Anggur Malaysia |
Ramai yang tak tau yang di Malaysia ada ladang anggur; yang aku tau di Perlis tapi yang di Tasik Beris ni aku kurang tau. Rupanya yang di sini adalah ladang anggur terbesar di Asia Tenggara.
Tasik Beris ni terletak kira-kira 40km daripada Gurun. Kalau kita menggunakan PLUS Highway, kita kena exit di Gurun dan ambik jalan menuju ke daerah Sik, Kedah. Kita akan lalui jalan kampung sebelum sampai ke Tasik Beris yang merupakan tasik terbentuk hasil pembinaan empangan.
Pokok anggur..hanya untuk pelawat bergambar |
Alamat penuh:
Lot 264 Kampung Temas, 08200 Sik, Kedah.
Telefon : +604-4620466
9.30 pagi-6.30 petang setiap hari
Bayaran Masuk - RM6/RM3 (7-12 tahun)
Time aku sampai minggu sudah time cuti sekolah, buah anggur dah kurang. Selain melihat pokok anggur ni (tak boleh petik noo walaupun bayar RM6 sorang), kita juga boleh melihat keindahan Tasik Beris dari ladang ni.
Lepak sambil minum jus anggur |
Kalau nak beli anggur, ada di jual RM15 sebungkus (berat aku tak pasti, kurang daripada 500 gram kalau tak salah), jus anggur (RM17) dan barangan cenderahati berasaskan anggur seperti fridge magnet (RM10.60), beg, t-shirt dll.
Aku dan family lepak sambil minum jus anggur dan wedges di cafe ni..sedap jugak.
Tasik Beris..pemandangan dari Ladang Anggur |
Kalau datang sini, tak banyak sangat aktiviti yang boleh dilakukan kecuali melihat ladang anggur (kalau nak tengok di overseas mahai woo), menikmati pemandangan Tasik Beris dan menjamu makanan berasaskan anggur di cafe. Jangan terkejut kalau anggur di sini lebih mahal dari yang kita beli di supermarket.
Tiada penerangan terperinci mengenai ladang ni yang kita boleh dapat apabila melawat ladang ni seperti ke mana anggur di eksport.
Ni tempat berehat bagi yang yang penat berjalan (kawasan yang dibuka untuk pelawat, kecik saja).
Di kawasan ni ada TV tapi tak digunakan untuk beri penerangan mengenai ladang ni (TV tak buka pun). Sayangnya..
Kalau hampa nak tau info lanjut mengenai tempat ni, boleh lawati website dia di www.berislakegrapes.com.my
Ni tanda arah yang menunjukkan lain-lain ladang anggur yang terdapat di dunia (yang besar saja kut). Di Thailand pun ada satu ladang anggur.
Setelah berada di ladang ni, aku pusing-pusing sekitar kawasan ni. Banyak resort yang dibina di gigi tasik yang sesuai untuk bermalam di sini. Satu pengalaman yang indah kalau satu hari aku dapat bermalam di salah satu resort di sini.
Salah satu chalet di Seri Ternas Lake Resort..betul-betul tepi tasik |
Salah satu resort yang aku suka adalah Seri Ternas Lake Resort (011-20815529) yang terletak betul-betul di belakang ladang anggur ni. Aku tanya owner dia untuk malam tu tapi dah fully booked.
Rate untuk semalam dalam RM170 dan ada chalet yang betul-betul di tepi tasik yang boleh buat kaki pancing tak senang duduk.
Pemandangan Tasik Beris dari Seri Termas Lake Resort |
Kalau yang jauh sikit dari ladang anggur ni tapi masih ditepi tasik ialah Tasik Beris Hill Lake View D'Puncak Bris Lake Resort dan 1-2 lagi resorts yang aku lupa nama dia tapi tak jauh dari ladang anggur ni.
Kalau yang suka suasana tenang dan jauh dari hiruk-pikuk kotaraya, bolehlah mencuba bermalam di sini bersama keluarga.
Berita terbaru mengatakan ladang ni dah ditutup..sayang sekali!
ReplyDelete