War Remnants Museum |
Balik dari Mekong, kami pusing-pusing HCM dan singgah di beberapa tempat tumpuan pelancong. Tempat pertama, War Remnants Museum memaparkan penderitaan hidup rakyat Vietnam semasa peperangan dengan Amerika. Tengoklah sendiri bagaimana rakyat Vietnam di siksa semasa perang ni. Amerika juga telah melepas "agen Orange" yang merupakan bahan kimia dan generasi selepas perang juga terkena kesan daripada bahan ni. Disebelah bawah muzuim, terdapat sekumpulan rakyat Vietnam yang terencat anggota akibat bahan ini dan mereka mencari makan dengan menjual kraf tangan di sini.
Helikopter Amerika Chinok..besar gila!! |
Banyak yang kita boleh pelajari daripada apa yg dipaparkan di sini. Bila peperangan berlaku, tiada belas kasihan antara manusia! Yang penting siksa dan bunuh dulu..yang menjadi mangsa adalah rakyat yang tidak berdosa, kanak-kanak dan orang tua sama saja dibunuh dengan kejam! Betapa untungnya kita rakyat Malaysia hidup dalam harmoni cuma kita yang tidak tahu bersyukur dilahirkan di sini.
Bom yang membunuh ribuan nyawa! |
Kenderaan perang Vietnam |
Ho Ch Minh yang menjadi Perdana Menteri waktu itu telah mengutus surat kepada Presiden Amerika supaya menghentikan peperangan tapi tak di endah oleh Amerika. Akhirnya kita tahu apa kesudahan peperangan ini. Amerika yang tewas menanggung malu yang teramat sangat sehingga terpaksa menghantar Rambo sebagai propaganda Amerika. Sekiranya peperangan di zaman dulu begitu dahsyat kesannya, bayangkan lah peperangan di Iraq, Syria dll negara yang dihancurkan oleh bom Amerika.
Seterusnya kami dibawa ke bangunan POS Office yg terkenal di sini. Ianya macam POS Office biasa cuma bangunannya begitu lama dan cantik. Dihadapan bangunan POS Office, terdapat sebuah gereja yang lama.
Seterusnya kami singgah di Hard Rock dan seperti hard rock yang lain, ianya menjual barangan cenderahati Hard Rock. Harganya..biasa lah kalau dah Hard Rock original!
Malamnya kami berjalan kaki sekitar bandar HCM dan singgah ke Saigon Square yang menjual pakaian dan beg. Di Saigon Square ni, jenamanya agak standard dan lebih berkualiti.
Dah penat berjalan, kami pekena kopi Vietnam yang dijual oleh penjaja bermotor di hadapan Ben Then. Harganya cuma RM3 satu dan rasanya sedap.
Bangunan POS Office |
Suasana dalam POS Office...macam Pos Office biasa cuma bangunan lama |
Hard Rock Vietnam |
Pusat membeli-belah Saigon Square |
Kopi Vietnam..mesti try! |
So, how much u spend?
ReplyDelete