Thursday, November 5, 2020

Kembara Acheh II

Dari airport, bas terus membawa kami ke Banda Aceh, iaitu ibu negeri Acheh.  Mengikut Suria, tsunami tak sampai ke airport tapi sepanjang jalan ke airport di jadikan tempat untuk mangsa berlindung.  Di atas jalan didirikan banyak khemah di sepanjang jalan.  Jalan ke bandar ni cantik dengan jalanraya 4 lorong.  Dalam perjalanan, tak nampak sangat kesan tsunami..semuanya telah dibaiki dan dibangunkan semula.

Kubur Masal Siron

Lokasi pertama kami adalah Kuburan Masal Siron iaitu satu kuburan dimana disemadi kebanyakan mangsa tsunami tanpa mengira agama.  Hampir 47,000 jasad tanpa mengambil kira agama dan identiti telah disemadi di sini!  Tiada batu nisan atau tanda, semuanya telah ditimbus dan menjadi monumen sahaja.  Begitu sayu bila mengenangkan mayat-mayat hanya di masukkan ke dalam kuburan besar dan ditimbus macam tu sahaja kerana banyak yang telah busuk.  Setiap tahun pada 26hb. Disember, satu dunia akan turun ke sini untuk memperingati tragedi Tsunami 2004. 

Tourist guide kami, Suria (kepiah coklat) sedang memberi penerangan.  Di belakang tu kubur mangsa..hanya tumbuh rumput saja
Sayu sungguh bila berada di sini..
Monumen juga dibina di sini..di belakang tu merupakan antara kubur 47,000 mangsa tsunami yang terkorban
Kalau nak baca lanjut pasal tempat ni, sila klik Kuburan-Massal-Siron

Pantai Ulee Lheue, Banda Aceh
Cantik bila matahari terbenam di pantai ni..benteng pemecah ombak dibina selepas tsunami

Selepas tu kami dibawa meronda di Banda Aceh dan berhenti di pantai Ule ni.  Sambil menikmati panorama matahari terbenam, kita boleh order air kelapa dan janggung bakar.  Harga lebih murah dari tempat kita.  Banyak kerusi plastik disediakan untuk kita bersantai sambil menikmati minuman.  Pantai ini di antara tempat yang teruk di badai tsunami sehingga pantainya yang luas tiada lagi sekarang.

Banyak gerai jualan air kelapa di sepanjang pantai ni
Kalau hampa nak baca lanjut pasal pandai ni, sila klik; Pantai Ulee 

Masjid Baiturrahim

Oleh kerana maghrib dah masuk, kami di bawa ke sebuah masjid yang terletak di pusat tragedi tsunami.  Sepanjang kami di bawa pusing Acheh ni, memang nampak banyak masjid yang cantik di sini kerana 99% penduduk Acheh adalah Muslim dan hanya sedikit Kristain.  Masjid Baiturrahim ni sederhana saja tapi time solat, memang penuh macam sembahyang jumaat di tempat kita.  

Selepas naik bas, Suria menjemput seorang sahabat Acheh yang berdepan dengan tsunami di kawasan masjid ni sehingga kehilangan semua ahli keluarga.  Mengikut cerita beliau, malam Christmas tu (25hb. Dec), dia berpesta di tepi pantai dengan segala kemaksiatan melebihi mat salleh walaupun dia seoarang muslim.  Sehingga dia tertidor kepenatan dan dikejutkan dengan hiruk-pikuk orang berlari akibat kejadian gempa bumi keesokan paginya sebelum tsunami membadai seluruh kampung dia.  Walaupun kejadian dah hampir 15 tahun dan dia akan bercerita yang sama pada group macam kami tapi dia masih sebak setiap kali menceritakan peristiwa tu.  Dia kehilangan kesemuanya, family dan harta benda tapi dia bersyukur sebab diberi peluang kedua untuk kembali padaNya.  Kesan dari tsunami, dia sekarang menjadi seorang muslim yang sejati dan sentiasa berjemaah di masjid ni.

