Sunday, January 18, 2015

Pauh Inn, Politeknik Perlis

Pauh Inn..terletak dalam Politeknik Pauh, Perlis
Kalau u all ke Perlis terutamanya kawasan Arau dan nak cari tempat tinggal, bolehlah consider Pauh Inn.  
Di Arau terdapat UiTM dan Kolej Matrikulasi dan hotel sentiasa penuh time konvo atau ada big event.

Bangunan Pauh Inn




Pauh Inn terletak dalam Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Pauh, Perlis dan Politeknik ni terletak di highway dari Changloon ke Kuala Perlis.  Dari Pauh Inn nak ke Arau dalam 10-15 minit saja dan nak ke Kangar dalam 25 minit.  

Bilik RM140..selesa untuk 4 orang



Untuk tempahan:
04-9886259
04-9886279

Harga bilik:
Single (1 org) RM60
Double (2org) RM80
Tripple (3org) RM130


Walaupun TV tu ada 2, tapi tak brapa clear reception



Masa aku check-in last Dec 14, tak ramai yang dok sini mungkin ramai yang tak tahu kewujudan Inn ni.  Aku ambik bilik yg ada 1 katil double dan 2 katil single, selesa untuk 4 orang.
Ada pool lagi..tapi tak maintain sangat..bolehlah mandi
Harganya RM140 semalam (off-peak aku ingat murah lagi).  Biliknya agak besar dan selesa untuk 4 dewasa; cuma reception TV dia tak berapa clear.


Tasik di belakang hotel
Disediakan pool untuk kanak-kanak dan dewasa tapi pool dia tak di maintain sangat. Tapi aku dan family aku terjun jugak pasai pool dewasa dia agak dalam (5 kaki).  





Senja dari tingkap bilik
Dari kawasan pool kita boleh nampak students Poly tengah beriadah pasal ada tasik di sini. 
Pemandangannya cantik dan nyaman selari dengan slogan negeri Perlis!
Bila bermalam disini terasa nyaman dan tenteram.  Pagi-pagi masih berkabus walaupun jam dah hampir pukul 8 pagi.


Masih berkabus walaupun dah jam 8 pagi...
Inn ni tak sedia breakfast (restoran dia utk group saja); so nak makan kena keluar.  Di depan pintu masuk Poly ada warung kampung yang jual nasi lemak, kuih-muih dan roti canai di waktu pagi.





So, kalau u all datang Perlis terutamanya kawasan Arau dan mencari tempat bermalam, bolehlah consider Pauh Inn.  Walaupun tak setanding hotel tapi faciliti dia setanding budget hotel.

7 comments:

  1. Orang luar boleh ye.? bukan student or student poli or keluarga student poly sahaja ?

    ReplyDelete
  2. assalam,
    Pauh inn ni orang luar blh menetap ye ? bukan khas untuk student poly, keluarga student poly or student shaja ?

    ReplyDelete
  3. Orang luar boleh ye.? bukan student or student poli or keluarga student poly sahaja ?

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Maaf, tiada pic untuk bilik single..terbuka utk orang luar jugak..

      Delete
  5. Macam mana nak book bilik di pauh inn

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tak pasti tentang Pauh In..blh try call:
      04-9886259
      04-9886279

      Delete