Wednesday, February 22, 2012

Universal Studio Singapore


Sinopsis Destinasi
Tujuan utama adalah untuk melawat taman tema Universal Studios Singapore (USS) di Resort World, Pulau Sentosa yang terkenal.  Juga melawat Merlion Statue & melihat Marina Bay dari jauh. 
Globe USS yang terkenal
Penginapan
Hotel M Suites (07-2211000) terletak di Jalan Skudai (Danga Bay) berdekatan JB.  Bilik Junior Suite berharga RM220 semalam dengan sarapan utk 2 orang.  Biliknya besar & telah siap membawa "toto" utk anak-anak tido (2 dewasa & 2 remaja & 1 kanak-kanak).

Bilik M Suites memang besar
Destinasi I
Merlion Statue merupakan simbol Singapura (singa berekor ikan)

Tarikh Perjalanan - 13 Nov 2011 (Ahad)

Pengangkutan
Hotel ke Bandar JB
Membawa Kereta sendiri & parkir kereta di kawasan letak kereta berdekatan Tambak Johor/CIQ dengan kadar rata RM3 (per entry).  Sampai CIQ, terus ke kaunter Imigresen utk urusan pasport.  Begitu ramai yang beratur utk. ke Singapore walaupun banyak kaunter dibuka.

CIQ ke Stesen MRT Kranji
Menaikki bas SBS Transit No. 170 ke Stesen MRT Kranji dengan tambang RM1.30 (kebanyakkan penumpang menggunakan EZ card mcm Touch & Go kalau di Malaysia).  Sampai di Woodlands, turun dan ke kaunter utk urusan pasport masuk ke Singapore.  Selain pasport, kita diwajibkan mengisi satu borang putih (IMM 27E Form) dan simpan ceraian borang tersebut utk urusan keluar nanti.

Turun ke bawah & naik bas syarikat yang sama (tapi bas lain) utk ke Kranji. 

Kranji ke Raffles Place
Utk ke Merlion statue, kami menggunakan MRT yang menghala ke Marina Bay(macam LRT tapi lebih panjang & laju) & tambangnya adalah S$3.30 (tiada tambang utk kanak-kanak). 

Perjalanan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Stesen Raflles Place.  Sampai di stesen terus ke atas & berjalan menyusuri sungai (berdekatan Menara Maybank) untuk sampai ke Merlion Statue. 

Akhirnya, Merlion di depan mata!

Tarikan
Selama ini kita hanya melihat Merlion melalui TV, kini Merlion berada didepan mata.  Terdapat 2 Merlion, yang besar memancutkan air & yang kecil dibelakang yang besar.
Selain mengambil gambar, kita juga boleh menaiki bot untuk menyusuri sungai dengan tambang S$17 (RM43).  Anda juga dapat menikmati panorama indah Singapore & dari kejauhan kita dapat melihat Marina Bay.




Merlion Statue yg sentiasa memancut air..

Destinasi II
Universal Studio Singapore (USS)

Tarikh Perjalannan - 14hb. November 2011 (Isnin)

Pengangkutan
Menaiki coach daripada Tune Hotel JB terus ke USS.  Tiket hendaklah di ambil awal di kaunter bas Oddyssey terletak di Tune Hotel, Danga Bay

Harga untuk perjalanan 2 hala:
Dewasa RM25 manakala Kanak-Kanak  RM10
Waktu bertolak 8.30 pagi dan dijangka mengambil masa selama 1 1/2 jam (jadual bas sentiasa berubah)

Tune Hotel, JB..naik coach dari sini ke USS

Seperti biasa, semasa di CIQ, semua penumpang dikehendakki turun untuk urusan pasport & semasa di Woodlands juga perlu untuk turun untuk urusan yang sama disebelah Singapore.  Pihak bas telah menyediakan borang putih untuk di isi semasa membayar harga tiket bas.

Setelah hampir 2 jam perjalanan, akhirnya kami sampai di USS.  Bas akan berhenti betul-betul dibawah Resort World (RW) dan kita hanya perlu naik escalator untuk ke USS.

