Park kereta di CTC Changloon..dekat sempadan |
Last sekali ke Hatyai adalah pada Feb 2011 & last year plan nak ke sana tapi belum sempat arrange, Hatyai kena bom. Akhirnya pada tarikh 22 March 2013, sekali lagi mengunjungi Hatyai.
Kalau dulu naik keretapi tapi kali ini bersama rakan-rakan sepejabat berkonvoi dengan kereta sendiri ke Changloon dan tempah 2 buah van ke Hatyai dengan 6 orang setiap van (maximum 10 orang satu van). Harga yang dikenakan adalah RM260 setiap van untuk pergi dan balik sahaja (dengan pemandu).
Melalui pekan Danok ke Hatyai |
Kami meletakkan kenderaan di CTC iaitu satu tempat persinggahan selepas Changloon dimana bas Konsortium juga berhenti di sini. Selain kenderaan di parkir adalah percuma, tempat ini juga menjadi tempat persinggahan untuk makan, ke tandas & solat dan menukar wang Thailand.
Tetapi kadar tukaran di sini agak rendah; 9.25 berbanding di Hatyai 9.32 Jadi lebih baik tukar di Hatyai
Jam 11.00 tengahari, van bertolak dari CTC menuju ke Hatyai dan perjalanan dijangka mengambil masa 1 1/2 jam. Keadaan agak selesa; mungkin kerana kami hanya 6 orang sedangkan van boleh memuatkan 10 penumpang.
Suasana perjalanan ke Hatyai
|
Jam 11.00 tengahari, van bertolak dari CTC menuju ke Hatyai dan perjalanan dijangka mengambil masa 1 1/2 jam. Keadaan agak selesa; mungkin kerana kami hanya 6 orang sedangkan van boleh memuatkan 10 penumpang.
Selepas turun di border Malaysia untuk urusan imigresen dan juga di pekan Danok untuk memasuki Thailand. Perjalanan agak selesa dengan keadaan jalan yang sempurna walaupun tak sehebat PLUS kita tapi tiada tol dikenakan. Selepas setengah jam perjalanan, kami singgah di restoran Islam kerana perut dah berkeroncong.
Hotel Lee Garden ni lah yang menjadi sasaran bom tahun sudah tapi keadaan kembali tenang dengan ramai pelancong di sini. Rasa cuak juga. Sekuriti di sini semakin ketat, nak masuk kompleks hotel pun nak kena check macam masuk airport (lalui pintu sekuriti). Setelah berehat seketika, kami berempat menaiki tut-tut untuk ke Ice Dome & Floating Market. Mula-mula tut-tut tu minta sampai 600B tapi lepas di nego, akhirnya dia bagi 450B untuk kedua-dua tempat. Tapi ingat, jangan bayar dulu..dah sampai hotel balik baru bayar.
Bila arrange tut-tut ni elok janji harga betoi-betoi pasai driver ni boleh kelentong kita bila dah sampai destinasi.
Ice Dome..antara tempat yg mesti lawati |
Tempat pertama yang dilawati adalah Ice Dome. Ini adalah kali kedua ke sini dan dengan bayaran 300B, boleh lah rasai kesejukan dibawah -15C. Sejuk gila!! Di dalam Ice Dome terdapat berbagai-bagai arca yang diukir daripada ais.
Dulu masa first time ke sini, tak banyak arca ais tapi kini lebih banyak arca cuma tak tahan sejuk sangat. Tak dapat nak enjoy tengok arca-arca ni bila dah sejuk sangat.
Bas sekolah daripada ais |
Cuma taman bunga di akhir lawatan telah tiada pasai Ice Dome dah di muat dengan banyak arca-arca baru. Disekitar Ice Dome ini juga terdapat tasek (Municipal Park) dengan boat kayuh. Juga terdapat cable car (dulu masa first trip, tak dak cable car ni) dan tempat melihat bintang. Tetapi tak sempat nak pergi pasai kena naik tut-tut ke atas bukit. Nak menapak katanya jauh jugak daripada Ice Dome.
Selepas di Ice Dome, tut-tut membawa kami ke Floating Market. Walaupun waktu agak awal dalam 4 petang, tapi sudah ada peniaga yang mula berniaga. Mula-mula kita akan lalui macam pasar malam yang menjual makanan dan pakaian.
Floating market..istimewa |
Masuk ke dalam kita akan nampak sungai yang airnya dah hijau dan tidak mengalir. Melintas sungai dengan jambatan kayu, kita akan nampak deretan sampan yang ditambat dimana di atas sampan ini dijual pelbagai makanan Thai daripada cucur sampai ke air kelapa.
Deretan sampan yg menjual makanan di Floating Market |
Semua makanan di sedia dan digoreng atas sampan walaupun sampun tak gerak pun..Kita hanya perlu memesan makanan dan peniaga akan menghulur makanan kpd kita dari sampan mereka. Tempat duduk untuk menjamu selera disediakan. Rata-rata yang menjual adalah kaum hawa yang berugama Islam.
Selain daripada deretan sampan ni, ada juga gerai-gerai yang menjual makanan, pakaian dan cenderahati. Tempat ni mesti dikunjungi bila ke Hatyai.
Disebelah malam, sempat berkunjung ke Night Market. Disini dijual macam-macam pakaian hingga tak larat nak meninjau satu kedai ke satu kedai. Kalau nak menjamu selera di Hatyai ni tak susah. Dekat Lee Garden Hotel terdapat Restoran Hamid yang terkenal dengan masakan tomyam dan disebelah malam, disebelah hotel terdapat gerai menjual nasi lemak yang halal.
Sebelum berpisah, layanlah gambar-gambar dibawah semoga satu hari anda akan ke sana..
Antara arca yang terdapat di Ice Dome Hatyai |
Floating Market..macam-macam ada!!! |
Terdapat jualan pakaian dll sebelum masuk ke Floating Market |
Menjelang senja, di hadapan Hotel Lee Garden akan bertukar menjadi pusat jualan pelbagai jenis pakain & makanan. |
Bandar Hatyai dari Lee Garden Hotel tingkat 25 |
terima kasih..bestttttt
ReplyDeleteKami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
ReplyDeleteSekiranya berminat, sila hubungi :-
DRINA DMARYA RESOURCES
No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
(Atas Kedai Kek Bee's)
Tel : 03-33745230/ 013-3311606/0136312803/0169100809
Contact. No. Telefon Siam +66620530675
sekiranya kami dalam THAILAND WATSAP ke no : 0169100809
sila sebarkan maklumat ini kepada yang memerlukan
kahwinthaibest.blogspot.com
fb : aludin kamal
+++ kami tidak tinggal pasangan dihotel dan balik ..kami bersama pasangan hingga selesai urusan +++ jika ada masa terluang kami bawa berjalan / Thai Traditional Massage InsyaAllah...
Mantap. Nak pi raya ni. Backpacking je. Dok Regency Hatyai
ReplyDelete