Sup Hameed Kepala Batas..depan Sunshine Bertam. |
Bagi orang Penang terutamanya yang tinggal di pulau Sup Hameed memang dah dikenali ramai. Terletak di hujung Jalan Penang berdekatan Hotel City Bayview, menjadi tempat melepak setiap petang setelah penat bekerja.
Sekarang orang Seberang Perai tak payah lagi cross ke Penang untuk rasa Sup Hameed ni sebab Sup Hameed telah membuka cawangannya di Bertam, Kepala Batas. Terletak betul-betul di hadapan pasaraya Sunshine yang merupakan pasaraya terbaru di Seberang Perai Utara ni. Saya dah mencuba, memang rasanya sama seperti yang di sediakan di Jalan Penang. Macam-macam sup yang ada dan boleh try sendiri. Untuk makluman, pasaraya Sunshine ni terletak di belakang Md Donald Bertam. Boleh try...
No comments:
Post a Comment