Terletak di Danga Bay JB
Hotel yang nak cerita ni terletak di Danga Bay, bersebelahan dengan pejabat Iskandar Development Autority (IRDA). Cuma dari main road Jalan Skudai memang tak nampak hotel ni sebab ianya mengadap Singapura. Alamat lengkap:
Unit 7, 8 & 9, Blok 7, Danga Bay
Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru
Tel : +6072379323
www.zoominn.com.my
Untuk yang budget bawah RM100 semalam, hotel ni merupakan pilihan yang terbaik. Aku book bilik single dgn harga RM89 net (bilik double dalam RM99) melalui Agoda. Bilik single dia cantik dan besar jugak. Ada LCD TV dengan channel Astro dan Singapore channels. Katil dia sedap tido. Iron disediakan di luar bilik (share) & tiada almari untuk bubuh baju hanya tempat sangkut baju. Hotel ni telah menerima anugerah daripada tripadvisor sebagai 2014 Winner.
|
TV di hujung kaki..
Dari segi keselamatan tak perlu bimbang pasai bersebelahan dengan hotel terdapat pondok polis & terdapat jugak kedai runcit mamak. Makan pun tak susah sangat sebab di hujung dan di depan blok ada restoran. Cuma bila malam agak sunyi, hanya ada karaoke berdekatan dengan suara-suara sumbang..
|
|
Toilet terbahagi kpd 3 ruang, shower, toilet & sinki..
|
Bilik single.. |
|
|
Lobby.. |
|
Reception Counter |
|
No comments:
Post a Comment