Wednesday, July 8, 2026

Betong 2.0

13 Disember 2025 (2H1M)

Dah lama aku pi Betong Thailand ni, bulan Dec 2025 tapi baru nak update blog & penah aku masuk Betong sebelum ni pada tahun 2018 atas dasar kerja (rujuk https://jomronda-mozag02.blogspot.com/search/label/Betong). Pasai Hatyai dah banjir teruk, aku decide nak explore Betong ni.


Travel kali ini dengan kereta dan singgah makan pagi di Baling kat area Taman Bukit.  Dari Baling drive ke Pengkalan Hulu..singgah beli insuran kat kedai tepi jalan yang banyak sepanjang jalan sebelum kita sampai sempadan Malaysia Thai.  Caj yang dibayar:

Insuran utk kereta SUV RM30 (8 hari)

TM2&3 RM5 /orang

Imigresen Thai RM2/orang (masa balik pun kena bayar)

Selain tu hampa semua kena update apps Thai walaupun depa tak check pun (aku update melalui Touch & Go apps).

Masa aku pi rate Ringgit adalah RM135 untuk 1000B

Rate insuran ke Betong..sorry, rotate sendiri la..

Drive ke sempadan Malaysia smooth cuma di check point, polis Malaysia tahan & nak tengok driving lesen aku. Aku cakap kena buka apps la sebab semua dah on-line..bila time tu nak cari apps memang lambat la.  Mungkin lambat kut, dia suro anak aku lain kali buat SS kat HP aku supaya senang nak check.  Encik Polis..saya ni drive Mazda CX5 baru kut yang berharga RM160,000..tak kan lesen saya tak boleh nak renew..cakap dalam hati saja la (sombong jugak aku ni..)..tak pa tu kerja depa..kita hormat walaupun jadi lambat journey kita. 

Di IMI Thai macam biasa semua kena turun dari kereta, beratur agak panjang.  Untuk memudahkan, hampa beratur satu line dengan didahului dengan driver.  Sebab driver yang bawa document kereta & perlu bayar RM2 sorang tu.  Habis semua dicop passport, drive ke booth IMI Thai..depa akan tengok documents kereta..lepas tu "Welcome to Betong".  Dari sempadan Thai ke town Betong tak jauh pun dalam 15 minit drive. 

IMI Thai untuk cop pasport..ramai tapi smooth

Lepas sempadan Thai ada satu budak jual SIM Card Thai tepi jalan untuk talian HP kita.  Aku beli Eco Travel SIM DTAC dengan harga RM25  untuk 7 hari tanpa perlu daftar pun.  Anak-anak semua dah beli e-SIM masa kat Malaysia lagi.  Wife guna Wifi aku saja..speed & coverage DTAC ni memang sangat ok.

Travel SIM Card..RM25 ja untuk 7 hari..DTAC ni memang power coverage & speed dia

dah sampai Betong..

Town Betong ni (rasanya Pekan) tak la besaq mana pun..banyak attractions dia dekat-dekat town saja kecuali ada 1-2 yang kita kena travel jauh sikit.  Dalam town dia kita boleh lawat tempat-tempat berikut (pusing-pusing town, hampa akan jumpa tempat ni jugak).   

Peti Surat terbesar di dunia..tempat wajib bergambar

Depan Peti Surat ni ada Betong Clock Tower


Chicken Statue..arca ayam

Depan arca ayam tu, ada Mongkollit Tunnel

Ada 2-3 tempat dalam town yang aku baca dalam blog yang aku tak singgah.

Skywalk Aiyerweng 

Next day, pagi-pagi aku dah travel ke Skywalk Aiyerweng untuk tengok matahari terbit.  Perjalanan agak jauh dalam 1 jam melalui jalan kampung dan bukit.  Sampai disana, kita kena park kereta di bawah dan ambik tutut atau motor untuk dibawa naik ke Skywalk ni.  Masa balik pun sama..samada naik tutut atau bonceng motor yang disediakan dengan bayaran.  Jarak tak la jauh sangat tapi nak menapak naik bukit memang penat la..

Harga tiket nak naik menara Skywalk 200B

Tak la tinggi sangat tapi kalau gayat macam aku, memang terasa


Dalam 4 tingkat ja..

Winter Flower Garden

Next aku singgah ke Winter Flower Garden yang terletak agak jauh jugak (bukan di town Betong).  Kat sini ada taman yang cantik yang boleh kita bergambar.  Dengan harga tiket masuk 120B, kita akan dibawa masuk dengan keretapi (van).  Hampa boleh QR ja guna bank Malaysia.  Kawasan dia tak la besaq mana tp kira oklah standard Betong.


Tiket masuk ke sini..








Piyamit Tunnel

Last sekali aku singgah ke Piyamit Tunnel.  Betong ni dulu-dulu masa zaman komunis merupakan kubu kuat komunis Malaya.  Apabila zaman komunis berlalu, tinggal lah sejarah tunnel ni untuk generasi baru tengok kesan-kesan yang ditinggalkan oleh puak ni.

Tiket masuk 80B..tapi cash sahaja


Sejarah Tunnel ni..

