Pintu keluar utama pesta |
Dulu masa aku kecik, ramai pelancong yang sanggup datang dari jauh untuk tengok Pesta Pulau Pinang. Dulu pesta ni tiada tapak kekal dan diadakan di serata lokasi setiap tahun dan berubah-ubah tapi sekarang tapak pesta tetap di Sungai Nibong bersebelahan dengan perhentian bas ekspres.
Selalunya pesta ni diadakan bermula dari cuti sekolah hujung tahun (hujung nov) sehingga awal tahun baru.
Tiket RM3 dewasa dan RM1 kanak-kanak |
Sejujurnya aku dah lupa bila last sekali aku pi pesta ni walaupun saban tahun pesta ni diadakan. Kalau dulu pesta ni dinanti-nantikan setiap tahun pasal ada pameran yang hebat macam pameran kereta canggih, akrobatik dari China dan lain-lain pameran dari luar negara.
Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni dari cerita kawan-kawan, pesta ni umpama pasar malam mega dan tiada lagi tarikan. Jumlah pengunjung semakin menurun dan kegemilangan pesta ni dah semakin pudar.
Antara yang ada di pesta |
Oleh kerana ada sedara yang ajak temankan dia ke pesta, aku pun joint lah. Aku pergi beberapa malam terakhir pesta (last day 2hb. Jan 2016). Nak cari parking sekarang pun susah dan nak parking dalam kawasan pesta terhad dan dicaj RM5.
Tiket masuk RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.
Dah hilang seri pesta ni.. |
Dan seperti yang diduga, tiada yang menarik sangat pesta ni..hanya umpama pasar malam mega. Yang banyak dijual hanya karpet, baju murah, jersey dan barang mainan sampai 2-3 kedai menjual barangan yang sama.
Kebanyakan pameran telah ditutup walaupun masih berbaki 3 malam lagi; jadi aku hanya jalan-jalan tengok orang saja.
Pengujung pun semakin berkurangan |
Sebagai anak jati Pulau Pinang, aku pun malu dengan pesta ni..semakin tahun semakin teruk dan tiada apa-apa yang menarik dan hanya gah pada nama saja.
Kerajaan Negeri terutamanya Bahagian Kewangan SUK patut mengambil inisiatif untuk memperbaiki pesta ni jika tidak pesta ni hanya tinggal nama.
No comments:
Post a Comment