Hebat sungguh cerita saudara ni..sehingga kami berlinang airmata mendengar betapa teruknya kesan tsunami tapi dalam masa yang sama telah memberi kesedaran yang amat mendalam pada orang Acheh. 

Hotel Masjid Oman Al-Makmur


Pada awalnya kami sepatutnya bermalam di Hotel Medan tapi oleh kerana covid19 ni, kami bermalam 2 malam di sini dan malam terakhir di Hotel Medan.  Sebenarnya hotel Masjid Oman ni terletak dalam kawasan masjid, turun hotel boleh terus masuk masjid yang dibangunkan oleh negara Oman ni.  Hotel dia kira cantik jugak dan luas bilik dia dengan free breakfast nasi bungkus dan sedikit kuih setiap pagi.  Tapi yang paling best, turun hotel boleh terus ke Masjid Oman untuk berjemaah dengan orang Acheh.

Mengikut staff di hotel ni, rate semalam kat sini adalah RM95 semalam.

Kembara Acheh I


13-17hb. Mar 2020 (4H3M)
Berbulan rasanya cerita Acheh ni terperap dalam "draft" walaupun aku dah mula menulis sejak bulan March lagi.  Ini gara-gara covid 19 yang membantutkan semangat untuk menulis.   Akhirnya siap juga tulisan ni dan harap geng semua mendapat sedikit maklumat mengenai Acheh.

Salah satu wishlist destinasi dekat aku adalah Acheh (di sana di eja Aceh saja) untuk melihat sendiri keadaan di sana selepas dilanda Tsunami 2004.   Memang teringin sangat hendak melihat dengan mata kepala aku sendiri keadaan di sana walaupun sudah hampir 15 tahun tragedi terhebat abad ini melanda.  Masa aku ke Pataya Thailand, tercari-cari jugak kesan tsunami kat sana macam bangunan rosak atau muzium tapi langsung tiada.

Bila ada grup dari Ipoh ni offer joint depa, aku pun terus setuju.  Perancangan di buat sejak Oktober 2019 dan bayaran penuh RM1,380 telah di buat untuk flight dan ground.  Tarikh pun dah ditetapkan pada 13 hingga 17hb. Mar 2020 (4H3M) masa cuti sekolah memandangkan ramai yang joint ni terdiri daripada gomen staff dan cikgu.

Tapi sebulan sebelum nak terbang, covid 19 melanda negara menyebabkan pihak penganjur mencadangkan supaya tarikh di tunda tapi malangnya pihak AirAsia tidak membenarkan refund.  List awal yang nak joint lebih dari 30 orang tapi akhirnya bila ditolak yang bekerja kerajaan terpaksa menarik diri sebab depa kena kuarantin sendiri 14 hari kalau pergi jugak.   Oleh kerana cuti sekolah hanya seminggu, cikgu-cikgu ni tak boleh joint sebab kena masuk sekolah lepas balik dan tak boleh kuarantin sendiri.  Akhirnya hanya 18 orang saja yang bersetuju untuk ke sana.  Aku pun berbelah bagi jugak dengan covid ni tapi bila check di Acheh tiada kes, aku pun setuju untuk ke sana.

Aku bertolak sebelum subuh ke Ipoh (pick-up point untuk bas khas) dan tepat jam 8 pagi bas kami bertolak ke KLIA2 dan tambang bas dibayar asing RM90 untuk pergi dan balik Ipoh-KLIA2.  Sampai KLIA2 agak awal, sempat lagi makan-makan di foodcourt sebab flight kami dalam 4.20 petang dan dijangka mengambil masa 1 jam 40 min ke Aceh.  Keadaan di KLIA2 agak legang..tak macam selalu disebabkan tiada flight dari China boleh mendarat di negara.