Di depan globe USS


Tarikan
USS tidak perlu diperkenalkan lagi kerana memang menjadi destinasi wajib bila berkunjung ke Singapore.  Harga tiket USS (off-peak):


Dewasa  S$68 (RM170) Kanak-Kanak (bawah 12 tahun)  S$50 (RM124)

Kami membuat tempahan secara on-line seminggu awal melalui Mastercard Promotion S$249.60 (RM620) untuk 4 dewasa & 1 kanak-kanak & setelah diberi diskaun 20% & baucher S$10.  Setelah memasukki USS, kami telah menuntut S$10 voucher tersebut & mengambil peta USS utk melihat jadual waktu pertunjukan.

Terdapat 7 taman tema berdasarkan filem di USS; setiap satu taman terdapat restoran, kedai cenderamata & bilik air.  Taman-taman tema tersebut adalah:

1.  Hollywood (mesti tonton teater disini-semak jadual)
2.  Madagascar (naik bot & ambil gambar bersama karektor kartun Madagascar)
3.  Far Far Away (mesti tonton wayang Shrek 4D & tengok show Donkey bercakap)
4.  The Lost World (mesti tengok adegan Waterworld secara live)
5.  Ancient Eqypt (Indoor Roller Coaster)
6.  Sci-Fi City (Roller Coaster utk. yg berani sahaja)
7.  New York (saksikan Light, Camera & Action disini - Special Effect)
8.  Transformer (hanya akan dibuka pada bulan Dec 11)

Diantara banyak-banyak tarikan, yang paling best adalah Waterworld, Light Camera Action & Shrek 4D.

Bergambar bersama karektor kartun, menjadi kemestian di Hollywood USS
Karektor kartun Madagascar membuat persembahan terbuka
Istana Far Far Away..Filem Shrek 4D, memang best!
Jurassic Park
Show Water World, mesti tengok..action & lawak!

Berani cuba roller coaster di Sci-Fi ini?
Pemandangan di New York
Disinilah kita dapat lihat "special effect" drp. Steven Speilberg


Makanan
Pihak USS tidak membuat pemeriksaan beg kami & kami telah membawa roti, air mineral & air kotak sebagai alas perut.  Disini terdapat banyak tempat minum air sejuk disediakan.
Walaupun setiap taman disediakan restoran, tapi tiada status halal.  Cuma restoran di Ancient Eqypt terdapat Oasis Spice Cafe yg. memaparkan sijil halal. Kami bercadang untuk makan di Jurassic Park tapi waiter siap kata "non-halal but no pork".  Akhirnya kami menjamu selera di restoran Arab; Oasis Spice Cafe.  Harga makanannya boleh tahan; maklumlah USS rates.  Menu yang dipesan:
Briyani Set Pharoah S$14.80  (RM37)
Briyani Set Ramesses S$13.80 (RM35)
Gado-Gado  S$8.80 (RM22)
Milo Ais S$3.50  (RM8.70)

Makan satu famili 3 Briyani & 1 Gado-Gado + 3 Milo Ais = S$55.70 (RM138.15)

Kedai Cenderahati

Key chains USS berharga RM20 satu!
Di dalam setiap taman tema, terdapat kedai cenderahati berdasarkan tema taman tersebut.  Umpamanya di Madagascar, terdapat kedai menjual barangan cenderahati bertemakan Madagascar seperti patung, keycahins. T-Shirt dll.  Kami membeli barangan cenderahati di kedai semasa hendak pulang (Kedai USS sendiri).  Harganya bila ditukarkan ke Ringgit Malaysia boleh membuatkan kita pengsan tapi alang-alang dah sampai USS, belilah juga.




Barangan yang dibeli (harga utk satu jenis):
Mug USS  S$16.90  (RM42)
Key-Chains S$7.90  (RM20)
T-Shirt Kolar Bulat S$26.90  (RM67)
Magnet Peti Ais S$3.90  (RM9.70)

Tarikan Lain
 
Krane menari di Waterfront RW
Selain USS, di RW juga terdapat Maritime Experential Museum & Aquarium tapi sayang, tidak dibuka pada hari kami berada di sana.  Juga terdapat pertunjukan "Dance Crane" pada jam 9 malam di Waterfront.  Pertunjukan selama 10 minit ini amatlah menarik sekali kerana kami dapat melhat krane menari & ianya adalah percuma.

Setelah seharian kami di USS & RW, bas telah mengambil kami tepat jam 9.30 malam.  Secara kesuluruhannya, USS ni memang best & sesuai utk seisi famili.

