Monday, May 22, 2017

Yong Tau Foo, Taiping

Berhadapan dengan Taiping Mall/Novotel Hotel terletak medan ni
Dah nak masuk bulan Ramadan dan asyik dok ingat nak makan Yong Tau Foo/Sotong Kangkung..last-last start kereta dan bawa satu family ke Taiping.

Aku penah makan kat medan ni tapi bagi hampa yang tak tau, di sini yong tau foo dia memang terbaik.

Medan ni terletak di belakang Balai Bomba Taiping dan berdepan dengan Taiping Mall atau Novotel Hotel (Jalan Tupai).




Pilih saja apa yang hampa berkenan..

Di medan ni terdapat deretan kedai yang menjual yong tau foo yang terkenal di Taiping.  Masa aku sampai agak awal dalam 2 petang, hanya terdapat 2 kedai yang baru nak mula operasi.

Waktu terbaik adalah jam 3petang ke atas dan di buka hingga larut malam.  Aku ambik sepinggan untuk 4 orang makan dengan sotongnya..memang terbaik.





Sedap dan murah..

Habis makan, nak bayar hanya RM30 sahaja.  Kalau aku beli di pasar malam, belum ambik sotong dan hanya untuk 2 orang makan dah RM20. Selain yong tau foo, terdapat jugak menu goreng dan nasi campur yang kita boleh order.

So, kalau dah pi melawat kawan hampa kat zoo Taiping tu atau dah penat berdayung di Lake Garden, bila time makan hampa corner masuk town Taiping dan pekena Yong Tau Foo yang sedap dan murah! Waze saja, sampai lah..

No comments:

Post a Comment