Sunday, May 3, 2015

Superstar LIBRA-Penang 1 Night Cruise

Superstar Libra..boleh muat 1500 orang
Sebenarnya dah lama nak cuba naik cruise ni tapi bila tengok harganya dia..agak mahal.  Maklumlah ni cara orang-orang kaya bercuti, mesti mahal.

Belek punya belek offer dapatlah offer sempena MATA fair iaitu Cruise Penang 1 Night.  Seorang di caj all-in RM212 dengan bilik tanpa tingkap.  Booking dibuat melalui syarikat berikut dan bayar mealui on-line.

Lovely Memory Holidays Sdn Bhd
Cheras, Selangor
03-95432870/017-3781768





Parking khas utk yg naik cruise..bermula jam 5 petang
Tarikh perjalanan adalah pada hari Sabtu; 21/3 dan balik hari berikutnya Ahad dalam pukul 10 pagi.

Dalam pukul 5.30 petang dah sampai
Jetty berdekatan Padang Kota Lama dan park kereta khas untuk yang nak naik cruise ni.  Parking dia terletak berhadapan dengan rumah api (bersebelahan Yatch Club) dan dikenakan RM5.

So jangan bimbang pasal keselamatan kereta kerana parking ni dijaga oleh staff Kelab Sukan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. Kalau park tepi jalan nak kena letak coupon parking dan kurang selamat.




Kita akan naik cruise melalui bangunan ni
Dari parking just jalan menyusuri kedai-kedai untuk Pelabuhan Swethenham.Ada aku baca dalam forum yang pesan beli air mineral banyak pasal di atas kapal payah dapat air ni dan mahal.  So, aku pun belilah beberapa botol sampai nak rebeh beg galas aku..

Sampai di bangunan Swetheham Pier kita kena check-in dan diberikan access card macam kat hotel setiap sorang dengan nama dan nombor bilik di print.  Kad ni di anggap sebagai sovenir lah pasal kita boleh simpan kad ni bila balik nanti.

Ramai yang beratur untuk check-in dan rata-ratanya adalah orang cina yang agak berusia dan datang dengan group.

Bilik 2 katil + 1 extra (lipat atas)..tiada tingkap
Selepas tu kita terus masuk cruise dan beg kita akan di scan macam kat airport.  Makanan tidak dibenarkan ke dalam cruise tapi air mineral ok. Cruise akan simpan IC kita dan hanya boleh ambik balik masa nak balik nanti.  Di cruise ni semua belian akan dicaj ke kad access kita tu dan kena settle sebelum kita claim IC kita masa nak balik nanti.

Bilik aku booking consider paling murahlah, 2 katil dan ada extra 1 katil lipat.  Tingkap nak tengok luar tiada pasal bilik ni berkembar dengan bilik orang lain disebelah belakang. Ada TV channel Astro AXN dan berita.  Satu channel tunjukkan highlight aktiviti cruise dan satu lagi tunjuk route cruise belayar.  Toilet pun ok untuk mandi dan buat apa yang patut.
Jalan menuju bilik

Cuma aku frust bila bilik aku dengan anak-anak aku di level yang lain, aku di level 3 dan anak-anak aku di level 2. Company yang book tu kata nak bagi bilik sebelah menyebelah masa aku book hari tu..aihhh..

Dah disediakan air mineral 4 botol 500ml free dalam bilik..kalau tak beli pun rasanya cukup untuk semalaman.





Suasana senja di atas deck 9
Dah siap semua aku pun naik ke deck paling tinggi iaitu 10 untuk nikmati pemandangan lautan dan makan malam. Deck 9 & 10 adalah deck terbuka yang ada swimming pool dan restoran yang halal.

Makan malam dah disediakan secara terbuka di Blue Lagoon yang disahkan halal dan kita boleh makan banyak mana pun selagi restoran buka sampai 9.30 malam.  Menu pun kira berbaloi jugak dengan menu Malaysia dan ada BBQ kambing lagi.