Sultan Iskandar Muda International Airport Acheh..kecik saja
Sunyi saja airport sebab banyak group dah batal trip ke Acheh
Tepat jam 4.20 petang flight kami pun meninggalkan negara dan mendarat Sultan Iskandar Muda Airport, Acheh pada jam 5.30 petang (4.30 petang waktu Acheh).  Waktu Acheh lewat sejam dari Malaysia, jadi bila sampai tu rasa awai lagi.  Di atas flight AA tadi dah diedarkan borang untuk diisi dan sampai di airport Acheh, ada pasukan kesihatan yang memeriksa suhu penumpang dan kami diberi taklimat ringkas sekiranya ada gejala covid19 ni.

Proses imigresen pun lancar
Alhamdulillah, semuanya lepas dan tiada yang sangkut imigresen.Tourist guide kami yang bernama Suria bersama bas telah sedia menanti.  Sepanjang kami berada di bawah guide En. Suria ni, dia ni menjadi Maharaja Lawak kami dengan coloteh dan lawak dia sepanjang hari.  Memang tak kering gusi sepanjang bersama dia..

Lepas masuk beg dalam perut bas, kami terus di bawa ke destinasi pertama kami..


Tuesday, July 7, 2020

Restoran Top D'Gurun, Kepala Batas Penang

Restoran ni dah lama viral pasal menu sotong buncit jahat dan Kepala Batas ni merupakan cawangan yang keempat sejak Februari 2020.  Aku pun dah beberapa kali lalu jalan ni tapi pasal MCO, terpaksalah tangguh niat nak mencuba.  Tapi hari ni (7/7/2020) cuti  Heritage Day di Penang, so aku nak lunch di restoran ni.  

Terletak di Kampung Datuk, Kepala Batas dan dibuka setiap hari melainkan hari jumaat dari jam 10 pagi hingga 5 petang.  Kalau yang tak tau Kampung Datuk ni, kalau dari tol ambik jalan nak ke Kompleks Kailan dan bila sampai traffic light yang ada POS Office tu, ke kiri kita ke Kompleks Kailan@Hotel Sri Malaysia tapi hampa belok kanan.  Ikut jalan tu terus sampai hampa nampak restoran ni belah kanan yang terletak di corner sederet rumah kedai (Taman Perniagaan Indah Utara).  

Aku ambik sekor sotong buncit jahat (RM26), daging salai, gulai kepala ikan dan sambal belacan dengan satu milo ais.  Jumlah semua dengan 3 nasi dan air ialah RM52.70 dan bagi aku kira tak la mahal. 

Menu simple yang aku order utk 3 orang..

Nombor utk sapa yang nak book tempahan
Jadi untuk hampa yang nak try makan kat sini, tak payah lah nak pi jauh-jauh..kat Kepala Batas pun dah ada cawangan restoran ni...

KEMAS KINI 2024

Restoran cawangan Kepala Batas ni telah ditutup..kena pi Sungai Petani kalau nk try.

Saturday, June 20, 2020

OYO 89717 Budget Star Hotel, KL

Masa aku stuck di KL area Pudu bulam Mac lalu, aku check-in melalui OYO hotel ni.  Harga yang aku dapat adalah RM26 (harga biasa RM53) selepas ditolak discount dan kupon untuk bilik standard single.  Address penuh seperti berikut:

No. 2 Jalan Metro Pudu 2, Fraser Business Park, Off Jalan Loke Yew, KL

Sekeliling hotel ada disco besar yang operate sampai subuh tapi aku lena sampai pagi gak walaupun bunyi berdendum boleh dengar sampai bilik.  Nak makan tak susah sebab ada restoran mamak dan store serbanika 24 jam.  Stesen monorel hanya perlu berjalan kaki cuma nak cari hotel ni agak pening sikit sebab kena masuk dalam sikit.   

Pintu masuk hotel..

