ni, sila klik kat sini  Abdul Rauf Ali-Fansuri

Gampong Lampulo-Bot Di Atas Rumah
Lokasi bot di atas rumah
Salah satu tarikan yang mesti d lawati adalah bot yang terdampar di atas rumah semasa Tsunami melanda.  Selain melihat betapa kuatnya peninggalan kuasa tsunami, kita akan dapat cerita daripada saudara kita yang menyaksi sendiri peristiwa bot yang tersangkut di atas rumah ni.  

Mengikut ceritanya semasa tsunami melanda, semua tuan punya rumah yang bertingkat 2 telah menutup pintu pada penduduk kampung di sini, cuma rumah ni saja yang membenarkan penduduk kampung mencari perlindungan di tingkat 2 rumah ini.  Apabila air makin meningkat naik sehingga ke tingkat 2, penduduk yang berada di atas  tingkat ini telah reda untuk menemui ajal.  Tapi dengan kuasa Allah, tiba-tiba datang bot tanpa pemandu ni tersangkut di atas rumah ni.  Penduduk yang terperangkap tu pun menaiki bot dan terselamat dari dihanyutkan oleh ombak tsunami.


Semua kejadian yang terjadi menjadi iktibar pada kita


Penduduk yang menjadi saksi sedang menceritakan peristiwa bot ni
Senarai penduduk yang terkorban
Gerai jualan pun ada
Bila kita membaca atau mendengar cerita pasal bot ini mungkin ada beberapa versi tapi yang lebih penting bagi kita adalah untuk merasa insaf dan percaya Allah saja yang mampu memberi bantuan walaupun dalam keadaan mustahil sekali pun..

Kubah Masjid Hanyut Lam Teungoh
Kubah yang hanyutkan oleh arus tsunami
Hampa boleh bayang tak kubah masjid yang ribuan tan beratnya boleh dihanyutkan oleh arus tsunami dari kampung di sebalik bukit ke kampung lain yang terletak lebih dari 5km antara satu sama lain.  Kubah ini lah yang aku saksikan sendiri dan tak terbayang bagaimana kuatnya arus tsunami yang membadai kampung ini sehingga boleh mengerakkan kubah masjid yang berat ni.

Sebelum dapat menyaksikan kubah ni, kita akan menyewa moto yang disediakn oleh janda-janda yang kematian suami akibat tsunami.  Kadar sewa moto ni terpulang pada kita dan kita akan menunggang masuk ke dalam kampung sejauh 2 km perjalanan.  Di sinilah terdamparnya sebuah kubah masjid yang menjadi saksi betapa hebatnya dan ngerinya arus tsunami.  Kubah ni dibiar terdampar sejak tsunami dan di jadikan tarikan kepada orang ramai supaya insaf dengan kekuasaan Allah.

Di sini juga di jual kain pelikat Acheh dan barang cenderahati dan stall ini dipunyai oleh janda-janda yang menyewa moto tadi.  Anak-anak Acheh berlari menjemput kami tapi sayangnya aku lupa membawa kudapan atau gula-gula untuk kanak-kanak ni.

Penerangan diberikan oleh penduduk kampung yang menjadi mangsa tsunami walaupun ketika itu masih kecil

Masjid Baitul Musyahadah@Masjid Teuku Omar

Kubah unik berbentuk tarbus
Seperti yang aku cakapkan masa entri awal, kat Acheh ni terdapat banyak masjid yang dibangun oleh orang persendirian dan juga oleh kerajaan asing.  Salah satu masjid yang mempunyai rekabentuk unik adalah masjid ni atau di kenali sebagai Masjid Teuku Omar.  Yang uniknya masjid ini terletak pada kubahnya yang berbentuk tarbus dan nampak macam loceng pun ada.

Kami berhenti di sini untuk menunaikan solat zohor.


PLTD Apung 1 - Kapal Generator Yang DiHanyutkan Oleh Tsunami
Sejarah PLTD Apung 1
Destinasi berikutnya adalah tarikan wajib dikunjungi apabila bertandang ke Acheh.  Dengan lawati tempat ni, bolehlah kita dapat gambaran betapa hebat dan kuatnya tsunami yang melanda Acheh.  PLTD Apung 1 ni merupaka kapal seberat 2,600 tan yang merupakan bekas kapal generator yang membekalkan elektrik.  Tapi kapal ni tidak digunakan lagi dan ditambat di pelabuhan kat sini.  Semasa tsunami melanda, kapal ini telah diheret ke daratan sejauh 5km (tempat sekarang) dan semua pekerja di atas kapal telah terkorban melain hanya seorang yang terselamat.  Dia terselamat kerana dia tidak turun melarikan diri semasa tsunami melanda sedangkan yang lain lari ke dataran dan terus dihanyutkan oleh arus tsunami.

