|
Lokasi Pulau Aman..dekat dgn Stadium Batu Kawan |
Cuti panjang hari Pekerja dan Wesak tapi tak tau nak pi mana..last-last pi Pulau Aman. First time pi pulau ni yang terletak berhampiran Batu Kawan dan nak sampai senang je dari Plus Highway exit Batu Kawan. Kalau kita naik Bridge Kedua, kita akan nampak 2 pulau sebelah kanan bridge, tu lah Pulau Aman. Sebenarnya terdapat 2 pulau tapi selalunya orang pergi ke pulau pertama. Sampai jetty terus bayar RM2 untuk park kereta dan parking penuh pasal public holidays.
|
Bot ke Pulau Aman..merempit betoi driver dia.. |
Bot yang membawa ke pulau bermula seawal 8 pagi dan terakhir jam 6 petang dari pulau.
Tiket RM6 seorang untuk 2 hala. Bot biasa saja tapi dia punya speed punya laju; tak sampai 5 minit dah sampai ke pulau. Yang tak bestnya tiada life jacket disediakan walaupun jaraknya dekat dan ada papan tanda mengatakan mesti ada life jacket.
|
"Jalanraya" di sini |
Seperti nama dia Pulau Aman, memang pulau ni aman tenteram..tiada jalanraya dan tiada bunyi kereta pun. Yang ada hanya jalan pavement simen untuk kita berjalan-jalan sekitar pulau ni. Dari Jetty terus nak makan mee udang di Restoran Terapung tapi punya ramai pelanggan sampai tiada tempat. Tiada pilihan, cari satu lagi restoran kat depan masjid, lagi teruk semua habis! Last sekali minum teh ais dan makan roti bakar kat satu kiosk kampung. Sempat lagi beli magnet fridge Pulau Aman RM4 satu tanda dah sampai sini.
|
Tu dia..pilih saja chalet mana |
Banyak chalet kampung di sini walaupun setengahnya tak layak pun di panggil chalet. Jalan ke dalam, bertemu satu family sedang asyik cari siput (macam siput remis) dan memang banyak siput yang di dapati.
|
Sejarah Telaga Mas |
Jalan ke dalam lagi aku temui Telaga Mas yang mempunyai sejarahnya tersendiri (baca sendiri sejarah dia). Di pulau ini terdapat masjid dan sebuah sekolah dan penduduknya tak lah ramai sebab tanahnya agak terhad.
|
Bridge Kedua dapat dilihat dari pulau.. |
Apa aktiviti di sini? Selain nak rasa mee udangnya, bagi kaki pancing bolehlah memancing disekitar pulau ni. Bagi family, bolehlah sewa chalet yang banyak ni untuk family gathering sambil bakar ikan.
Untuk yang penat berjalan, boleh sewa basikal dgn kadar RM3 sejam atau RM12 sehari.
|
Mee udang RM6 |
Pemandangan di sini memanglah cantik dan tidak tercemar. Sesekali kapalterbang melintasi di atas awan pasal pulau ni agak dekat dengan Airport Bayan Lepas.
Dah dekat jam 5 petang, aku try pi Restoran Terapung tadi untuk cuba mee udang dia..nasib baik orang dah tak ramai. Terus aku order mee udang biasa. Sepinggan RM6 dengan 2 ekor udang fresh. Rasanya sedap jugak dan memang udang dia fresh.
|
Memang aman di sini |
Habis makan dah nak dekat jam 6, aku pun cepat-cepat ke jetty untuk dapatkan last boat ke tanah besar. Ramai yang masih menunggu bot sebab ramai yang masih round-round pulau ni. Brother bot tu cakap cepat naik bot sebab kita boleh tengok ikan lumba-lumba.
|
Dah sampi jetty untuk pulang.. |
Budak-budak dalam bot punya teruja tapi aku ingat brother tu saja nak ambik hati budak-budak tu tapi di tengah laut bila enjin bot dimatikan, memang ada ikan lumba-lumba (tak sempat nak ambik gambar). Ikan lumba-lumba bukan saiz besar dan ada warna merah di sirip dia..best jugak dapat tengok ikan-ikan ni berlumba-lumba. Itulah percutian singkat aku ke Pulau Aman walaupun dah lama nak ke sini. Aku ingin ke sini lagi dengan kroni-kroni aku dan nak overnight supaya boleh buat berbeque dengan family aku satu hari. Selamat tinggal Pulau Aman..memang aman!!
|
Indah dan permai..tu lah Pulau Aman |
|
Chalet cantik tapi tak diuruskan dengan baik |
|
Kawasan dia kecik saja |
|
Salah satu Jetty Pulau Aman |
|
Family asyik cari siput dan mandi-manda |
|
Cantik.. |
|
Walaupun tiada jalanraya tapi ada nama jalan |
|
Antara chalet di sini |
|
Ni Restoran Terapung dari jauh |
|
Ramai yang dok pekena mee udang dan ketam |
|
Ni lah Telaga Mas..jgn cari emas kat sini |
|
Teringin nak datang lagi..yang hujung tu Penang Bridge Kedua |
Mcm best
ReplyDeleteBest gak
ReplyDeleteKecik aje ya pulau ni..menarik juga.
ReplyDeleteKalau yg tak penah sampai Pulau Aman, boleh lah try sekali terutamanya orang Penang..
Delete