Wednesday, June 25, 2014

Kuala Perlis, Perlis Indera Kayangan



Pemandangan Kuala Perlis dari Hotel Brasmana
Walaupun pernah tinggal di Perlis semasa time study dulu, banyak tempat-tempat menarik di sini tak pernah atau jarang aku kunjungi.  Bila dah kerja, selalunya ke sini hanya ke Padang Besar.  So, ambiklah kesempatan bermalam di Kuala Perlis dengan booking Hotel Putra Brasmana (04-9855900) yang terletak berdekatan Jetty ke Langkawi.  Booking dibuat melalui Agoda dengan harga RM148 nett untuk bilik standard bersama breakfast.
Hotel Brasmana..lokasi bagus tapi servis teruk!!
Bilik hotel ni biasa saja dengan katil yang agak keras dan TV jenis lama (bukan LCD).  Channel Astro ada (2 channels saja) tapi reception dia memang teruk tapi channel Siam clear pulak!  Check-in pukul 4 petang, nak mandi tuala tadak..minta dari housekeeping disuruh dail dari bilik.  Di telefon bilik tiada extension yang nak dail, bila dail sapa pun tak angkat! Terpaksa turun bawah ke reception tanya kenapa housekeeping tak angkat, katanya staff tu sedang distribute tuala ke bilik! Rupanya tuala hanya diberi selepas shift baru (jam 5 ptg) masuk kerja!! Adoii..macam ni punya servis pun ada!  
Katil hotel yang agak keras..
Malamnya aku nak makan ikan bakar, so kami cross jalan ke astaka di hadapan hotel.  Semua gerai menjual menu yang sama..ikan bakar dan terdapat tak kurang daripada 20 gerai disini.  Akhirnya pilih satu gerai yang agak kurang orang pasai takut tunggu lama.  Siakap sekor dijual dengan RM36 sekilo dan ada juga yang menawarkan belangkas.  Rasa masakan tak lah sesedap mana pun, kira ok sajalah.  Kalau nak yang kurang ramai orang, disebelah astaka ni ada KOMA Ikan Bakar (KOMA=Kompleks Makanan) dan suasana agak tenteram dan lebih bersih.

Esoknya lepas check out, aku ambik jalan ke Kuala Sanglang yang tak jauh dari Kuala Perlis (jalan tepi pantai) untuk membeli belacan.  Banyak rumah-rumah disepanjang pantai ni yang membuat belacan dan dijual pada harga RM1-RM2 sebungkus.  Belacan di sini memang terkenal dan ok.

Aku nak ke Kangar tapi aku tak lalui highway tapi aku ambik jalan kampung ke Bintong.  Dalam perjalanan, aku singgah Muzuim Kota Kayangan yang mempamerkan barangan lama dan sejarah Kota Kayangan abad ke 16.  Masuk free je tapi tiada orang pun yang singgah..

Muzuim Kota Kayangan

Muzuim Kota Kayangan..Antara barangan sejarah yang dipamerkan
Selepas tu aku ke Gua Kelam yang terletak dalam perjalanan ke Padang Besar.  Kereta di caj RM1 untuk parking dan bayaran masuk RM1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak.
Pintu masuk ke Gua Kelam..melalui jambatan gantung
Kita akan melalui jambatan gantung (tak tinggi pun) dan ada anak sungai mengalir di bawahnya tapi masa ni kemarau, sungai pun tiada air.  Gua Kelam terbentuk jutaan tahun dahulu dan di dalam nya sungguh cantik dan kelam (nama pun gua kelam).  

Pemandangan di dalam Gua Kelam


Setelah berjalan melalui jambatan gantung ni sejauh 400m, kita akan menembusi gua ni dan terdapat taman dibelah gua ni.  Ada sungai dan kanak-kanak yang mandi manda di sini..nyaman sekali!

Layanlah gambar-gambar di bawah yang sempat dirakamkan...

Pemandangan Astaka menjual ikan bakar pada waktu malam
Proses membuat keris di Muzuim Kota Kayangan

No comments:

Post a Comment