Pemandangan indah di Cameron..BOH Plantation |
Cameron Highlands ni boleh dikatakan setiap tahun akan naik dari Ipoh, cuma jarang sekali tidur. Selalunya naik pagi dan petangnya turun ke Ipoh.
Bulan Jun lalu berkesempatan ke CH melalui Simpang Pulai dan telah menempah bilik semalam melalui agoda.com di Heritage Hotel (05-4913888). Heritage Hotel ni terletak di atas bukit di tengah-tengah pekan Tanah Rata. Kalau nak makan hanya perlu 15 minit berjalan kaki ke pekan Tanah Rata.
Heritage Hotel..di atas bukit di Tanah Rata |
Dengan harga RM250 semalam, hotel ni boleh lah dipuji dengan suasana landskap yang cantik dan bilik yg agak besar. Terdapat juga taman mini dan sebuah library di hotel ni.
Banyak aktiviti yang dapat dibuat di CH ni, cuma ramai yang hanya shopping buah-buahan saja di sini. Bagi yg suka jungle tracking pun ada, menikmati suasana di puncak gunung pun boleh cuba. Dapatkan peta dari reception untuk ketahui tempat menarik.
Pekena teh BOH di BOH Plantation |
Tapi bila sampai di ladang BOH ni, wahhh..tak rugi rasanya memandu masuk ke sini. Pemandangannya cantik sekali!
Kilang BOH..daun teh sedang di proses |
Bharat Tea Cafe |
Sambil menghirup teh, bolehlah menikmati keindahan pemandangan ladang teh Bharat.
Ladang Teh Bharat |
Pemandangan ladang teh Bharat dari Bharat Tea Cafe sungguh cantik. Suasana nyaman walaupun cuaca panas, kalau di tempat kita dah tentu berpeluh.
Kalau nak beli buah-buahan, bolehlah ke Kea's Farm yang terletak dekat Hotel Equatorial yang merupakan pasar buah-buahan. Kita boleh juga berkunjung ke Pasar Malam di Brinchang yang menjual pelbagai buah-buahan dll.
Mengembara ke masa silam di Time Tunnel |
Salah satu tarikan terbaru di CH ialah Time Tunnel. Bayaran masuk adalah RM5 seorang & dibuka hanya pada waktu siang sahaja. Di dalam tunnel ni di pamerkan segala bentuk barangan lama-lama yang pernah kita gunakan.
Bila kita tengok, terkenang nostalgia kita semasa zaman kanak-kanak dulu.
Nak tengok cactus belbagai saiz? Cactus Point lah tempatnya! |
Tetapi sesuatu yang saya kurang gemar mengenai CH adalah kurang kebersihan, layanan daripada restoran amat kurang baik dan jalan jem yang teruk. Rata-rata di CH ni, tidak bersih terutamanya di kedai-kedai makan dengan sampah merata-rata & parit yang tersumbat. Pernah saya makan di gerai di Kompleks Gerai Tanah Rata, apabila
Jangan makan di gerai di sini, tuan punya sombong! |
Ada satu family dgn anak kecil dok di meja sambil menunggu pesanan satay (bungkus) dari gerai sebelah, tuan punya terus cakap "kalau encik tak mau makan, jangan dok di sini!". Wah..sombongnya tuanpunya gerai di CH ni..Tapi still enjoy di CH ni..
Bilik di Heritage Hotel..besar! |
Pemandangan di Bharat Tea Plantation |
Kilang BOH..teh di proses |
No comments:
Post a Comment