Bayangkan kapal seberat 2,600 tan ni oleh diseretke daratan sejauh 5km
Kapal generator yang tak digunakan lagi

Pasar Aceh Shopping Centre
Aceh Shopping Centre..tempat shopping
Kalau nak shopping, kat komplek ni lah yang paling terkenal.  Terletak ditengah-tengah Banda Aceh, kat sini terdapat kedai-kedai yang menjual kain, baju, telekung dan kain pelikat Aceh.  Harga memang lebih murah dari tempat-tempat lain, aku beli kain pelikat Acheh kat kawasan kubah masjid hanyut RM35 tapi kat sini hanya RM30 saja.


Makan Malam Di Rumah Pak Syaifun
Hari kedua kami di Acheh di tutupi dengan kami di bawa oleh Suria untuk makan malam di rumah Pak Syaifun dan isteri beliau, Puan Nilawati.  Pak Syaifun ni adalah antara mereka yang berdepan dengan tsunami dan terselamat untuk berkongsi cerita sedih ni dengan para tetamu.
Hidangan yang disediakan oleh isteri Pak Syaifun...banyak betoi sampai tak habis
Selesai makan, Pak Syaifun pun mula bercerita dengan penuh sebak dan sedih untuk kami mengambil iktibar.  Sebelum tsunami, Pak Syaifun merupak tukang membuat bot nelayan dan selepas tsunami melanda, dia kehilangan segalanya. Semasa tsunami berlaku, isteri dan anak beliau ditemui diatas pokok kelapa dan dari 4 anak, beliau kehilangan seorang anak yang langsung tidak di ketemui sehingga sekarang.

Bermula dari hari tersebut, dia telah mengusahakan homestay di rumah mereka di Dusun Malahayati Desa Lampulo Kecamatan Kuta Alam,Banda Aceh.  Beliau juga telah mendalami ilmu agama dan rumah beliau dijadikan pusat pengajian agama.  Beliau juga menjadi pengusaha atau ejen untuk yang hendak menunaikan umrah dan haji.

Beliau juga telah menulis sebuah buku yang mnceritakan detik cemas yang dia tempuhi semasa tsunami yang berjudul Misteri Dan Keajaiban Kapal Di Atas Rumah Lampulo Banda Aceh.  Disamping itu, beliau juga dijemput untuk memberi ceramah agama dan juga menceritakan peristiwa tsunami dan beliau pernah beberapa kali ke Malaysia memenuhi jemputan.

Untuk yang berminat untuk menjemput Pak Syaifun, bolahlah hubungi beliau di talian +6285260806324

Pak Syaifun sedang bercerita pengalaman berdepan dengan tsunami
Selepas mendengar cerita sedih Pak Syaifun sekeluarga, kami pun membeli buku beliau dan ada juga yang sedekah duit untuk beliau dan pondok beliau.  Pengalaman mendengar sendiri dari mulut mangsa tsunami lebih hebat dari melihat tsunami di Youtube atau membaca dari majalah.  Semoga Aceh dipelihara Allah.

Kembara Acheh II

Dari airport, bas terus membawa kami ke Banda Aceh, iaitu ibu negeri Acheh.  Mengikut Suria, tsunami tak sampai ke airport tapi sepanjang jalan ke airport di jadikan tempat untuk mangsa berlindung.  Di atas jalan didirikan banyak khemah di sepanjang jalan.  Jalan ke bandar ni cantik dengan jalanraya 4 lorong.  Dalam perjalanan, tak nampak sangat kesan tsunami..semuanya telah dibaiki dan dibangunkan semula.

Kubur Masal Siron

Lokasi pertama kami adalah Kuburan Masal Siron iaitu satu kuburan dimana disemadi kebanyakan mangsa tsunami tanpa mengira agama.  Hampir 47,000 jasad tanpa mengambil kira agama dan identiti telah disemadi di sini!  Tiada batu nisan atau tanda, semuanya telah ditimbus dan menjadi monumen sahaja.  Begitu sayu bila mengenangkan mayat-mayat hanya di masukkan ke dalam kuburan besar dan ditimbus macam tu sahaja kerana banyak yang telah busuk.  Setiap tahun pada 26hb. Disember, satu dunia akan turun ke sini untuk memperingati tragedi Tsunami 2004. 