Ni cafe yang kena bayar kalau nak minum di Deck 10

Pukul 8.30 malam restoran di tutup sementara pasal semua orang kena attend emergency drill.  Setiap orang dah di assign kena berkumpul tempat-tempat yang tertera atas kad acces kita tapi aku tak joint pun sebab berlainan dengan anak-anak lokasi assembly.  Aku cuma tengok melalui TV cara nak keluar dari cruise bila ada emergency, penting jugak ni..mana tau la kan..Pukul 9 malam kapal akan bermula berlayar dan kita rasa angin bertiup kencang.

Live band sambil menikmati suasana malam
Aku tak rasa pun alunan atau gelombang ombak atau rasa pening-pening..kita cuma tau ruise dah berlayar bila angin kuat dan dapat dengar injin kapal.



Apa aktiviti yang boleh di buat semasa cruise? Selain melepak atas open deck ni dan menikmati keindahan suasana malam bagi yang suka game boleh jogging, main golf atau basket ball.  Yang suka tengok wayang ada movie "Big Hero" dan kalau yg suka show ada beberapa show tapi semua kena buat reservation.  Show for adult pun ada!

Kalau yang suka spa atau urut badan pun ada servis tapi harga ikut harga atas laut ye.



Suasana malam sambil makan malam di deck 9
Cina-cina kebanyakan pukul 9 malam dah lenyap, semuanya masuk kasino lah, aku pun masuk tengok apa depa main..macam dalam filem! Sebab muka aku macam cina, aku boleh masuk tengok kasino ni tapi wifedan anak-anak tak boleh masuk la tengok.  Ada satu kasino yang aku tak boleh masuk sebab untuk members only, very exclusive!

Kebanyakan yang famili atau orang Islam akan melepak kat open deck sambil dengar live band dan nikmati angin malam.


Lokasi terakhir sebelum cruise berhenti 
Selepas 2 jam belayar, cruise akan berhenti di utara Pulau Pinang dan akan belayar balik esok pagi.  Tiada lampu daratan yang akan kita nampak, kiranya kita berada di tengah lautan luas lah.  Aku rasa cruise berada berdekatan dengan Balik Pulau.

Bila dah penat naik turun lif dan explore segenappelusuk kapal, kami pun balik bilik untuk tido.  Esok subuh-subuh nak bangun untuk menikmati matahari terbit di lautan luas.

Matahari sedang terbit..cantik!

Sesudah subuh, aku terus ke Deck 10 untuk menikmati matahari terbit. Kerana suasana agak berawan, matahari terbit agak lewat sebab di lindungi awan.  Begitu indah ciptaan Allah bila dapat melihat matahari pagi terbit dari lautan yang tak bertebing!

Dah puas tengok matahari dan cruise pun mula belayar, aku pun turun deck 9 untuk breakfast. Sedap jugak menu dia dengan pelbagai hidangan.











Sausana masa breakfast
Jam 10, kami dah sampai ke Jetty Penang.  Sebelum keluar, settle semua bill kalau ada sebelum IC di kembalikan.  Kad access bilik kita boleh simpan sebagai cenderahati.

Kalau tanya aku samada berbaloi ke tidak spent dekat RM900 (4 org) untuk semalam, aku rasa berbaloi jugak. Pertama ini merupakan pengalaman pertama aku naik cruise. Kedua buffet dinner dan breakfast setaraf di hotel dan ketiga inilah masa kita boleh berbual dengan anak-anak tanpa sekatan.


Jadi kalau nak try cruise boleh cari time dia offer sebab rate dia kira ok.  Ada hotel yang buat promosi dengan bilik dan tiket cruise yang murah.  Kalau yanhg budget, boleh ambik tiket tanpa bilik dan tido atas kerusi yang disediakan.  Cuma bawa baju sejuk sebab malam sejuk.

Bye sebelum tu layanlah gambar-gambar dibawah!


