Design Village Outlet Mall..terletak di Batu Kawan |
Full addressnya:
733, Jalan Cassia 2, Bandar Casia,14110 Simpang Ampat, Seberang Perai
10am-10pm setiap hari
Ramai yang shopping |
Aku pun terjah pi tengok pada hari ahad sudah masa cuti sekolah/public holidays Maulud Nabi. Terletak di kawasan Batu Kawan berdekatan dengan Stadium Batu Kawan. Kalau yang datang dari utara boleh exit Batu Kawan/Tambun atau pun Jambatan Kedua Pulau Pinang (JSAH) kerana Design Village Outlet Mall (DVO) terletak dalam kawasan industri Batu Kawan (BKIP).
Bangunannya hanya setingkat |
Memang ramai betoi yang mengunjugi DVO ni kerana cuti sekolah dan cuti panjang. Aku ni dah memang banyak kali ke JPO jadi bila buat comparison dengan DVO secara ikhlasnya, agak jauh ketinggalan daripada JPO. Di DVO ni brand yang paling hebat yang aku nampak hanya Sacoor dan Lewis tapi brand-brand international yang lain, aku tak nampak di sini.
Tapi banyak lagi outlet yang masih belum buka dan ada yang tengah buat renovation, mungkin dalam tahun hadapan akan ada brand-brand international yang hebat di sini. Kalau di JPO bangunannya 2 tingkat tapi di sini hanya setingkat dan ada open parking dan multi-storey car park.
DVO masih banyak outlet belum buka dan tiada brand-brand hebat lagi.. |
No comments:
Post a Comment