Sunday, August 31, 2014

Mee Udang Pulau Sayak

Ketenangan semasa melalui jalan ke Pulau Sayak
Kalau sebut Pulau Sayak, kita lebih mengenali tempat ni sebagai tempat tengok anak bulan masa nak tentukan puasa atau raya.  Tapi sebenarnya Pulau Sayak juga terkenal dengan mee udangnya yang fresh.  

Bagi yang tak pernah ke sini, Pulau Sayak terletak di antara jalan menuju ke Pantai Merdeka. Dari pekan Tikam Batu, ambik jalan ke Kuala Muda/Pantai Merdeka & Pulau Sayak terletak hanya beberapa km sebelum sampai Pantai Merdeka.  

Mee Udang Pak Usop yang paling ramai...
Dalam perjalanan ke sini, kita jumpai dalam 3-4 kedai mee udang.  Ada kedai mee udang Paksu, Pak Usop dan Pak Yaakob.  Tapi yang paling famos dan menjadi kunjungan ramai adalah Mee Udang Pak Usop.Aku dah penah try Mee Udang Pak Usop & Pak Yaakob dan kali ni aku try mee udang Pak Su.  Kedai Pak Su adalah yang pertama kita akan jumpa dan terletak di puncak.  Dari kedai dia, kita boleh nampak lautan dan Penang dengan jelas sambil pekena mee udang dia.  
Mee Udang Pak Yaakob, agak pedas!


Harga sepinggan dalam RM9 untuk yang biasa dan RM14 untuk yang special.  Yang special tu udang dia dlm 5 ekor dan biasa dalam 3 ekor yang agak besar ibu jari kaki. 

Kalau tanya aku apa beza rasa antara kedai Pak Usop, Pak Yaakob dan Pak Su, Pak Usop yang famous tu sedap dan secukup rasa.  Mee udang Pak Yaakob agak pedas manakala mee udang Pak Su kuahnya dicampur kacang halus.

Kalau nak banding mee udang yang di Teluk Kumbar, aku rasa setanding dan harganya lebih murah.  Udangnya lebih fresh, mungkin udang dari sini jugak.

Kedai Pak Su atas bukit


Dari kedai Pak Su boleh nampak Penang..cantik!


Mee udang Pak Su..yang depan mee udang special & belakang biasa


Kalau nak bermalam di sini, ada beberapa chalet & resort..ni salah satu


Fishery Research Institute (FRI) pun ada kat sini

No comments:

Post a Comment