Suasana malam di koridor Libra
Ni dia punya sistem komunikasi kapal dari Singtel..bila tengah laut, HP dah no service
Antara kedai yang ada dalam Libra

Tempat rehat


Antara kedai dalam Libra


Apa yang ada disetiap deck..deck 5 casino dan show
Swimming pool & jakuzi

Yang tak ambik bilik, boleh tido atas kerusi yg disediakan.

Sunday, March 22, 2015

Grand Seasons Hotel, KL

Hotel Grand Seasons,KL
Kalau nak cari hotel yang ada banyak bilik, boleh try di Grand Seasons Kuala Lumpur.  Terletak berdekatan Hotel Vistana dan PWTC dan nak ke sana boleh guna LRT atau Monorel je.  Alamat penuh dia:

No. 72 Jalan Pahang
53000 Kuala Lumpur
03-26978888 / 1 800 88 7288
www.grandseasons.com

Harga yang dibooking melalui Agoda untuk bilik Superior di atas adalah RM201 semalam.  Bilik dia agak besar dan TV ada channel Astro termasuk Astro Ria.

Channel TV ok tapi TV still flat screen
Pemandagan dari bilik
Kalau nak makan don't worry di sebelah belakang hotel ni ada macam-macam kedai, dari 24 hours store sampai ke restoran tomyam, mamak dan nasi lemak.  Nak ke town centre area Sogo pun senang, just naik LRT di stesen Titiwangsa.

Sunday, March 1, 2015

Vistana Hotel Titiwangsa, KL

Vistana Hotel Titiwangsa KL (kredit Agoda)

Salah satu hotel yang dah lama tak try bila datang KL adalah Vistana Hotel Titiwangsa.  Terletak berdekatan dengan LRT Ampang Line(stesen Titiwangsa) dan monorail (stesen akhir) membuatkan begitu mudah untuk sampai ke hotel ni.  

Alamat penuh:


9 Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +60 3 4042 8000    Fax: +60 3 4041 1400    

Email: viskl@ytlhotels.com.my

GPS: N3°10'17.904 E101° 41' 45.0378

Berbanding dengan last check-in beberapa tahun dulu, hotel ni semakin baik dan cantik.  

Stesen LRT Titiwangsa..dapat dilihat dari jendela hotel.

Kalau dari hotel ni nak ke town centre (Sogo area atau Masjid Jamek area) memang mudah pasai LRT betul-betul di belakang hotel.  

Kalau nak ke Pudu Sentral (Plaza Rakyat) atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS), hanya naik LRT yang sama terus ke sana.  


Kalau nak ke Genting, stesen bas betul-betul belakang hotel.  

Stesen monorail terakhir dekat je dgn hotel ni



Kalau nak ke Bukit Bintang atau ke Medan Tuanku atau Briekfields atau lebih dikenali sebagai Litte India, boleh naik monorail. 

Kalau nak ke KL Sentral lagi mudah pasai dua-dua LRT dan monorail akan ke KL Sentral cuma monorail tu kena jalan sikit masuk ke NU Sentral.




Executive Deluxe..cantik dan kemas





Cuma harga semalam di hotel naik sikit..dulu dalam RM170 semalam tapi sekarang dengan harga RM216 (all-in) yang di book melalui Agoda dapatlah bilik Executive Deluxe tanpa breakfast.  Tapi masa check-in, bodek staff counter, dapatlah free breakfast.

Bas station ke genting..Titiwangsa Sentral
Biliknya cantik dan kemas dengan tilam yang sedap di tidur.  TV LCD dan channel Astro disediakan bersama Wifi percuma.




Pemandangan malam dari hotel
Free breakfast dia kira sederhana saja cuma first day aku makan keow teow dia agak masin.  Apa yang bagus dan seriusnya hotel ni untuk improve servis dia, selepas check-out kita akan dihantar email untuk bagi feedback mengenai servis hotel ni.  Bila aku komen mengenai keow teow yang agak masin, ada pegawai dari hotel call dan mintak futher info.






TV LCD dgn channel Astro
Kalau nak makan tengahari atau malam, don't worry..disekeliling hotel ni kedai, gerai dan food court yang jual macam-macam makanan.  Daripada tomyam, nasi lemak, burger hinggalah ke western food ada yang menjualnya..hanya jalan kaki di sekitar hotel ni.










