Bayview Langkawi (kredit Agoda) |
Jalan Pandak Mayah 1
Pusat Bandar Kuah
07000 Langkawi
+6049661818
www.bayviewhotels.com
Sebab utama pasai apa aku suka hotel ni ialah lokasi dia dekat dengan pusat bandar Kuah. Kalau kita tak sewa kereta kalau setakat nak shopping, semuanya
berdekatan dengan hotel ini. Kalau nak shopping di Haji Ismail Group atau Langkawi Saga Shopping Complex, hanya perlu berjalan kaki. Tapi kalau nak ke HIG Kompleks, kena jalan sikit tapi tak jauh jugak. Cuma kalau yang suka nak shopping di Idaman Suri, kena ambik teksi kalau nak ke sana. Sebenarnya di Haji Ismail Group atau HIG Kompleks pun ada barangan yan sama di jual di Idaman Suri cuma Idaman Suri dia ada barangan keperluan dapur yang dibuat atas nama Idaman Suri.
Pemandangan dari bilik |
Cuma kadar semalam di hotel ni agak mahal..dengan RM220 semalam, kita hanya dapat bilik standard yang agak kecik kecuali kalau kita datang time off-peak. Kalau nak menjamu selera, terdapat restoran tomyam depan hotel dan semua bank boleh kata ada disekitar hotel.
No comments:
Post a Comment