Bilik single

Toilet kecil tapi bersih

TV dan meja kecil untuk bilik single

Monday, April 13, 2020

Kampong Agong, Bakar Kapor, Seberang Perai


Kampong Agong..kembali ke nature
Tempat aku nak cerita ni dah memang viral sekian lama walaupun terletak tak jauh dari tempat aku tinggal.  Yang bestnya aku selalu lalu kampong ni tapi tak pernah terfikir yang tempat ni menjadi viral dan dikunjungi ramai bukan saja dari Penang malah dari utara Malaysia.

Kampong Agong, Bakar Kapor terletak dalam pekan Penaga, Seberang Perai Utara.  Penaga ni terkenal dengan pasar sehari pada hari khamis dan ahad.  Nak ke sini hanya waze  Homestay Kampong Agong, hampa akan di bawa ke sini.  Apa yang ada kat sini..mmmm...kalau hampa suka cara hidup kampong, sawah padi dan pohon nyior, ni lah tempat yang sesuai untuk mengimbau zaman kecik-kecik dahulu.  Bayaran masuk dikenakan RM5 dan parking kereta RM3.  Malas aku nak taip panjang-panjang, hampa tengoklah gambar yang sempat aku rakam pada 9 Februari 2020.

Damai betoi kat sini..

Boleh bergambar kat sini dengan suasana kampong..
Sawah padi yang menghijau..
Rumah kampong dulu-dulu..

Tempat wajib bergambar tapi kena beratur kalau ramai...
Piano pun ada..
Buaian pun ada..
Jangan terkejut kalau ada yang tak kenal pokok padi...


Saturday, November 2, 2019

The Nine Place Hotel Hatyai


Masa aku pi Hatyai pada 26hb. Oktober 2019 aku telah memilih untuk menginap di hotel ni; The Nine Place Hotel, Hatyai.  Address yang aku dapat adalah:

116 Liab-Klongtoei Alley Tum Bon Kho Hong Hat Yai Thailand 90110  

Hotel ni agak jauh sikit dari town centre (area Lee Garden) dan aku sengaja memilih hotel ni.  Selalunya aku memilih hotel Lee Garden atau sekitarnya tapi oleh kerana datang dengan kereta sendiri, aku cari yang jauh dan lebih tenang.  
Sangkaan aku hotel mungkin kurang penginap tapi rupanya bila aku sampai parking hotel dah penuh..yang bestnya kereta yang parking kat situ semua plat number Malaysia.  Kalau penuh pun (tak banyak lots) tiada masalah, di depan hotel boleh park sebab security hotel 24 jam.
Kalau nak menginap kat sini mesti ada own transport sebab tuk-tuk pun tak lepak depan hotel dan kedai 7e pun tiada di hadapan hotel.  Breakfast halal di sediakan tapi memang terlalu simple.  

Bilik hotel ni memang cantik dan besar dengan fasiliti asas yang baik.  Kalau nak pergi town pun tak la jauh sangat, dalam 10-15 minit dah sampai town.  Aku booked dua bilik standard double room city view melalui Agoda dengan rate RM163.02 (all-in untuk 2 bilik) semalam dengan free halal breakfast.  Secara ringkasnya, aku puas hati dengan hotel ni cuma kita mesti ada own transport kalau memilih hotel ni.

Rate hotel untuk 2 bilik semalam melalui Agoda

Katil double memang sedap

TV dengan channel yang banyak tapi kebanyakan cakap Thai

Toilet cantik dan bersih
Breakfast halal tapi kurang sedap..roti cepat habis sebab ramai orang Malaysia

Hatyai 3.0 Dengan Memandu Part II

Hari Kedua

  Chabura Halal Dim Sum
Ramai beratur untuk dapatkan meja

Pagi ni dah plan nak breakfast dim sum di Chabura, jarak dari hotel aku tak jauh pun.  Bila mula aku sampai, aku tengok punya ramai orang queue kat satu restoran, aku tengak bukan macam restoran Chabura yang baru aku kunjungi.  Selang 2 pintu, baru nampak restoran yang sama aku kunjungi baru-baru ini.  Rupanya Chabura ni ada dua pintu restoran, satu yang aku dah try dan selang satu pintu ada lagi satu restoran dia, kira dekat sangat.  Masa aku mai hari tu mungkin dia buka satu pintu saja sebab tak ramai tapi kali ni punya ramai sampai kedua-dua restoran kena queue panjang.  System dia sama saja, queue untuk dapatkan nombor meja dan talam untuk isikan dim sum sebelum dim sum di perangat oleh pelayan.