So, kalau u all punya budget arrange RM220 semalam boleh try check-in hotel ni.


Saturday, February 21, 2015

TBS @ BTS

Terminal Bersepadu Selatan di Bdr Tasek Selatan (kredit TBS)

Salah satu benda yg aku tak suka bila nak naik bas express ialah bila beli tiket bas.  Dah banyak kali aku kena tipu dengan ulat-ulat tiket mahupun staff yang jual tiket bas di kaunter.  Last Dec, aku kena tipu dgn bas express yang dibeli di Pudu Sentral bila bas lain yang datang. Dahlah kena menapak sampai kat Petaling Street (bukan naik di Pudu walaupun tunggu di platform Pudu), tunggu sampai 1 jam dan last-last bas tah apa-apa yang datang.  Masa book tiket kata VIP 3 seater tapi yang datang punyalah sempit tempat duduk macam bas kilang!  

Ruang menunggu bas di platform, hanya yg ada tiket boleh turun ke sini
Baru-baru ni bila turun KL dan nak ke JB, aku try naik bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak di Bandar Tasek Selatan.  Nak sampai ke terminal senang je samada menaikki LRT Ampang Line ke Sri Petaling, KTM Komuter atau KLIA Transit dan turun di Bandar Tasek Selatan.

LRT RapidKL, KTM Komuter & KLIA Transit yg singgah d TBS ni
Bila jejak kaki je di sini..woww..macam airport! Punya cantik dan besar. Nak beli tiket bas pun tiada gangguan lagi dari ulat-ulat tiket, hanya ke kaunter universal sebanyak 18 kaunter yang menjual semua tiket bas. Sebut saja nak ke mana, kaunter staff akan beritahu bas yang ada dan waktu berlepas yang terdekat.  Setelah pilih bas, kita diminta pilih tempat duduk melalui skrin yang dipaparkan atas kaunter. Hebat!

Selesa sangat di TBS ni..tiada ulat tiket!
Sementara tunggu bas, aku pusing-pusing kedai yang ada disini.  KFC, Subway, Kenny Rodgers dan Dunkin' Donat pun ada. Nak cari ubat ada Guardian Farmasi dan Klinik 1Malaysia, nak beli gula-gula ada banyak convenient store.  Nak simpan beg pun boleh kalau penat dok galas & nak tengok buku-buku ada MPH.

Terdapat juga skrin besar macam di airport menunjukkan aliran bas samada dah sampai atau bertolak atau delay.


Bila dah time nak naik bas, kita kena turun ke terminal/platform bawah dan hanya orang yang ada tiket saja yang boleh turun dan menunggu bas di bawah.

TBS ni memang mengubah persepsi negative terhadap stesen bas dan diharap lebih banyak konsep macam ni di terapkan ke negeri-negeri lain.  Cuma kebanyakan bas yang berlepas melalui TBS adalah ke East Coast dan Selatan dan agak kurang yang ke utara yg masih melalui Pdu Sentral.


Sunday, February 1, 2015

Danga Country Garden, JB

Terletak berhadapan M Suites Hotel
Kalau bertandang ke JB ni kalau nak cari tempat-tempat menarik agak susah jugak kerana JB ni selalunya menjadi tempat transit bila nak ke Singapore.  Tapi taman tema yang bertaraf antarabangsa macan Hello Kitty, Lego Land dan Angry Birds memang popular di JB ni.

Kalau nak lepak malam-malam selain ke Puteri Harbour, boleh lah jugak lepak di Danga Country Garden.

Nampak crane kat belakang tu, kawasan masih dalam pembinaan.





Sebenarnya tempat ni terletak di Danga Bay yang merupakan kawasan pembinaan apartment-apartment mewah.  Kalau dari Jalan Skudai nak ke JB Town (JBCC), apabila sampai traffic light nak ke M-Suites ambik jalan ke kanan. Masuk terus ke dalam dan anda akan dapat melihat bangunan dia.

