Ramai yang buat rombongan Cik Kiah ke Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim) sejak dirasmikan oleh PM pada 1 Mac lalu. Sebab aku sibuk week end lalu, tak sempatlah nak tinjau. Baru pagi tadi sempat ke sana, tu pun pasai nak cross ke pulau. Daripada aku bayar tol bridge pertama RM7, baik aku bayar tol Juru-Batu Kawan cuma RM1.10 (atau RM1.40 dari Juru ke Bandar Cassia) dan naik bridge baru free..
Aku masuk melalui Batu Kawan Industrial Park pasai aku singgah kilang BOSE. Kalau dari PLUS Highway, lagi lah cepat.
Jalan masuk ke Jambatan Sultan Abdul Halim dari Batu Kawan |
Plaza Toll..harap-harap tak jammed macam Pg Bridge!! |
Hanya 2 lorong untuk kereta & 1 lorong moto..rasa sempit sikit! |
Pertengahan bridge..kalau dari Mainland, bukan tengah tapi dah 3/4 nak sampai Penang. |
Perjalanan mengambil masa 20 minit saja dengan kelajuan sederhana (speed 80km/j). Hanya 2 lorong kereta & 1 lorong motor berasingan berbanding jambatan pertama yang ada 3 lorong termasuk motor.
Bagi yang hendak ke Bayan Baru ke bawah (Bayan Lepas, Balik Pulau dll.) elok guna bridge ni. Kalau nak ke town, Penang Bridge lagi afdal..
Salam,
ReplyDeleteSemalam saya baru baca pasal pembukaan bridge baru ni kat paper... Tol free selama sebulan kan..? reka bentuk jambatannya lebih kurang mcm jambatan yg lama ya...