Kawasan tinggi jugak..jenuh masuk lorong-lorong dia


Salah satu lorong dalam tunnel

Bagi aku Betong ni kira ok sajalah..bagi yang belum pernah sampai, boleh lah buat trip ke sini..guna pintu sempadan Pengkalan Hulu/Betong.  Kalau dah ke Thai, tak sah kalau tak singgah ke 7e dia..minum kopi di Amazon Cafe..pekena tomyam dan sup..memang semua ada dalam town Betong.  Kalau tomyam yang femous adalah di Hafiz Seafoods.  Ada gak few restoran yang aku tak sempat nak singgah macam Tahoo Dimsum Halal, Station 32 (roti banana), Santai Budaya (lunch), Green House Cafe (view petang) & Betong to Route 410 (cenderahati).

Pekena sup di Sup Kak Jah

Untuk penginapan, aku booked 2 hotel sebab anak aku pun ikut sekali tapi jarak dalam 3km saja dari hotel aku.  Aku di The First Hotel & anak aku di Moya Hotel (sebelah masjid).


Kos Kasar (tukaran 1000B = RM135)
Hotel - Moya RM189 & The First RM122
Insuran - RM30 SUV+ Borang TM2&3 RM5
IMI Thai (duit OT) RM2/orang + Kastam RM5
IMI Thai (masa balik) RM2/orang
Prepaid DTAC (valid 7 hari) RM25
Winter Garden 120B/orang x 4 orang (RM62 guna CIMB)
Piyamit Tunnel 80B/orang x 4 orang = 320B
Skywalk 200B (tiket)+30B (sewa kasut)+30B (naik tutut)
Turun dari Skywalk naik tutut 20B x 4 orang
Massage Whole Body (di hotel/wife) 300B
Tomyam Hafiz Seafoods (4 orang) 800B (RM100)
Sup Kaki 430B (4 orang)

Monday, May 18, 2026

Springhill Resort, Cameron Highlands

18 April 2026 (Sabtu) 

Terletak atas bukit..belakang Petronas Brinchang..

Salam

Dah berabuk blog aku ni..bukan sibuk pun tapi kemalasan dah bermaharaja-lela.  Macam aku cakap dulu..Cameron ni dah jadi tempat wajib naik setiap tahun..tapi sejak CH ni jem teruk, aku dah malas nak naik.

Tapi atas permintaan bini, naik la jugak pada 18 April 2026 lalu.  Selalu aku dok di Tanah Rata (selalunya kat Heritage Hotel) tapi kali ni nak ubah dok di Brinchang.  Baca review, try lah hotel ni..Springhill Resort yang terletak di atas bukit..betul-betul di town Brinchang.  Lepas stesen Petronas & Masjid Kayangan, ambil lorong kiri ke Balai Bomba, terus saja sampai hotel ni.

View cantik dari atas bukit

Luaran hotel ni memang cantik..dengan view dari atas bukit, memang rasa nyaman.  Aku book dekat Agoda untuk bilik standard untuk 1 malam saja dengan free breakfast.  Harga yang aku dapat untuk bilik ni RM225.75 termasuk tax & fees.

Bilik tak berapa besaq..muat-muat utk 2 org..

Toilet cantik & bersih

Bilik standard dengan garden view ni hanya 10 meter luas tanpa aircond (sapa perlu aircond di CH?).  Bilik tiada balcony atau view town, cuma view parking belah depan bilik pasai bilik dia macam style apartment.  Kalau hampa nak view town, kena ambik bilik city view tapi harga mahal la sikit.

Parking luas walaupun malam-malam penuh..

Parking dia luas tapi malam-malam penuh tapi still boleh park di tepi hotel.  Breakfast dia pun ok dan kita boleh lepak kat luar sambil menjamu selera pagi.  Nak makan apa-apa, just jalan kaki ke bawah..banyak kedai makan belakang masjid.  Nak ke Centrum Complex hanya berjalan kaki sebab jalan one-way tepi Centrum ni selalunya jem.

Kalau yang nak dok di town Brinchang dan malas nak jalan-jalan sangat, boleh la try hotel ni.

Saturday, March 7, 2026

Seri Malaysia Hotel, Taiping

 16 Feb 2026 (Sabtu@Cuti Sekolah)


Lokasi dekat dengan Lake Garden Taiping

Aku selalunya kalau ke Taiping hanya untuk makan-makan atau ronda Lake Garden tanpa bermalam.  Tapi hari tu try la jugak check-in hotel di Taiping ni.

Baca review pasal hotel ni, tak lah menarik sangat tapi aku tau lokasi dia memang best..berdekatan dengan jalan masuk ke Lake Garden dan Zoo Taiping.  Lebih tepat dekat dengan Penjara dan Muzuim Taiping.  Kalau nak ke sana, hanya drive dalam 3 minit..

Sorry..aku dah lupa aku booked guna apa masa check-in sini.  Bilik dia memang style lama & perlu upgrading cuma hotel ni hanya 2 tingkat.  Satu lagi yang tak best, lantai dia hanya tiles bukan karpet.  Harga dia ok jugak pasal cuti sekolah memang rate akan berubah.  Yang best hotel ni lokasi dia dekat sangat dengan Lake Garden, Zoo Taiping dan tempat makan macam MCD & nasi kandar.  Cuma bukan walking distance..kena drive 5-10 minit ja.  

Katil dia dah agak tenggelam..



Ada pool jugak..