Saturday, May 6, 2017

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian

Flora Bay Resort, Teluk Dalam
Bilik quad sharing..RM260 semalam dengan extra bed
Masa aku bercuti di Perhentian Besar pada 27/4/17, aku telah di recommend dengan resort ni oleh agen yang mengurus percutian ni.  Flora Bay Resort ni terletak di Teluk Dalam, Perhentian Besar di mana di teluk ni lah terdapat banyak resort/chalet.

Teluk Dalam ni amat sesuai untuk kanak-kanak mandi sebab lautnya jernih, tidak berombak dan agak cetek. 



Bilik air pun kira ok lah..ada hot shower menggunakan solar
Resort ni terbahagi pada dua bahagian, resort I dan II yang dipisahkan oleh sebuah lagi chalet iaitu Fauna Beach Chalet di tengah-tengah. Jadi kalau kena bilik di Resort II macam aku ni, agak jauh jugak bila nak kena pi lobby,terpaksa lalui Fauna Beach Chalet.

Sebab aku datang bersama family, aku book bilik quad sharing (family room fully booked) dengan satu extra katil.  Harga semalam adalah RM260 dengan free breakfast untuk 4 orang dewasa.  

Bilik dia stail chalet dengan aircond dan hot shower.  Hotel di Perhentian ni tiada TV dalam bilik sebab elektrik hanya pada waktu malam. Tapi bagi hotel yang agak besar macam Flora ni, depa ada generator sendiri pada waktu siang. 

Nasib baik aku pilih hotel yang ada aircond sebab di sini cuaca nya memang panas. Kalau ambik bilik tanpa aircond, berasap lah dok dalam bilik!

Ni menu di cafe Flora
Nak makan di Perhentian Besar ni masalah sikit pasal tiada kedai atau restoran biasa. Yang ada restoran di hotel atau chalet atau cekek burger yang dijual ditepi pantai oleh staff hotel. Breakfast dah diberi oleh Flora dengan menu roti bakar, kuew teow, sup dan hotdog. First night aku makan di cafe Flora ni dan malam kedua aku makan di cafe Fauna Beach Chalet. Secara kasarnya kos sekali makan ialah RM20 setiap orang. Harga nasi goreng dalam RM10 tapi air dia RM6 untuk teh ais. Kalau nak budget, beli burger kosong tepi pantai RM5 dan minum air mineral. Lama-lama mata hampa tukar jadi biru sebab banyak melantak menu mat salleh..ha..ha..

Aku dah malaih nak taip, aku hidangkan hampa dengan view Perhentian supaya hampa terlioq nak pi sana satu hari..

Pantai Teluk Dalam yang cantik, jernih dan tak berombak..memang cantik

Ni Fauna Beach Chalet yang memisahkan antara Flora I dan II
Ni Arwana Perhentian Resort lebih cantik..jumpa Nelydia Senrose shooting drama kat sini
Ni Samudera Beach..terletak dekat sini jugak

Kalau boring dok sini, naiklah water taxi ke mana-mana tp caj dia mahal la..
Kalau hampa mai sini tapi tak cuba aktiviti snorkeling, hampa buang duit.  Tengok macam aku ni walaupun tak tahu berenang tapi masih dapat berenang bersama-sama ikan-ikan cantik..(abai tarikh tu sebab tak program GoPro)
Ni lobby dan cafe Flora Bay Resort

No comments:

Post a Comment