Saturday, October 10, 2015

KOREF Eco Farm, Kluang

Suasana di KOREF dgn latarbelakang beberapa jenis chalet
Bandar Kluang terletak kira-kira 120km dari Johor Bahru. Berkesempatan ke Kluang untuk menghadiri team building yang dibuat di Kahang Organic Rice Eco Farm atau KOREF Eco Farm Resort, Kahang yang terletak di jalan menuju Mersing kira-kira 30km dari bandar Kluang.

Alamat penuh:

KM43 Jalan Kluang-Mersing
86700 Kluang, Johor
+60 7-771 3431




Chalet atas air

Dah nama team building mestilah activiti di sini semuanya bersangkutan dengan semangat berpasukan. KOREF ni merupakan sawah pada asalnya yang di bangunkan menjadi pusat eco farm dengan tasik buatan dan chalet-chalet untuk perserta diami semasa team building.  

Di sini terdapat beberapa jenis chalet samada atas tasik, tepi tasik atau rumah segitiga.  Setiap bilik boleh memuatkan hampir 8 orang dan bilik air semuanya di dalam dan terdapat bilik air extra di luar. 



Lawan lumba rakit antara aktiviti yang best..
Suasana di sini umpama kita balik ke kampung dan kembali ke nature dengan suasana yang nyaman dan sejuk. Banyak aktiviti team building yang dapat dibuat di sini yang kebanyakannya berasaskan air.

Kami hanya semalam di sini, jadi didera dengan 4-5 aktiviti antaranya:
  • Drum Raft Building-membina rakit
  • Water Obstacle-berlumba dgn halangan di air
  • Bamboo Rafting-lumba rakit
  • Tubing Tyre-lumba pelampung
  • Tug of war-tarik tali dlm air
  • Night Trail-lihat keindahan malam di hutan
Ni tempat kami makan..atas tasik
Walaupun hujan renyai-renyai pada hari kedua tidak menghalang kami untuk meneruskan aktiviti lasak ni. Yang penting bukan kemenangan tapi semangat berpasukan dalam membantu setiap ahli kumpulan. Aktiviti macam ni memerlukan kekuatan fizikal dan mental dan cara komunikasi yang berkesan.

Makanan disediakan oleh pihak KOREF dan segalanya berasaskan organik di mana pihak KOREF sendiri menanam padi organik di sini (ada aktiviti tanam padi jugak disediakan bagi yang nak cuba).


Nampak tak titi buluh tu..kena meniti atas buluh tu..
Kalau tanya aku aktiviti mana yang paling mencabar, aku rasa lumba dengan halangan.  Dalam aktiviti ni kita kena berlari di atas tasik dengan meniti di atas titi yang diperbuat dari buluh dan batang pokok je yang jadi penghubung. Aku 2 kali jatuh dalam tasik bila meniti atas buluh tu..nasib baik dalam tasik setakat dada je.

Kalau yang tak pandai imbang badan, jadi macam aku lah..jatuh gedebuk dalam air! ha..ha...ha..




Ada kedai jual beras organik dan cenderahati
Aktiviti night trail pulak kami dibawa masuk hutan berdekatan dalam kepekatan malam dan menyaksikan fenomena macam dalam filem Avatar.  Ada satu tempat dalam hutan, bila kita matikan lampu suluh, terdapat debu cahaya di atas daun-daun kering yang kita tengah pijak.  Kita boleh ambik daun tu tapi bila kena cahaya lampu suluh, debu cahaya tu akan hilang.  Dalam kegelapan kita umpama sedang berpijak atas bintang-bintang yang bertaburan di tanah.  Cantik sungguh..tapi sori tiada gambar pasal bila kena cahaya, debu cahaya ni pun akan hilang.


So, bagi sapa-sapa nak buat team building dan mencari tempat yang lain dari lain atau nak buat di Taman Negara Endau Rompin, boleh lah hubungi Encik Sulaiman 012-7228158.


Chalet atas air yang boleh disewa
Suasana di KOREF..tenang

Antara chalet yg budget..macam khemah tapi ada toilet di dalam


No comments:

Post a Comment