Wednesday, February 27, 2013

Kota Kinabalu

  
3 Feb 13 berkunjung ke Kota Kinabalu (KK) untuk 2H1M trip atas urusan kerja.  Berlepas dari KLIA dengan MAS & penerbangan memakan masa 2 jam 20 minit.  Ini merupakan kali kedua saya ke KK setelah kali pertama pada tahun 2008.  

 


Pemandangan dari Kota Kinabalu Airport..tepi laut

Dari udara, kelihatan keindahan bandar KK yg terletak di tepi laut.  Sampai di KK dalam 3.30 petang tapi suasana di sini dah macam jam 5 petang.  Memang waktu KK ni cepat dari Semenanjung & dalam jam 6.30 dah nak gelap.  Jangan tak tahu yang KKIA (Kota Kinabalu International Airport) merupakan airport yang kedua tersibuk di Malaysia selepas KLIA!  Memang KKIA ni lebih besar & cantik berbanding Bayan Lepas Airport.
 

Marine Collagen..baik utk kesihatan
Habis kerja, terus ke Pasar Filipina yang menjual pelbagai cenderahati & makanan laut basah & kering.  Oleh kerana agak lewat, banyak kedai telah hampir tutup.  Akhirnya membeli Marine Collagen (rumpai laut) yang dikatakan baik untuk kesihatan sebagai amalan minuman harian.  Harga sekilo hanya RM15 untuk yang paling baik kualitinya (warna merah).  Saya beli jugak ikan kering terubuk Sabah RM10 sekor tapi berhati-hati, ada yang telah berulat jugak di jual!

 
Cendahati dari KK

Setelah pusing-pusing disini, saya membeli sehelai t-shirt berharga RM20 sehelai, butang baju Melayu mutiara RM5 setiap satu & magnetic fridge berharga RM12.  Ramai yang kata di KK ni yang specialnya mutiaranya tapi last visit pada tahun 2008 saya beli mutiara tapi kawan saya dari Thai yang tengok mutiara tersebut katanya mutiara di KK kebanyakkan dari Thai.  So, kalau nak beli kena expert sikit bab-bab mutiara ni, takut ken tipu..
 
Hotel Promenade KK
Setelah agak penat, akhirnya mencari Hotel Promenade (088-265555) yang terletak tidak jauh dari Pasar Filipina.  Hotel boleh tahan dengan harga RM235 sebilik walaupun tak sehebat hotel setarafnya di KL atau Penang.  Kalau nak lagi dekat dengan Pasar Filipina, bolehlah tempah Hotel Meridien (088-322222) yang terletak bertentang dengan pasar ini tapi hotel ni 5 star & harganya kita boleh agak.  Tapi bagi yang budget sikit, terdapat banyak hotel-hotel disini yang saya kira harganya ok jugak.

MAS Golden Lounge di KKIA
Oleh kerana visit ni atas urusan kerja, tak dapatlah nak jalan jauh-jauh tapi mengikut peta & rakan di KK ni, terdapat banyak tempat menarik di KK yang perlu di lawati.  Cuma masalahnya jarak ke satu tempat tu agak jauh; contohnya nak ke National Park dari KK jaraknya 88 km dan dari KK nak ke Sandakan adalah 335 km tanpa highway.

Setelah semalaman di KK, akhirnya terbang balik dari KKIA dengan MAS pada jam 9.55 pagi & mendarat di KLIA pada jam 12.30 tengahari.  Rasanya nak kena bercuti ke KK satu hari nanti untuk explore seluruh KK & Sabah & merasai seafoods yang terkenal disini!

No comments:

Post a Comment