Thursday, October 16, 2014
Wednesday, October 8, 2014
Bayview Hotel Langkawi
Bayview Langkawi (kredit Agoda) |
Jalan Pandak Mayah 1
Pusat Bandar Kuah
07000 Langkawi
+6049661818
www.bayviewhotels.com
Sebab utama pasai apa aku suka hotel ni ialah lokasi dia dekat dengan pusat bandar Kuah. Kalau kita tak sewa kereta kalau setakat nak shopping, semuanya
berdekatan dengan hotel ini. Kalau nak shopping di Haji Ismail Group atau Langkawi Saga Shopping Complex, hanya perlu berjalan kaki. Tapi kalau nak ke HIG Kompleks, kena jalan sikit tapi tak jauh jugak. Cuma kalau yang suka nak shopping di Idaman Suri, kena ambik teksi kalau nak ke sana. Sebenarnya di Haji Ismail Group atau HIG Kompleks pun ada barangan yan sama di jual di Idaman Suri cuma Idaman Suri dia ada barangan keperluan dapur yang dibuat atas nama Idaman Suri.
![]() |
Pemandangan dari bilik |
Cuma kadar semalam di hotel ni agak mahal..dengan RM220 semalam, kita hanya dapat bilik standard yang agak kecik kecuali kalau kita datang time off-peak. Kalau nak menjamu selera, terdapat restoran tomyam depan hotel dan semua bank boleh kata ada disekitar hotel.
Sunday, October 5, 2014
Le Apple Boutique Hotel KLCC
![]() |
Le Apple Boutique Hotel (KLCC)..dekat dengan KLCC |
Percaya tak dengan hanya kurang daripada RM200 semalam, kita boleh dapat menginap di hotel bertaraf bintang berdekatan KLCC? Aku dah try Le Apple Boutique Hotel (KLCC) terletak berhadapan KLCC dan bersebelahan dgn Avenue K.
![]() |
Lobby hotel dengan suasana suram.. |
Alamat penuh:
No. 160 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
+60321793777
www.leapple-klcc.com.my
![]() |
Bilik superior RM188 melalui Agoda |
Dari hotel ni nak ke KLCC hanya berjalan kaki. Nak naik LRT hanya ke Avenue K yang terletak bersebelahan saja.
Nak makan, Pelita Nasi Kandar
![]() |
Toilet agak besar dan cantik |
terletak berhadapan dengan hotel ni.
Bersesuaian dengan konsep boutique hotel, dekorasi hotel ni agak berlainan. Cuma di hotel ni tak disediakan dengan sarapan dan tiada kolam renang. Bilik superiornya tak lah sebesar mana dan segala keperluan asas disediakan termasuk fridge.
![]() |
Jam jadi meja di lobby hotel |
Toiletnya agak besar dan selesa. Almari tak disediakan dan hanya ada tempat sangkut baju sahaja. Iron pun tak disediakan tapi TV dia LCD dgn channel Astro. Dengan harga RM188 (tanpa caj Agoda), tiada komplen!
![]() |
Dekorasi hotel agak berlainan dari hotel lain.. |
![]() |
Reception Counter terletak di tingkat satu hotel |
Subscribe to:
Posts (Atom)