8.00am (0 km) - Bertolak dengan kereta dari Kepala Batas Seberang Prai dengan memandu sendirian. Singgah di Petronas Butterworth Kulim Expressway (BKE) berdekatan Kulim H-Tech untuk mengisi minyak dan pam tayar. Terus memecut menggunakan highway menuju ke Baling dan perjalanan amatlah selesa dengan jalan yang sempurna dan tidak banyak kenderaan.
9.30am (87 km) - Berhenti rehat di R&R Bintang Hijau, Sungai Rui seketika. Bagi mereka yang menggunakan highway timur-barat ni, terdapat banyak hentian R&R disepanjang highway ini. Walaupun R&R ni tidak setanding dengan R&R yang terdapat di Lebuhraya Utara-Selatan tapi segala kemudahan asas disediakan.
Lebuhraya Timur-Barat |
10.20am - Melintasi Tasek Banding & keindahan Banjaran Titiwangsa semakin memikat hati. Terdapat restoran dan resthouse bagi mereka yang ingin menginap disini dan menikmati keindahan alam semulajadi.
Nyaman & indah di R&R Tiriwangsa |
10.50am - Berhenti rehat sekita di R&R Titiwangsa. Pemandangan daripada kawasan R&R ni amatlah indah dengan suasana dingin & berkabus. Setelah membuang apa yang patut, perjalanan diteruskan dengan lebih banyak mendaki.
11.30am (237 km) - Akhirnya meninggalkan negeri Perak dan memasuki negeri Kelantan dengan melalui bandar Jeli. Bendera parti politik melambai-lambai di sepanjang jalan di Jeli ni. Terdapat sebuah universiti di Jeli ni iaitu Universiti Malaysia Kelantan.
1.30pm (330 km).- Setelah hampir 6 jam perjalanan, akhirnya tiba di bandar Kota Bharu (KB). Kalau tak berhenti beberapa kali kerana menjawab panggilan daripada pejabat & pelanggan, mungkin dalam 5 jam dah boleh sampai KB. Sekali pandang, banyak jugak perubahan di KB terutamanya terdapat beberapa flyover yang hampir siap walaupun dari segi bangunan tidak banyak berubah.
11.30am (237 km) - Akhirnya meninggalkan negeri Perak dan memasuki negeri Kelantan dengan melalui bandar Jeli. Bendera parti politik melambai-lambai di sepanjang jalan di Jeli ni. Terdapat sebuah universiti di Jeli ni iaitu Universiti Malaysia Kelantan.
Bandar KB dari hotel |
Tune Hotel, belakang KB Mall |
Jalanraya menuju KB menjadi sesak dan diburukkan lagi dengan pembinaan flyover yang belum siap. Oleh kerana syarikat tidak sempat booking hotel, terpaksalah memilih Tune Hotel KB yang telah ditempah semalam melalui on-line.
Tune Hotel KB terletak betul-betul di belakang KB Mall. Saya menempah bilik double bed dengan entertainment (TV) & wi-fi pack (walaupun tak guna; ada broadband) tanpa aircond dengan harga hampir RM60. Dengan harga tersebut tiada komplen kerana saya tahu katil Tune Hotel memang selesa. Tuala dan keperluan mandi telah siap dibawa dari rumah, jika tidak kena sewa RM6 untuk tuala & keperluan mandi. Cuma di Tune Hotel KB ni, parking kena bayar RM3 sehari jika kita ingin parkir di kawasan private atau parkir di depan hotel dengan menggunakan meter majlis perbandaran.
Tilam di Tune Hotel memang terbaik |
Tune Hotel, ruang menunggu |
Dinasihatkan supaya sentiasa mengisi syiling dalam meter ni pasai di KB ni, penguatkuasanya amat efisien. Bayangkan saya telah dikompaun 2 kali dalam setengah hari kerana letak kenderaan melebihi waktu bila tak sempat tambah syiling. Nasib baik kompaunnya hanya RM10 sekiranya dibayar dalam masa 14 hari.
Keesokannya sebelum balik, pusing-pusing bandar KB & singgah di pasar Siti Khatijah. Banyak gerai makanan basah, kering dan kain baju yang dijual disini. Khabarnya songket, batik dan pakain wanita murah harganya disini tapi kerana tak pandai membeli, saya tak beli apa pun.
Tepat jam 3 petang saya telah memilih jalan lain untuk balik ke Jeli, saya memilih jalan ke Rantau Panjang. Daripada KB, Rantau Panjang hanya dalam 50km sahaja dan melalui Pasir Mas (teringat Dato' Ibrahim Ali; orang kuat PERKASA) dan terus ke Rantau Panjang & Golok. Melalui jalan ni lebih tenang kerana ianya jalan kampung. Kerana masa tak mengizinkan, saya hanya melaui pekan Rantau Panjang. Rantau Panjang ni macam Padang Besar di Perlis, banyak menjual pakaian, alatan memasak dan barang keperluan.
Bukit Bunga..gerai jual macam-macam |
Pulau Banding |
Dari Rantau Panjang, terus menuju ke Jeli & sampai di Bukit Bunga, singgah ke gerai-gerai jualan disepanjang jalan yang menjual pelbagai barangan. Jam dah hampir pukul 4.15 petang & saya hanya membeli keropok lekor basah (RM5) dan keropok kering. Selepas itu, terus memecut ke Jeli menuju ke Grik & berhenti di Banding. Pemandangan disini amat cantik dan tenang. Setelah hampir setengah jam disini, terus memecut mendaki Banjaran Titiwangsa dalam cuaca hujan renyai-renyai. Sampai di R&R Lebey dalam 6.30 petang, berhenti sekejap untuk sembahyang & melepaskan niat & selepas itu terus mendaki banjaran dalam cuaca hujan & senja kian menjelma.
Suasana dingin sepanjang jalan |
Pemandangan sepanjang jalan yang dingin & berkabus dan kian gelap amatlah mempesonakan, terasa diri terasing jauh di atas banjaran. Sekali-sekali terpaksa mengikut bontot lori yang membawa minyak & kayu balak sebelum boleh memotong di jalan berkembar.
Setelah hampir 5 jam memandu, akhirnya sampai di Lebuhraya BKE dan hanya singgah sekejap di caltex Kulim untuk menunaikan tanggungjawab sebelum memecut terus ke rumah.
Walaupun perjalanan kali ni singkat tapi telah memberi satu pengalaman baru apabila memandu sendirian ke KB melalui Lebuhraya Timur-Barat. Kalau ada masa, ingin ke Rantau Panjang/Golok lagi untuk melihat apa yang istimewa di sana.
Membelah banjaran di waktu senja |
Tasek di Banding |
Melalui 2 jambatan di Banding |
No comments:
Post a Comment