Thursday, December 26, 2013

Ho Chi Minh, Vietnam

Sampai jugak ke Ho Chi Minh
Next destination yang dicadangkan oleh kawan-kawan adalah ke Ho Chi Minh (HCM) di Vietnam.  Khabarnya ramai rakyat Malaysia ke sana dan kebanyakan pergi shopping.  Saya plan nak pergi 5H4M.

Setelah khatam thread di forum cari.com dan tiket AirAsia pun ditempah, terbanglah dari Penang ke KL.  Di LCCT, sepatutnya flight pukul 6.50 petang tapi hampir 8 malam baru berangkat dari Malaysia.  Sampai di HCM, jam dah menunjukkan pukul 9.45 malam tapi di HCM, jam lewat 1 jam daripada Malaysia. Urusan imigresen selesai dan keluar dari airport mencari taxi.  

Taxi Vinasun..boleh muat 5 orang
Dah baca dalam forum, ramai yg suggest Taxi Vinasun, so carilah taxi ni.  Tak payah beli kupon dalam airport kerana mahal, just tunggu belah kiri jalan airport dan ada staff taxi Vinasun yg tolong carikan.  Better bagi alamat hotel kat driver taxi pasal bahasa merupakan salah satu halangan di sini.

Dia akan bagi satu kupon tertera nama taxi & nombor untuk dihubungi sekiranya pemandu taxi menipu kita.  Dari airport ke town bukan jauh pun, tak sampai 10km tapi taxi ni dipantu perlahan.  Tambang guna meter dan saya membayar 157,000d bila sampai di hotel Thanh Le.  

Thanh Le Hotel..kira ok je
Hotel Thanh Le ni terletak dilorong jalan mati, tiada kereta dihadapan hotel.  Terletak dekat dengan pusat shopping & restoran halal tapi bagi yang tidak suka rasa sunyi, hotel ni tak sesuai.  Tapi saya sengaja booking hotel ni supaya lari dari keriuhan pusat bandar. Booking dibuat melalui Agoda dengan harga RM152 semalam untuk 2 bilik double.  Kelebihan hotel ni, wifi dia laju, ada water heater dan aircond bilik kuat tapi tiada kettle untuk masak air.  Air penapis panas dan sejuk disediakan di lobi. Salah satu satu bilik hanya bercermin dan ditutup dengan langsir saja.  TV banyak channel termasuk HBO dll tapi byk yg tak paham. 

Jalan ni lah yg menjadi tumpuan orang Malaysia
Sebab dah malam tiada aktiviti cuma jalan-jalan di pasar malam dekat Ben Then ni.  Ada dua lorong di pasar malam ni yg menjual kebanyakan t-shirt, pakaian & buah-buahan. Bila perut dah lapar, singgah makan kat Restoran Basiroh yang popular tu.

Makanan halal kat HCM ni memang mahal walaupun banyak restoran halal disini. Basiroh ni restoran kecik saja, masuk 3-4 family, dah tak muat.  Makan nasi puteh + ayam goreng saja dah 50,000d tak termasuk air. Sepanjang jalan ni ada 3-4 restoran halal selain Restoran Basiroh ni.  Habis aktiviti hari pertama, besok nak ke Mekong River.  Layanlah gambar di bawah sekitar HCM.

Pemandangan dari hotel..agak-agak pukul berapa ni? 5 pagi! Dah cerah gila!
Dimana-mana motor! Nak lintas, jalan saja..motor akan elak kita!


No comments:

Post a Comment