Tourist guide kami, Suria (kepiah coklat) sedang memberi penerangan.  Di belakang tu kubur mangsa..hanya tumbuh rumput saja
Sayu sungguh bila berada di sini..
Monumen juga dibina di sini..di belakang tu merupakan antara kubur 47,000 mangsa tsunami yang terkorban
Kalau nak baca lanjut pasal tempat ni, sila klik Kuburan-Massal-Siron

Pantai Ulee Lheue, Banda Aceh
Cantik bila matahari terbenam di pantai ni..benteng pemecah ombak dibina selepas tsunami

Selepas tu kami dibawa meronda di Banda Aceh dan berhenti di pantai Ule ni.  Sambil menikmati panorama matahari terbenam, kita boleh order air kelapa dan janggung bakar.  Harga lebih murah dari tempat kita.  Banyak kerusi plastik disediakan untuk kita bersantai sambil menikmati minuman.  Pantai ini di antara tempat yang teruk di badai tsunami sehingga pantainya yang luas tiada lagi sekarang.

Banyak gerai jualan air kelapa di sepanjang pantai ni
Kalau hampa nak baca lanjut pasal pandai ni, sila klik; Pantai Ulee 

Masjid Baiturrahim

Oleh kerana maghrib dah masuk, kami di bawa ke sebuah masjid yang terletak di pusat tragedi tsunami.  Sepanjang kami di bawa pusing Acheh ni, memang nampak banyak masjid yang cantik di sini kerana 99% penduduk Acheh adalah Muslim dan hanya sedikit Kristain.  Masjid Baiturrahim ni sederhana saja tapi time solat, memang penuh macam sembahyang jumaat di tempat kita.  

Selepas naik bas, Suria menjemput seorang sahabat Acheh yang berdepan dengan tsunami di kawasan masjid ni sehingga kehilangan semua ahli keluarga.  Mengikut cerita beliau, malam Christmas tu (25hb. Dec), dia berpesta di tepi pantai dengan segala kemaksiatan melebihi mat salleh walaupun dia seoarang muslim.  Sehingga dia tertidor kepenatan dan dikejutkan dengan hiruk-pikuk orang berlari akibat kejadian gempa bumi keesokan paginya sebelum tsunami membadai seluruh kampung dia.  Walaupun kejadian dah hampir 15 tahun dan dia akan bercerita yang sama pada group macam kami tapi dia masih sebak setiap kali menceritakan peristiwa tu.  Dia kehilangan kesemuanya, family dan harta benda tapi dia bersyukur sebab diberi peluang kedua untuk kembali padaNya.  Kesan dari tsunami, dia sekarang menjadi seorang muslim yang sejati dan sentiasa berjemaah di masjid ni.

Hebat sungguh cerita saudara ni..sehingga kami berlinang airmata mendengar betapa teruknya kesan tsunami tapi dalam masa yang sama telah memberi kesedaran yang amat mendalam pada orang Acheh. 

Hotel Masjid Oman Al-Makmur


Pada awalnya kami sepatutnya bermalam di Hotel Medan tapi oleh kerana covid19 ni, kami bermalam 2 malam di sini dan malam terakhir di Hotel Medan.  Sebenarnya hotel Masjid Oman ni terletak dalam kawasan masjid, turun hotel boleh terus masuk masjid yang dibangunkan oleh negara Oman ni.  Hotel dia kira cantik jugak dan luas bilik dia dengan free breakfast nasi bungkus dan sedikit kuih setiap pagi.  Tapi yang paling best, turun hotel boleh terus ke Masjid Oman untuk berjemaah dengan orang Acheh.

Mengikut staff di hotel ni, rate semalam kat sini adalah RM95 semalam.

Kembara Acheh I


13-17hb. Mar 2020 (4H3M)
Berbulan rasanya cerita Acheh ni terperap dalam "draft" walaupun aku dah mula menulis sejak bulan March lagi.  Ini gara-gara covid 19 yang membantutkan semangat untuk menulis.   Akhirnya siap juga tulisan ni dan harap geng semua mendapat sedikit maklumat mengenai Acheh.

Salah satu wishlist destinasi dekat aku adalah Acheh (di sana di eja Aceh saja) untuk melihat sendiri keadaan di sana selepas dilanda Tsunami 2004.   Memang teringin sangat hendak melihat dengan mata kepala aku sendiri keadaan di sana walaupun sudah hampir 15 tahun tragedi terhebat abad ini melanda.  Masa aku ke Pataya Thailand, tercari-cari jugak kesan tsunami kat sana macam bangunan rosak atau muzium tapi langsung tiada.

