Berkesempatan terbang ke JB pada 23/5 digunakan untuk menyeberang Tambak Johor ke Singapore. Tujuan hanya untuk menikmati menu-menu yang popular di sana. Menyewa sebuah teksi dipandu oleh Uncle Joe, terus membawa kami daripada Hotel Puteri Pacific JB ke Bugis, Singapore dengan tambang RM75. Di Bugis ni barulah kita boleh tengok orang Melayu kerana di tempat lain, jarang sekali.
Salah sebuah komplek membeli belah, Ngee An City, Orchard Street |
Kerana perut masih kenyang, kami memgambil keputusan untuk melihat Orchard Street yang terkenal dengan deretan komplek membeli-belah bertaraf mega. Menaiki MRT daripada Bugis terus ke Orchard Street dengan hanya tambang $2.90 (RM7) seorang. Dipertengahan jalan, kami terpaksa turun untuk menukar MRT yang menghala daripada Marina Bay untuk ke Orchard Street. Kalau berada di dalam MRT ni, janganlah terkejut kalau dapat melihat aksi-aksi panas pasangan yang tanpa segan-silu melakukannya. Bukan setakat pasangan bukan Melayu tetapi pasangan muda-mudi Melayu pun akan menunjukkan show percuma tanpa mengira orang ramai di sekeliling. Mungkin ini harga yang perlu di bayar untuk mendapatkan status bandaraya berkelas dunia! Sesampai di Orchard Street, kami merasa kagum melihat begitu banyak komplek bertaraf mega di sepanjang jalan ini hingga lengguh kaki untuk melihat setiap kedai. Melalui jenama antarabangsa yang dipamerkan, saya rasa kebanyakannya jenama asing dan tiada di tempat kita. Harga yang ditawarkan terutamanya pakaian adalah berpatutan sekiranya mengikut dollar Singapore tapi bila di tukar ke RM, terpaksalah letak balik baju kerja yang ingin dibeli. Sebelum berangkat dari JB, saya siap tukar RM150 & hanya dapat $60 (tukaran 2.41), apa nak beli dengan hanya $60 ni? Bayar teksi lepaslah..
Alamat Islamic Restaurant |
Setelah penat tanpa membeli apa-apa, kami patah balik dengan MRT ke Bugis. Sampai di Bugis, kami mencari Islamic Restaurant yang terletak di North Bridge Road dimana terdapat juga sebuah masjid yang bernama Masjid Sultan di jalan ini. Islamic Restaurant terkenal dengan nasi beriani dan roti Mariam. Kawan saya memesan beriani daging yang berharga $7.50 (RM18) dan saya memesan roti Mariam telor berharga $2.50 (RM6) untuk 2 keping. Terdapat pelbagai hiasan di sekeliling dinding restoran ini dan saya tertarik dengan 2 keping gambar yang dipamer. Salah satu gambar ialah Raja Perlis & satu lagi adalah PM kita Dato' Seri Najib yang juga pernah datang dan menjamu selera di sini. Nasi beriani dan roti Mariam yang dihidangkan memang special dan lain daripada beriani kita di Malaysia.
Hiasan dalaman Islamic Restaurant |
Antara menu di sini |
Raja Perlis & Dato' Seri Najib antara pelanggan yg. pernah ke sini |
Hiasan dalaman yg menarik di Islamic Restaurant |
Daripada Bugis, kami mengambil teksi ke salah sebuah gedung membeli belah yang terkenal; Mustafa Centre yang terletak di Jalan Syed Alwi. Tambang dikenakan menggunakan meter ialah $13.40 (RM32.20) tetapi memgambil masa yang agak lama kerana jalan sesak masa tu. Mustafa Centre ni menjual pelbagai jenis barangan dan dibuka 24 jam sehari! Kalau di Malaysia, mungkin Mydin yang boleh kita samakan tapi saiz Mustafa Centre saya rasa 5 kali daripada Mydin kita. Daripada pakaian sehingga beras pun ada dijual di sini. Harga? Kalau mengikut Singapore dollar mungkin murah tapi bila di convert ke RM, rasa mahal jugak. Setelah puas membelek barangan di sini, saya membeli 2 helai T-Shirt dan magnetic fridge sebagai cenderahati. T-Shirt berharga $13.90 (RM33.50) sehelai dan magnetic fridge berharga $2.20 (RM5.30) untuk yang getah & $3.30 (RM8) untuk yang besi. Saya amati harga perfume di sini murah tetapi saya tidak pasti samada ianya original atau palsu tapi memandangkan Mustafa Centre ni terkenal, tak kan dia berani jual perfume palsu atau mungkin barangan kualiti kedua.
Setelah hampir 1 jam di Mustafa, rasa kaki dah tak boleh nak gerak walaupun banyak ruang yang belum diterokai di sini. Kalau nak betul-betul shopping di sini, saya rasa kita perlukan sekurang-kurangnya 3 jam untuk meneroka Mustafa ni. Kami menaikki teksi balik ke Arab Street dan singgah di Zam Zam Restaurant yang terletak betul-betul dihadapan Masjid Sultan. Oleh kerana perut masih kenyang, kami hanya minum dan memesan sebiji murtabak & jangan terkejut murtabak di jual punya "nala". Sebiji murtabak dimakan 3 orang pun tak habis..
Yang nampak kubah tu adalah Masjid Sultan |
Setelah penat & perut pun kenyang, kami pun berangkat pulang dengan teksi Uncle Joe. Tambang yang dikenakan oleh Uncle Joe untuk pulang ialah $50 dollar (RM125). Keesokannya sebelum terbang balik ke Penang, sempat menjamu selera di Restoran Briyani Abah yang terletak di belakang Plaza Angsana (Bandar Baru Uda), JB.
Nasi briyani di Restoran Briyani Abah |
Terima kasih infonya gan.
ReplyDeleteLumayan buat nambah wawasan.
Gema Parfum
Parfum Termahal di Dunia.
----------