|
Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh
Salah satu tempat menarik di Perak terutamanya Ipoh adalah Taman Rekreasi Gunung Lang. Terletak berdekat highway Utara Selatan dan di Jalan Kuala Kangsar.
Nak ke sini senang saja, selepas exit tol Jelapang (kalau dari utara) keluar ke exit pertama yang menuju ke Ipoh (kalau dari Jelapang exit yang ketiga kalau tak salah). Nampak stesen Petronas sebelah kiri, taman ni di belakang stesen Petronas ni.
|
|
Kita boleh ke seberang dengan menaikki bot |
Apa yang ada di sini? Selain menjadi tempat beriadah, terdapat satu tasek bekas lombong di sini. Dengan hanya RM3 seorang (dewasa), kita boleh menaikki bot yang disediakan untuk ke seberang (dekat saja).
|
Ikan besar-besar di tasek |
Selain menikmati pemandangan yang indah dan sejuk, di sini disediakan rumah untuk berehat, mini zoo dan menara peninjau. Di tasek ni penuh dengan ikan yang besar-besar dan kura-kura. Kita boleh membeli makanan ikan untuk menjamu ikan-ikan yang kelaparan di sini.
|
Menara peninjau |
Pemandangan di sini sangat cantik dan nyaman. Udaranya segar dan lari dari keriuhan bandaraya Ipoh.
|
Mini Zoo dengan burung unta dan rusa |
Mini zoo juga terdapat di sini tapi tak banyak jenis binatang.
|
Tasek ni dikatakan bekas lombong bijih timah |
Kedamaian perjalanan mengharungi tasek untuk ke seberang dengan bot.
|
Pemandangan yang indah walaupun kawasannya kecil sahaja |
|
Rumah rehat untuk melepaskan penat disediakan
|
|
Yang nampak menara tu lah yg di bawa bot ke seberang..dekat je! |
|
Panorama di seberang |
menarik
ReplyDelete