Bila ada grup dari Ipoh ni offer joint depa, aku pun terus setuju.  Perancangan di buat sejak Oktober 2019 dan bayaran penuh RM1,380 telah di buat untuk flight dan ground.  Tarikh pun dah ditetapkan pada 13 hingga 17hb. Mar 2020 (4H3M) masa cuti sekolah memandangkan ramai yang joint ni terdiri daripada gomen staff dan cikgu.

Tapi sebulan sebelum nak terbang, covid 19 melanda negara menyebabkan pihak penganjur mencadangkan supaya tarikh di tunda tapi malangnya pihak AirAsia tidak membenarkan refund.  List awal yang nak joint lebih dari 30 orang tapi akhirnya bila ditolak yang bekerja kerajaan terpaksa menarik diri sebab depa kena kuarantin sendiri 14 hari kalau pergi jugak.   Oleh kerana cuti sekolah hanya seminggu, cikgu-cikgu ni tak boleh joint sebab kena masuk sekolah lepas balik dan tak boleh kuarantin sendiri.  Akhirnya hanya 18 orang saja yang bersetuju untuk ke sana.  Aku pun berbelah bagi jugak dengan covid ni tapi bila check di Acheh tiada kes, aku pun setuju untuk ke sana.

Aku bertolak sebelum subuh ke Ipoh (pick-up point untuk bas khas) dan tepat jam 8 pagi bas kami bertolak ke KLIA2 dan tambang bas dibayar asing RM90 untuk pergi dan balik Ipoh-KLIA2.  Sampai KLIA2 agak awal, sempat lagi makan-makan di foodcourt sebab flight kami dalam 4.20 petang dan dijangka mengambil masa 1 jam 40 min ke Aceh.  Keadaan di KLIA2 agak legang..tak macam selalu disebabkan tiada flight dari China boleh mendarat di negara.



Sultan Iskandar Muda International Airport Acheh..kecik saja
Sunyi saja airport sebab banyak group dah batal trip ke Acheh
Tepat jam 4.20 petang flight kami pun meninggalkan negara dan mendarat Sultan Iskandar Muda Airport, Acheh pada jam 5.30 petang (4.30 petang waktu Acheh).  Waktu Acheh lewat sejam dari Malaysia, jadi bila sampai tu rasa awai lagi.  Di atas flight AA tadi dah diedarkan borang untuk diisi dan sampai di airport Acheh, ada pasukan kesihatan yang memeriksa suhu penumpang dan kami diberi taklimat ringkas sekiranya ada gejala covid19 ni.

Proses imigresen pun lancar
Alhamdulillah, semuanya lepas dan tiada yang sangkut imigresen.Tourist guide kami yang bernama Suria bersama bas telah sedia menanti.  Sepanjang kami berada di bawah guide En. Suria ni, dia ni menjadi Maharaja Lawak kami dengan coloteh dan lawak dia sepanjang hari.  Memang tak kering gusi sepanjang bersama dia..

Lepas masuk beg dalam perut bas, kami terus di bawa ke destinasi pertama kami..


Tuesday, July 7, 2020

Restoran Top D'Gurun, Kepala Batas Penang

Restoran ni dah lama viral pasal menu sotong buncit jahat dan Kepala Batas ni merupakan cawangan yang keempat sejak Februari 2020.  Aku pun dah beberapa kali lalu jalan ni tapi pasal MCO, terpaksalah tangguh niat nak mencuba.  Tapi hari ni (7/7/2020) cuti  Heritage Day di Penang, so aku nak lunch di restoran ni.  

Terletak di Kampung Datuk, Kepala Batas dan dibuka setiap hari melainkan hari jumaat dari jam 10 pagi hingga 5 petang.  Kalau yang tak tau Kampung Datuk ni, kalau dari tol ambik jalan nak ke Kompleks Kailan dan bila sampai traffic light yang ada POS Office tu, ke kiri kita ke Kompleks Kailan@Hotel Sri Malaysia tapi hampa belok kanan.  Ikut jalan tu terus sampai hampa nampak restoran ni belah kanan yang terletak di corner sederet rumah kedai (Taman Perniagaan Indah Utara).  

Aku ambik sekor sotong buncit jahat (RM26), daging salai, gulai kepala ikan dan sambal belacan dengan satu milo ais.  Jumlah semua dengan 3 nasi dan air ialah RM52.70 dan bagi aku kira tak la mahal. 

Menu simple yang aku order utk 3 orang..

Nombor utk sapa yang nak book tempahan
Jadi untuk hampa yang nak try makan kat sini, tak payah lah nak pi jauh-jauh..kat Kepala Batas pun dah ada cawangan restoran ni...