Kalau menginap di M-Suites Hotel, kawasan ni bertentangan dengan hotel ni.



Suasana senja di sini..cantik!

Di sini sebenarnya kawasan dimana terdapat private restoran tapi dibuka untuk orang awam untuk menikmati landscape dia yang yang cantik.

Terdapat jugak taman permainan kanak-kanak dan pantai yang mengadap Singapore.  Selain lepak-lepak dan membiarkan anak-anak bermain, kita akan menikmati pemandangan Tambak Johor dan utara Singapore.
Arca dari tembaga

Laluan masuk ke sini
Taman mainan kanak-kanak pun ada
Pantai pun ada walaupun kecik..

Sunday, January 18, 2015

Pauh Inn, Politeknik Perlis

Pauh Inn..terletak dalam Politeknik Pauh, Perlis
Kalau u all ke Perlis terutamanya kawasan Arau dan nak cari tempat tinggal, bolehlah consider Pauh Inn.  
Di Arau terdapat UiTM dan Kolej Matrikulasi dan hotel sentiasa penuh time konvo atau ada big event.

Bangunan Pauh Inn




Pauh Inn terletak dalam Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Pauh, Perlis dan Politeknik ni terletak di highway dari Changloon ke Kuala Perlis.  Dari Pauh Inn nak ke Arau dalam 10-15 minit saja dan nak ke Kangar dalam 25 minit.  

Bilik RM140..selesa untuk 4 orang



Untuk tempahan:
04-9886259
04-9886279

Harga bilik:
Single (1 org) RM60
Double (2org) RM80
Tripple (3org) RM130


Walaupun TV tu ada 2, tapi tak brapa clear reception



Masa aku check-in last Dec 14, tak ramai yang dok sini mungkin ramai yang tak tahu kewujudan Inn ni.  Aku ambik bilik yg ada 1 katil double dan 2 katil single, selesa untuk 4 orang.
Ada pool lagi..tapi tak maintain sangat..bolehlah mandi
Harganya RM140 semalam (off-peak aku ingat murah lagi).  Biliknya agak besar dan selesa untuk 4 dewasa; cuma reception TV dia tak berapa clear.


Tasik di belakang hotel
Disediakan pool untuk kanak-kanak dan dewasa tapi pool dia tak di maintain sangat. Tapi aku dan family aku terjun jugak pasai pool dewasa dia agak dalam (5 kaki).  





Senja dari tingkap bilik
Dari kawasan pool kita boleh nampak students Poly tengah beriadah pasal ada tasik di sini. 
Pemandangannya cantik dan nyaman selari dengan slogan negeri Perlis!
Bila bermalam disini terasa nyaman dan tenteram.  Pagi-pagi masih berkabus walaupun jam dah hampir pukul 8 pagi.


Masih berkabus walaupun dah jam 8 pagi...
Inn ni tak sedia breakfast (restoran dia utk group saja); so nak makan kena keluar.  Di depan pintu masuk Poly ada warung kampung yang jual nasi lemak, kuih-muih dan roti canai di waktu pagi.





So, kalau u all datang Perlis terutamanya kawasan Arau dan mencari tempat bermalam, bolehlah consider Pauh Inn.  Walaupun tak setanding hotel tapi faciliti dia setanding budget hotel.

Saturday, January 10, 2015

One Hartamas Hotel, Sri Hartamas KL

Bilik kira ok untuk budget hotel
Kalau tersesat di kawasan Sri Hartamas Kuala Lumpur dan mencari tempat penginapan, boleh lah check-in budget hotel One Hartamas Hotel. Alamat seperti berikut:

No. 1 Jalan 26/70A
Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur


Hiasan dalaman cantik dan bersih


Harga untuk bilik deluxe berdua adalah RM95 melalui Agoda (all-in). Bilik dia cantik dan bersih.  Hotel ni terletak di kawasan yang agak sibuk dan keselamatan adalah terjamin.  