Rasanya memang sedap cuma pilihan tak sebanyak time aku mai hari tu kerana ramai yang dah ambik.


Ni yang aku pilih..yang kecil 15B dan yang besar 20B, semua 922B

 Ranu Kohyo - Kilang Kacang
Dikatakan kilang kacang tapi rupanya hanya tempat jual jajan saja
Next aku pernah baca ada satu kilang kacang yang jual kacang dan gajus yang menjadi tumpuan orang Malaysia.  Berpandu kan Mr Waze, sampai jugak kat kilang ni, hanya dalam kawasan town.  Memang banyak bas pesiaran yang bawa pelancong dari Malaysia singgah kat sini tapi bagi aku tiada yang istimewa kat sini.  Bukan kilang pun, hanya tempat jual kacang dan jajan saja. Pilihan tak banyak dan yang lebih penting halalnya meragukan.  Kalau nak beli gajus, lebih baik ke Kim Yong Market.
Tiada yang menarik bagi aku kat sini

Kacang popular ni saja yang aku beli
Cuma yang aku tertariknya owner kedai benarkan kita untuk conteng dinding kedai dia dengan mesej-mesej sebab marker pen sediakan.  Sempat juga aku tenyeh mesej kat dinding luar kanan kedai ni..kalau hampa pi, carilah mesej aku ni..


Sempat jugak aku tinggalkan mesej yang aku dah sampai kat kedai ni..paling besar lak tu..

Big Bee Farm

Big Bee Farm ni terletak tidak jauh dari Ranu Kohyo - Kilang Kacang di atas, hanya beberapa corner dah sampai.  Bagi aku bukan bee farm tapi lebih kepada exhibition center mengenai lebah sebab tiada ladang lebah pun hanya beberapa rumah lebah yang cukup syarat.  Memandangkan masuk FREE, bolehlah jugak singgah sambil ambil gambar dan  pekena aiskrim madu yang dijual kat sini.

Ruang pameran yang menjual pelbagai barangan dan makanan yang berasaskan madu..
Notis yang terdapat kat sini yang aku confused nak paham..

Kim Yong Market
Next destinasi wajib adalah KimYong Market yang terletak hanya walking distance dari Lee Garden.  Last visit aku beli gajus kat sini dan kali ni pun aku nak beli benda yang sama sebab harga di sini kira murah sikit.  

Gajus banyak kat sini..1160B

Masjid Songkla@The Central Mosque of Songkla
Masjid Songkla..cantik tapi kurang terurus..
Next aku travel agak jauh untuk ke Masjid Songkla.  Banyak bas pesiaran yang berhenti kat sini untuk solat dan berehat.  Masjid luas dan cantik tapi kurang terurus, mungkin dana terhad.

Ada kolam di depan masjid..

Hamid Restaurant
Dah lapar dan sebelum balik, aku singgah di Restoran Hamid yang terletak di belakang Lee Garden.  Order apa lagi kalau bukan tomyam dan daging bakar..memang sedap walaupun harga kat sini tinggi sikit

Menu yang diorder..1200B mahal sikit..
Habis makan kat sini, aku pun bertolak la balik ke Penang.  Selama 2H1M di Hatyai ni, antara barang dan makanan yang aku telah beli dan cuba:

Kat 7e Hatyai banyak minuman sedap ni..

Meiji ni pun sedap..kat 7e je..
Yang ni wajib try..ais krim kelapa kat depan Lee Garden 50B
Aiskrim di Big Bee Farm
Kasut futsal ni murah saja kat sini..