Vistana Hotel Titiwangsa KL (kredit Agoda) |
Salah satu hotel yang dah lama tak try bila datang KL adalah Vistana Hotel Titiwangsa. Terletak berdekatan dengan LRT Ampang Line(stesen Titiwangsa) dan monorail (stesen akhir) membuatkan begitu mudah untuk sampai ke hotel ni.
Alamat penuh:
9 Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +60 3 4042 8000 Fax: +60 3 4041 1400
Tel: +60 3 4042 8000 Fax: +60 3 4041 1400
Email: viskl@ytlhotels.com.my
GPS: N3°10'17.904 E101° 41' 45.0378
Berbanding dengan last check-in beberapa tahun dulu, hotel ni semakin baik dan cantik.
GPS: N3°10'17.904 E101° 41' 45.0378
Berbanding dengan last check-in beberapa tahun dulu, hotel ni semakin baik dan cantik.
Stesen LRT Titiwangsa..dapat dilihat dari jendela hotel. |
Kalau dari hotel ni nak ke town centre (Sogo area atau Masjid Jamek area) memang mudah pasai LRT betul-betul di belakang hotel.
Kalau nak ke Pudu Sentral (Plaza Rakyat) atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS), hanya naik LRT yang sama terus ke sana.
Kalau nak ke Genting, stesen bas betul-betul belakang hotel.
Stesen monorail terakhir dekat je dgn hotel ni |
Kalau nak ke Bukit Bintang atau ke Medan Tuanku atau Briekfields atau lebih dikenali sebagai Litte India, boleh naik monorail.
Kalau nak ke KL Sentral lagi mudah pasai dua-dua LRT dan monorail akan ke KL Sentral cuma monorail tu kena jalan sikit masuk ke NU Sentral.
Cuma harga semalam di hotel naik sikit..dulu dalam RM170 semalam tapi sekarang dengan harga RM216 (all-in) yang di book melalui Agoda dapatlah bilik Executive Deluxe tanpa breakfast. Tapi masa check-in, bodek staff counter, dapatlah free breakfast.
Bas station ke genting..Titiwangsa Sentral |
Biliknya cantik dan kemas dengan tilam yang sedap di tidur. TV LCD dan channel Astro disediakan bersama Wifi percuma.
Pemandangan malam dari hotel |
Free breakfast dia kira sederhana saja cuma first day aku makan keow teow dia agak masin. Apa yang bagus dan seriusnya hotel ni untuk improve servis dia, selepas check-out kita akan dihantar email untuk bagi feedback mengenai servis hotel ni. Bila aku komen mengenai keow teow yang agak masin, ada pegawai dari hotel call dan mintak futher info.
TV LCD dgn channel Astro |
Kalau nak makan tengahari atau malam, don't worry..disekeliling hotel ni kedai, gerai dan food court yang jual macam-macam makanan. Daripada tomyam, nasi lemak, burger hinggalah ke western food ada yang menjualnya..hanya jalan kaki di sekitar hotel ni.
So, kalau u all punya budget arrange RM220 semalam boleh try check-in hotel ni.
No comments:
Post a Comment