Tanah Aina..di kaki bukit, Raub Pahang |
Team Building datang lagi...arghhhh..tension, nak kena buat activiti fizikal ni..Di mana? Tanah Aina di Raub Pahang? Jauh tu...tempat jin tendang la kut!! Nyamuk banyak kalau dalam hutan..nak mandi macam mana? Toilet dia ok ka? Selalu team building, hidup macam balik zaman sekolah lah..TENSION!!!
Team Building mana-mana company mesti buat, last sekali aku kena di Kluang, 2 kali jatuh dalam tasik bila meniti titian buluh..
Sungai yang dingin "membelah" resort ni |
Tanah Aina Farrah Soraya Soraya ni terletak di Raub, Pahang kira-kira 2 jam perjalanan dengan bas dari KL. Nak tahu lebih lanjut pasal eco resort ni, klik link ni http://www.tanahaina.com/farrah-soraya/
Sampai destinasi, kita akan dibawa masuk dengan menaikki lori yang disediakan oleh resort ni sebab kereta persendirian tak dibenarkan masuk sebab jalan dia sempit dan berbukit. Dalam 15 minit melalui jalan bukit yang beralun, sampailah ke resort ni.
Bilik jenis dorm..toilet di luar/belakang |
Resort ni memang di kaki bukit dan ada sungai yang merentasi di tengah-tengah resort ni. Segala persepsi negatif mengenai keadaan bilik dan toilet terhapus apabila semalaman berada di sini.
Banyak jenis bilik di sini, ada yang share 4 orang dengan toilet di dalam dan ada yang jenis dorm seramai 8 orang denga tolilet di luar. Tapi aku respect dengan keadaan toilet dia, memang bersih dan semua fasiliti bertaraf hotel 3-4 bintang.
Bilik jenis lain..toilet di dalam |
Dimana-mana kita akan menghidu daun pandan sebab daun pandan di jadikan sebagai air freshner di dalam toilet..wangi.
Rate bilik ni aku tak sure sebab company yang buat booking untuk kami seramai 80 orang.
Suasana pagi di sini..hening dan nyaman |
Apa aktiviti di sini? Dah nama pun eco-resort mestilah yang bersangkut dengan alam semulajadi. Kami di bawa merendah bukit sehingga sampai ke suatu tempat yang mana bagi mereka yang nak mencabar diri bolehlah terjun dari platform setinggi 19 kaki kedalam sungai. Tapi don't worry, life jecket kemestian dan ada orang resort yang manage platform ni. Nasihat aku bagi yang teragak-agak nak terjun, jangan cuba lah nak terjun sebab dah terjadi kat kawan aku masa nak terjun. Nasib baik dia landing tak kena batu, nyaris je..
Tempat makan dia..di gigi sungai |
Bagi yang nak rasa kedinginan air sungai, memang best di sini, banyak ikan yang berenang-renang dalam sungai dan bolehlah berendam sambil bagi makan ikan-ikan. Makanan memang dah disediakan oleh resort sebab tiada kedai berdekatan dan tempat makan dia betul-betul tepi sungai. Sambil menjamu selera kita akan ditemani dengan deruan air sungai. Menu dia masakan ala kampung dengan ulaman. Kami juga di jamu dengan durian sebab di sini ada pokok durian yang sedang berbuah dan memang sedap!
Kabus di waktu pagi |
Besok pagi-pagi kami dah naik bukit untuk melihat matahari terbit tapi sayangnya, pagi tu berkabus tebal..matahari tak nampak terbit..tup-tup dah cerah! Tapi suasana pagi-pagi di sini memang syaman dan dingan.
Antara jenis penginapan di sini |
Untuk yang bercadang nak buat team building, bolehlah consider resort ni sebab bukan setakat di Raub tapi dia ada resort lain-lain lokasi di Malaysia ni. Dari pembacaan aku, resort ni dah pernah menangi beberapa award antarabangsa. Nyamuk pun tak banyak di sini walaupun dalam hutan
Tapi kalau bawa family nak bercuti, resort ni bukanlah pilihan yang ideal kecuali lah family suka kesunyian dan mencuba aktiviti lasak.
No comments:
Post a Comment