Nak makan steamboat dengan RM10 (RM13) sorang tapi boleh makan tanpa had? Jom kita try Khory Steamboat & Grill (017-5578178) yang terletak di Sungai Petani. Kalau datang dari Tikam Batu sebelum sampai simpang nak ke Pinang Tunggal, restoran ni terletak di sebelah kiri. Aku dah try baru-baru ni, sampai dalam jam 9 malam orang punya ramai. Tapi don't worry, kita relax je depa akan tolong cari tempat kat kita. Just bagitau berapa ramai.
|
Macam-macam pilihan steamboat.. |
Dulu dah penah try di Kangar jenis steamboat tanpa had ni tapi di sini disamping steamboat, kita boleh grill ayam dan daging (kambing kena bayar extra). Kuah steamboat ni pun boleh pilih samada nak kuah sup atau kuah tomyam.
|
Dapur untuk masak steamboat dan buat grill.. |
Kalau yang kaki makan, memang berbaloi pasai hanya RM10 (RM13) sorang kita boleh makan macam-macam! Tapi ingat, jangan membazir pasai ada notis kata makanan yang tak habis akan di caj jugak..
|
Kueh teow ada, kangkong ada, maggi pun ada..macam-macam ada!! |
Selamat mencuba! Memang berbaloi dengan RM10 (RM13)..
Rm10 murahnya...kat KL x dapat harga gini..huhuhu...nmpk mcm banyak juga selectionnya...
ReplyDeleteBaru revisit kedai ni pada Feb 15, kedai dah jadi dua pintu tapi harga dah naik jadi RM13..menu bertambah!
DeleteMasih beroperasi lg ka? Kat mane ye alamat?
ReplyDeleteMasih beroperasi dan dah makin besar kedainya. Alamatnya:
Delete3511-F, Gon Selong
Jalan Tikam Batu, 08000 Sg Petani.
Bertentang simpang masuk ke Jalan Pinang Tunggal
5.586556, 100.466306
buka smpai pkl brapa?
Deleteterima kasih kerana membuat review di Khory Steamboat & Grill.
ReplyDeletejika tuan/puan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk KHORY, silalah follow blog kami ==>> http://khoryproduct.blogspot.my/
Sekarang dah harga Rm15
ReplyDeleteYa ke Zoila? Agak lama tak pergi ke sana..RM15 masih consider ok kalau menu bertambah..
ReplyDeleteNak nombor nya
ReplyDelete