Pemandangan dari bilik






Nak makan tiada masalah pasai sekeliling hotel ni ada macam-macam kedai samada nak fast food (KFC) atau nak 
makan nasi kandar (Pelita). Nak beli barang-barang ada Seven Eleven dekat area ni. Kalau takut lagi, Balai Polis hanya terletak berdepan dengan hotel ni!!
Almari hotel..simple

Saturday, December 27, 2014

Fuziah Nasi Ayam, Ipoh

Lokasi Restoran Fuziah


Kalau mencari makan di bandaraya Ipoh dan tak tau nak makan di mana, bolehlah try nasi ayam di Restoran Fuziah.


Terletak di tengah bandaraya Ipoh (belakang Nasi Kandar Ganja)dan taste dia boleh kata ok jugak. Bagi peminat nasi ayam, rasa nasi ayam di sini boleh di kategorikan sebagai sedap. 



Nasi ayam..sedapppp!!

Cuma harga sepinggan nasi ayam agak mahal iaitu RM5.50 kalau mengikut kategori restoran ni. Walau bagaimanapun restoran ni sentiasa penuh!


Restoran Fuziah, Ipoh

Saya dah beberapa kali makan di sini dan selalunya tak mengecewakan..

Selamat mencuba!

Thursday, December 11, 2014

Kak Sue Station, Bukit Minyak

Teringin nak makan mee kuah tulang? Mai aku introduce kat hampa satu stall yang offer mee kuah tulang yang best.  Stall dia terletak kat astaka bersebelahan AEON Big Bukit Minyak (dulu Krico).  Stall ni nama dia Kak Sue Station tapi buka hanya dari petang sampai malam.  Ni menu dia..

Menu Kak Sue Station
Masa aku pergi frust sikit pasai tak boleh rasa mee kuah tulang yang special sebab tulang dia baru habis dan owner dia tengah rebus tulang.  Nak tunggu lambat, so aku order mee kuah tulang biasa dan nasi ayam madu bijan.

Mee kuah tulang..

Nasi Ayam Madu Bijan
Memang sedap mee kuah tulang dan nasi ayam madu bijan..lain dari yang lain.  Kalau yang free boleh lah ke sana.  Sampai traffic light simpang empat Bukit Minyak, ambik jalan ke kanan ke AEON Big. Astaka tu just belah kiri..

Ni stall dia..no 2 dari jalan masuk kalau tak salah, sebelah stall sate

Sunday, December 7, 2014

M Suites Hotel, JB

Bilik luas..boleh masuk anak-anak
Kalau nak cari hotel yang biliknya luas dan harga yang berpatutan, mungkin hampa boleh consider M Suites Hotel Johor Bahru. 

Terletak di Jalan Skudai berdekatan Danga Bay, hotel ni sesuai unuk seisi keluarga. Kadarnya RM190 semalam (corporate rate) dengan free breakfast untuk 2 pax. 

Breakfast pun boleh tahan dan aku suka Indian menu dia (yang buat Bangladesh Islam).
ada mini pantry lagi

Kalau nak ke JB town (JBCC) tak berapa jauh dah dari hotel ni.  Hotel mengadap laut tapi tak nampak sangat laut pasal depan hotel penuh dengan projek buat apartment.  Cuma yang berapa best sangat, perabut dia agak lama dan kadang-kadang air panas dia lambat.  Dari sini nak ke town JB atau ke Zoo ke dah tak jauh. Kedai makan pun tak susah; Restoran Singgah Selalu tak jauh sangat tapi jangan terkejut dengan harga makanan di JB ni ye!  Siap ada service charge dan tax lagi!
pool dia best..siap ada glider lagi..
Bagi yang ada anak-anak, mesti depa suka dengan swimming pool di hotel ni.  Ada glider untuk yang kecik dan yang sederhana untuk yang remaja. 

Week end hotel ni menjadi tumpuan Singaporean, mungkin pasai rate dia dan location dia yang tak busy sangat.  Banyak jugak government agencies buat seminar kat sini.  Setiap hari mesti ada.  Ok..selamat mencuba!