Friday, June 29, 2012

Tune Hotel Ipoh

Tune Hotel, Ipoh
Apabila dihantar bertugas ke Ipoh pada 27/6 tetapi company lupa nak booking hotel, panik jugak. Try call beberapa hotel di Ipoh tapi kebanyakannya full & yang ada pun bilik superior berharga RM150++.  Last sekali, masuk web tempah Tune Hotel Ipoh..settled.  Harganya:

Bilik 2 katil          RM58
Towel                RM6  (termasuk syampo & sabun)
Pakej TV            RM10.60
Service Charge    RM5.80
Tax                   RM3.48

Tune Hotel Ipoh khabarnya baru saja dibuka & terletak di:


No 2 Jalan Veerasamy
30000 Ipoh, Perak
Tel 05:2415915




Habis saja kerja dalam jam 6 petang terus drive ke bandaraya Ipoh untuk mencari Tune Hotel.  Walaupun agak biasa dengan bandar Ipoh tapi jenuh pusing jugak.  Sebenarnya hotel ini terletak betul-betul di bandar Ipoh & ianya berdekatan dengan Gerbang Malam & Memory Lane (Jalan Horley) yang terkenal dengan jualan malamnya. 

Lobi Tune Hotel..cantik
Saya sudah pernah tidur di Tune KL beberapa tahun dahulu & saya dapati Tune Ipoh ni lebih cantik & menarik.  Parkingnya terletak di basement & luas.  Lobinya cantik dan tersusun dengan kerusi bewarna merah terang.  Saya diberi bilik di tingkat 5 & hanya pelanggan yang mempunyai "access card" saja yang boleh naik ke atas kerana lifnya mesti menggunakan "access card".  Walaupun biliknya agak kecil (berpatutan dengan harga) tetapi dalamannya amat cantik dan kemas. 


Toilet..bersih
Bilik air nya bersih dan kemas.  Katilnya setanding dengan hotel 4 bintang, lembut dan selesa.  Saya tidak mengambil aircond kerana cuaca sejuk (Ipoh hujan petang tu) & saya hanya mengharapkan kipas siling.  Tetapi kira oklah dengan TV flat screen & channel Fox Movies, ESPN dll. menemani saya sepanjang malam.  Dibelakang Tune Hotel terdapat Restoran Nasi Kandar dan bagi mereka yang suka makan tengah malam, tiada masalah untuk menjamu selera.  Bagi yang suka membeli barangan seperti pasar malam, Gerbang Malam hanya berjalan kaki daripada Tune Hotel ni.  Jualan selalunya mula meriah selepas jam 10 malam.



Walaupun bilik agak kecik tapi kemas
dan cantik tersusun.



No comments:

Post a Comment