|
Kolam air gunung..sejuk! |
Salah satu tempat yang menarik di Perak yang ramai tak tau adalah Felda Residence Hot Springs, Sg. Klah yang terletak di Sungkai. Kalau dari Ipoh jaraknya dalam 100km melalui PLUS Highway.
|
Keretapi ala Felda |
Yang istimewa di sini, taman tema ni di usahakan oleh Felda dan terletak dalam Felda.Lebih istimewanya, terdapat dua jenis punca air di sini; air panas asli dan air gunung. Bayaran masuk hanya RM10 (kalau tak silap).
|
Rendam kaki dalam kolam air panas. |
Masuk saja, kita akan di bawa menaikki keretapi yang lain dari lain.
Sampai saja, kita boleh pilih nak mandi di kolam air gunung yang ramai atau nak berendam di kolam air panas.
|
Beli telor di sini dan rebus dan makan. |
Yang tak nak mandi, boleh rendam kaki dalam kolam air hangat.
Ada juga dijual telor untuk direbus dalam kolam ni.
|
Kemudahan di sini sangat baik |
Walaupun bayaran masuk murah tapi kemudahan awam di sini sangat baik. Ianya merupakan gabungan alam semulajadi dengan fasiliti moden. Bagi yang nak bermalam, disediakan chalet untuk disewa.
|
Air dari gunung mencurah-curah |
|
Restoran pun ada |
|
Ramai yang merendam kaki..baik untuk kesihatan |
|
Peta petunjuk dalam Felda Residence..family spa pun ada tp kena sewa. |
No comments:
Post a Comment