KEMAS KINI 2024

Restoran cawangan Kepala Batas ni telah ditutup..kena pi Sungai Petani kalau nk try.

Saturday, June 20, 2020

OYO 89717 Budget Star Hotel, KL

Masa aku stuck di KL area Pudu bulam Mac lalu, aku check-in melalui OYO hotel ni.  Harga yang aku dapat adalah RM26 (harga biasa RM53) selepas ditolak discount dan kupon untuk bilik standard single.  Address penuh seperti berikut:

No. 2 Jalan Metro Pudu 2, Fraser Business Park, Off Jalan Loke Yew, KL

Sekeliling hotel ada disco besar yang operate sampai subuh tapi aku lena sampai pagi gak walaupun bunyi berdendum boleh dengar sampai bilik.  Nak makan tak susah sebab ada restoran mamak dan store serbanika 24 jam.  Stesen monorel hanya perlu berjalan kaki cuma nak cari hotel ni agak pening sikit sebab kena masuk dalam sikit.   

Pintu masuk hotel..

Bilik single

Toilet kecil tapi bersih

TV dan meja kecil untuk bilik single

Monday, April 13, 2020

Kampong Agong, Bakar Kapor, Seberang Perai


Kampong Agong..kembali ke nature
Tempat aku nak cerita ni dah memang viral sekian lama walaupun terletak tak jauh dari tempat aku tinggal.  Yang bestnya aku selalu lalu kampong ni tapi tak pernah terfikir yang tempat ni menjadi viral dan dikunjungi ramai bukan saja dari Penang malah dari utara Malaysia.

Kampong Agong, Bakar Kapor terletak dalam pekan Penaga, Seberang Perai Utara.  Penaga ni terkenal dengan pasar sehari pada hari khamis dan ahad.  Nak ke sini hanya waze  Homestay Kampong Agong, hampa akan di bawa ke sini.  Apa yang ada kat sini..mmmm...kalau hampa suka cara hidup kampong, sawah padi dan pohon nyior, ni lah tempat yang sesuai untuk mengimbau zaman kecik-kecik dahulu.  Bayaran masuk dikenakan RM5 dan parking kereta RM3.  Malas aku nak taip panjang-panjang, hampa tengoklah gambar yang sempat aku rakam pada 9 Februari 2020.

Damai betoi kat sini..

Boleh bergambar kat sini dengan suasana kampong..
Sawah padi yang menghijau..
Rumah kampong dulu-dulu..

Tempat wajib bergambar tapi kena beratur kalau ramai...
Piano pun ada..
Buaian pun ada..
Jangan terkejut kalau ada yang tak kenal pokok padi...


Saturday, November 2, 2019

The Nine Place Hotel Hatyai


Masa aku pi Hatyai pada 26hb. Oktober 2019 aku telah memilih untuk menginap di hotel ni; The Nine Place Hotel, Hatyai.  Address yang aku dapat adalah:

116 Liab-Klongtoei Alley Tum Bon Kho Hong Hat Yai Thailand 90110  

Hotel ni agak jauh sikit dari town centre (area Lee Garden) dan aku sengaja memilih hotel ni.  Selalunya aku memilih hotel Lee Garden atau sekitarnya tapi oleh kerana datang dengan kereta sendiri, aku cari yang jauh dan lebih tenang.  
Sangkaan aku hotel mungkin kurang penginap tapi rupanya bila aku sampai parking hotel dah penuh..yang bestnya kereta yang parking kat situ semua plat number Malaysia.  Kalau penuh pun (tak banyak lots) tiada masalah, di depan hotel boleh park sebab security hotel 24 jam.
Kalau nak menginap kat sini mesti ada own transport sebab tuk-tuk pun tak lepak depan hotel dan kedai 7e pun tiada di hadapan hotel.  Breakfast halal di sediakan tapi memang terlalu simple.  

Bilik hotel ni memang cantik dan besar dengan fasiliti asas yang baik.  Kalau nak pergi town pun tak la jauh sangat, dalam 10-15 minit dah sampai town.  Aku booked dua bilik standard double room city view melalui Agoda dengan rate RM163.02 (all-in untuk 2 bilik) semalam dengan free halal breakfast.  Secara ringkasnya, aku puas hati dengan hotel ni cuma kita mesti ada own transport kalau memilih hotel ni.

Rate hotel untuk 2 bilik semalam melalui Agoda

Katil double memang sedap

TV dengan channel yang banyak tapi kebanyakan cakap Thai

Toilet cantik dan bersih
Breakfast halal tapi kurang sedap..roti cepat habis sebab ramai orang Malaysia