Selain Mekong River Tour, Cu Chi Tunnels merupakan salah satu tempat yang perlu dilawati sekiranya datang ke HCM. Jam 8 pagi, Abdullah dah siap tunggu dengan Mercedes nya walaupun bukan dia yang pandu. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam dari bandar HCM.
Masuk saja, kita akan dikumpulkan dalam group dan di tunjukkan video tentang peperangan Vietnam. Selepas tu sorang tourist guide yang fasih cakap org putih yang akan mengetuai group kita dan akan ceritakan satu persatu apa yang terdapat di sini.
|
Nampak yg tajam-tajam tu? Bayangkan askar Amerika jatuh dalam ni... |
Lepas tu kami ditunjukkan dengan kubu bawah tanah yang digunakan oleh askar Vietnam. Orang Vietnam ni kecik-kecik belaka dan tiada masalah nak masuk dalam kubu bawah tanah ni. Khabarnya kubu bawah tanah ni panjangnya sampai ke bandar HCM..panjang tu!
|
Kalau badan macam org Malaysia, rasanya tak muat nak masuk dalam kubu bawah tanah ni.. |
|
Laluan turun ke bawah tanah..ada brani? |
Selepas tu kami dibawa melihat patung-patung askar Amerika sedang berehat dan sebuah tank betul yang telah di musnahkan oleh tentera Vietnam.
|
Askar Amerika sedang berehat..(patung je) |
|
Tank yang dimusnahkan oleh Vietnam dalam tahun 1970..tinggal besi!! |
Berikutnya kami di demo oleh tour guide barisan perangkap yang telah digunakan oleh Vietnam semasa berperang dengan Amerika. Terbayang betapa siksanya askar Amerika yang terkena perangkap ni...memang menyiksakan sebelum mati!
|
Semuanya perangkap yang ada besi-besi tajam di dalamnya..nyeri betoi! |
Satu sudut, di tunjukkan bagaimana askar Vietnam memotong bom Amerika yang tidak meletup untuk diambil bahan letupan di dalamnya.
|
Askar Vietnam sedang memotong bom Amerika |
Setelah penat, kami di bawa ke satu kedai yang menjual minuman dan cenderahati. Sesiapa ingin mencuba untuk menembak, bolehlah membeli peluru berdasarkan senjata yang kita pilih. Lepas tu, bolehlah menembak di padang tembak yang disediakan. Ni peluru betoi-betoi tapi jangan lah bimbang sebab senjata tu dah diikat pada tempat menembak dan kita tak kan tersalah tembak dan ada orang akan awasi. Lisa Surihani pernah cuba dalam program TV (Romantika kalau tak silap).
|
Pilih senjata dan bayar harga peluru hidup untuk yang nak cuba menembak |
Setelah hilang penat, kami dibawa untuk melihat pembuatan makanan masa perang dari ubi kayu macam roti canai segera. Makanan ni boleh disimpan sampai berbulan-bulan.
|
Yang bulat-bulat tu lah makanan yang boleh tahan lama semasa peperangan dulu
Sampai satu tempat, tiba-tiba tourist guide ajak sapa nak ikut dia masuk tunnel. Aku pun terus joint group masuk tunnel dan aku orang yang terakhir. Tunnel ni punya kecik dan kalau orang bersaiz besar, mesti tak muat. Didalam tunnel ni berdiri tak muat, nak merangkak takut seluar kotor jadi terpaksalah aku jalan itik. Agak jauh jugak tourist guide ni bawa rombongan kami berjalan dalam tunnel dalam 200 meter sampai aku pun dah semput. Akhirnya lega bila nampak cahaya dihujung tunnel..semput! Nasihat aku, bagi yang tak fit dan tahan dengan gelap dan sempit, janganlah cuba-cuba nak masuk dalam tunnel ni..tunggu saja kat atas bila semua orang keluar dari tunnel. Penat woooo...
|
|
Jalan keluar dari tunnel sebelum aku pengsan dalam tunnel..
Akhir sekali sebelum keluar, kami di bawa ke satu bangsal dan di jamu dengan teh dan ubi kayu. Hebatnya industri pelancongan di Vietnam ni, ubi kayu pun aku bedal. Di Malaysia tak penah makan pun ubi kayu ni.
|
|
Makan ubi kayu ramai-ramai..
Setengah hari aku di Chu-Chi Tunnel ni memberi satu pengalaman yang lain dari yang lain. Apa yang kita tengok tak dapat di Malaysia dan kalau ada pun peninggalan zaman perang, tak dikomersilkan macam di Vietnam ni. Orang Vietnam memang bangga dengan warisan dan peninggalan sejarah walaupun kebanyakannya pahit bagi rakyat mereka.
Mereka telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya negara dalam dunia ni yang berjaya mengalahkan Amerika dalam perang sehingga Amerika terpaksa mencipta Rambo untuk menidakkan sejarah kekalahan mereka yang memalukan!
|
No comments:
Post a Comment