Sunday, September 14, 2014

Halim Gulai Panas, Langkawi

Ikan kembung dgn gulai panas & sotong goreng tepung

Salah satu tempat makan yang aku suka kalau pi Langkawi ni ialah Halim (GP) Gulai Panas Airport. Kedai makan dia biasa saja & bukan kedai canggih pun tapi gulai panas dia terangkat.


Terletak di roundabout berhampiran Airport Langkawi, Padang Mat Sirat (Jalan Lapangan Terbang) dan beroperasi waktu malam saja. 




Suasana dalam kedai Halim GP
Kita boleh pilih ikan apa yang kita nak dan akan di sediakan dengan gulai panas masa tu jugak. 

Baru ni aku try 3 ekor ikan kembong dibuat gulai, sotong tepung untuk 2 orang makan + ulam-ulaman. Harganya RM34 je..gulai dia..phuhhh..sedap macam makan kat umah!  Masa aku sampai dalam jam 8 malam, orang tak berapa ramai.  Dah sampai apa aku pesan, 5-6 buah kereta sampai dgn family, penuh dah kedai!  Kalau ke langkawi, boleh lah try makan di kedai ni..


Yang bestnya, gulai di sediakan selepas pilih ikan.
Lokasi & contact no..cuti tak menentu kata owner dia..

2 comments:

  1. Salam, blh try ni kalau ke langkawi. sangat menyelerakan btl tngk gambar2 ni... bnyk kali dah ke langkawi tp dah lama dah x p...he..he..last sekalik dalam 3-4 thn lalu kotnya...

    ReplyDelete
  2. Baru bulan sudah (cuti sekolah) repeat restoran ni..masih terbaik!

    ReplyDelete