Tip
  • Cuaca di USS amatlah panas, bawalah cap atau kipas tangan
  • Beg tidak diperiksa, bawalah alas perut (makanan mahal disini)
  • Kebanyakan restoran tanpa sijil halal kecuali Qasis Spice Cafe
  • Semak waktu pertunjukan terlebih dahulu kerana setengah pertunjukan hanya 2 kali sehari
  • Semua mainan & pertunjukan adalah percuma kecuali Wall Climbing
  • Kereta bayi & utk warga tua boleh disewa di USS
  • Setiap permainan kita kena Q dan kadang-kadang sampai 1 jam (kecuali beli Express Pass)
  • Cubalah semua permainan kecuali yg extreme seperti di Sci-Fi City (kecuali utk yg berani)
  • Tengoklah semua pertunjukan seperti Shrek 4D, Donkey Show, Waterworld & Light, Camera & Action
  • Surau tidak disediakan; cuma ada bilik kecil (tanya staff)
Kos (untuk seorang)
Penginapan     RM220 (semalam di JB)
Coach ke RW   RM25 (dua hala)
Tiket USS        RM169 (Non-peak)


Penguins Madagascar
   
Antara permainan di Sci-Fi USS


Berinteraksi dgn Donkey Shrek di sini
























Bersama hero filem "Mummy Returns" sama ke?

Aksi hebat stunts di Waterworld..jgn miss!



USS dari pemandangan tasik




Monday, February 7, 2011

Ke Hatyai Dengan KTM

Pada 3/2/2011 (Hari Raya Cina) saya telah berkunjung ke Hatyai selama 2H1M dengan Keretapi Tanah Melayu (KTM).  Saya telah menaiki KTM Senandung Langkawi (Gemas-Hatyai) di Stesen Sg. Petani pada jam 6 pagi dan sampai di Padang Besar pada jam 10.30 pagi.  Tambang untuk kelas ekonomi adalah RM9 sehala (RM7 untuk kanak-kanak) dan semua koc KTM adalah berhawa dingin.  Apabila sampai di Stesen Padang Besar, semua penumpang dikehendakki turun dan perlu melalui proses imigresen di pihak Malaysia dan Thailand (chop pasport).  Anda di nasihatkan membawa bersama pen kerana pihak Imigresen Thailand memerlukan penumpang mengisi borang.

Proses melepasi sempadan ini mengambil masa selama setengah jam (bergantung pada jumlah pelancong) kerana pada waktu tersebut, terdapat hampir 40 orang pelancong.  Setelah pasport di cop dan gambar diambil, saya membeli tiket keretapi Thailand daripada Padang Besar ke Hatyai.  Harga tiket adalah 285B untuk kami seramai 5 orang (lebih kurang RM6 seorang).  Oleh kerana koc KTM telah dipendekkan ke hanya 2 koc, terdapat ramai penumpang terpaksa berdiri.  Nasib baik perjalanan daripada Padang Besar ke Hatyai hanya mengambil masa selama 50 minit. 

Sesampai di Hatyai Junction iaitu nama bagi stesen keretapi Hatyai, kami mengambil tuk-tuk; iaitu van kecil yang dijadikan pengangkutan utama penduduk dan pelancong dengan bayaran 20B (RM2) seorang.  Saya telah menempah Lee Garden Plaza Hotel melalui internet dan hotel ini terletak betul-betul di tengah bandar Hatyai.  Perjalanan dengan tuk-tuk ini hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit dan sekiranya kita mempunyai kekuatan, kita juga boleh berjalan daripada stesen keretapi Hatyai ke hotel.

Terdapat beberapa hotel berdekatan dengan Lee Garden Plaza Hotel seperti Novotel dan Regency Hotel dan kedai-kedai menjual pakaian murah dan yang berjenama dihadapan hotel ini.  Harga sebilik berkongsi 3 orang bersama sarapan ialah RM191 dan kadar ini adalah lebih murah sekiranya bukan cuti umum.  Janganlah dibandingkan dengan keadaan hotel di Malaysia kerana keadaan hotel ini cukup sederhana dan sekadar untuk melelapkan mata.  Tiada makanan halal yang disediakan semasa sarapan percuma tetapi pihak hotel memberi jaminan tiada daging khinzir yang disediakan.  Anda boleh sekadar minum susu kotak, makan roti bakar dan merasai buah-buahan yang disediakan.

Pemandangan Bandar Hatyai

Setelah "check-in", kami telah berkunjung ke Hatyai Municipal Park dimana terdapat tarikan terbaru di sini yang dikenali sebagai Ice Dome.  Tambang yang dikenakan oleh tuk-tuk adalah 40B (RM4) seorang dan perjalanan mengambil masa selama 20 minit.  Bayaran masuk ke Ice Dome ini adalah 300B (RM30) bagi dewasa dan 150B (RM15) bagi kanak-kanak.  Didalam Ice Dome ini terdapat struktur bangunan termasuk KLCC yang semuanya diperbuat daripada bongkah ais.  Suhu di dalamnya amatlah sejuk hingga mencecah negative 15C hinggakan kami tidak mampu menahan lebih daripada 30 minit apabila berada di dalam.


Suhu didalam Ice Dome mencecah sehingga -15C

Sebelum kami keluar daripada Ice Dome, kami dihidangkan dengan keharuman bunga-bunga yang segar di taman bunga Ice Dome.
Dengan hanya 40B (RM4) untuk sebuah bot, kita boleh melayari tasek Hatyai Municipal Park selama sejam

Selain memasuki Ice Dome, kita juga boleh mencuba aktiviti lain seperti menaiki bot, memberi ikan makan dan mencuba urutan kaki di Hatyai Municipal Park ini.
Dengan hanya 140B (RM14) untuk urutan kaki selama sejam di Hatyai Municipal Park

 Disebelah petang, aktiviti membeli-belah boleh dilakukan bagi mereka yang gemar akan aktiviti tersebut.  Tidak perlu pergi jauh kerana sepanjang jalan di hadapan hotel Lee Garden ini akan bertukar menjadi pusat jualan pelbagai barangan seperti pakaian, cenderamata, makanan traditional Thailand dan pelbagai makanan lain.  Kita boleh mendapatkan berbagai jenis pakaian dan cenderamata sebagai ole-ole daripada Hatyai.
Jalan dihadapan hotel Lee garden ini akan bertukar menjadi pusat jualan menjelang petang
Mencari makanan halal bukan menjadi masalah yang besar disini.  Bagi mereka yang mengemari tomyam, harga makanan tersebut disini murah sedikit daripada Malaysia tetapi rasanya tiada tandingannnya. Terdapat banyak gerai menjual tomyam di atas Bazar, Restoran Hamid di sebelah hotel Lee Garden dan stall menjual nasi lemak dan teh tarik dihadapan hotel tersebut.   Bagi mereka yang meragui akan keselamatan disini, janganlah anda bimbang kerana setiap sudut anda akan berjumpa dengan polis ataupun askar yang sentiasa mengawasi keadaan disini.

Setelah 2 hari berada di sini, kami pun bertolak pulang dengan keretapi daripada Hatyai pada jam 5 petang (4 petang waktu Hatyai) dan sampai di Sungai Petani pada jam 9 malam.  Selamat tinggal Hatyai!!

Anggaran Kos (untuk seorang):
  • Keretapi S Petani-Pdg. Besar RM9/Pdg. Besar Hatyai RM6 (sehala)
  • Hotel Lee Garden Plaza RM191 (3 org. sebilik)
  • Bayaran Masuk Ice Dome RM30
  • Tambang tuk-tuk RM2 (dalam bandar)
Tips:
  • kadar tukaran semasa ialah RM1 bersamaan 9.85 Bath
  • waktu di Hatyai adalah lewat 1 jam daripada Malaysia
  • banyak bawa air mineral kerana air mineral disini rasanya lain dan agak mahal
  • adalah menjadi kebiasaan hotel disini untuk menyimpan satu pasport sebagai jaminan
  • pihak hotel Lee Garden menyediakan stor untuk menyimpan beg selepas "check-out"
  • anda perlu tawar menawar apabila membeli pakaian (selalunya hampir setengah harganya)
  • tanya tambang tuk-tuk sebelum menaiki tuk-tuk untuk ke mana-mana destinasi
  • peniaga Hatyai secara umumnya amat bersopan dengan pelanggan dan boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dan Inggeris