Sunday, January 28, 2018

The Royal Paradise Hotel & Spa, Phuket

Hotel ni terletak di tengah town Phuket
Hotel ni aku booked melalui Agoda dengan harga RM613.95 (all-in dengan breakfast 2 pax) untuk bilik Deluxe-Balcony untuk 2 pax selama 2 malam (check-in 4/12 & out 6/12/17).  Since hanya untuk 2 pax, aku nak seludup 2 anak teruna aku masuk lepas checked-in.  Tapi bila dah check-in, rupanya pihak hotel ni upgrade bilik aku ke suite di tingkat paling tinggi.  Bilik suite tau lah..punya besaq sampai ada 2 TV disamping ada hall dan pantry asing.  Macam tuan besaq lah aku selama duduk kat sini..

Address penuh hotel ni:
135/23 Rat-U- Thit Road
Patong, Phuket
83150 Thailand
+6676340666

Walaupun hotel ni terletak ditengah town Phuket tapi kedudukannya agak terceruk sikit iaitu bukan di main road tapi nak ke kompleks Jungceylon atau pi tengok setan-setan di Bangla Road hanya berjalan kaki.

Bilik aku yang di upgrade ke suite

Siap ada hall lagi..
Swimming pool hotel ni terletak di belah hotel (bangunan parking) dan ada satu restoran pakistan di hadapan hotel.

Friday, January 26, 2018

Phuket:Tempat Menarik

Phuket town dari jendela Royal Paradise Hotel
Kat Phuket ni banyak jugak tempat menarik di Phuket ni tapi kebanyakannya adalah macam temple dan pantai.  Sebenarnya dari Phuket ni pun kita boleh buat Island Hopping ke pulau-pulau macam di Krabi tu pasai pulau-pulau yang aku buat hopping di krabi tu terletak antara Krabi dan Phuket.  Masa dalam perjalanan ke Phuket pun ada signboard pelancongan yang boleh kita singgah macam ke James Bond Island tapi aku tak singgah pun pasai kesuntukan waktu. 

Macam aku cakap kat sini mat dan minah salleh mendominasi bandar Phuket sehinggan nak jumpa orang Thai pun susah (kecuali tukang urut).  Janganlah hampa terkejut kalau tengok betapa ramainya golongan ni terutamnya di pantai-pantai di Phuket ni.  

Dengan kereta Honda tua aku, aku dah buat satu round island Phuket ni, cuma banyak tempat yang aku tak singgah.  Ni aku list down beberapa tempat yang  aku sempat terjah:

Kilang Gajus
Ni kilang gajus yang pertama; Methee Phuket Co Ltd..tak ramai yang singgah
Methee Phuket Co Ltd..demo proses membuat gajus..manual
Sebenarnya ada 2 kilang gajus yang aku google.  First tempat aku pi adalah kilang Methee Phuket Co. Ltd kurang pelancong singgah dan gajus dia mahal bukan main.  Lepas tengok apa yang patut, aku beli jugak gajus yang berbagai perisa (orang Thai ni memang kreatif bab perbagaian ni)

Ni di kilang The Sri Bhurapa Orchid..sini memang ramai
Keluar dari sini, aku google lagi satu tempat iaitu The Sri Bhurapa Orchid yang menjadi tarikan pelancong yang tak jauh dari kilang pertama.  Kilang ni memang ramai yang datang singgah dan hampa perlu berhati-hati sebab oleh kerana orang Thai dah terlampau kreatif, ada jugak gajus yang di campur babi tapi kilang ni bubuh lah "non-halal'.

Nampak mercu ni, tandanya dah sampai ke kilang The Sri Bhurapa Orchid

Frankly, aku rasa gajus di kedua-dua kilang ni tak lah sesedap mana pun cuma diperbagai rasa dia, macam di tambah dengan rasa halia lah..rasa coklat lah dan macam-macam add-on. Harga dia pun bertambahlah..

Sebab tu bila on the way balik aku singgah Danok dan borong gajus dari Danok..lagi terangkat dan murah.

Aquarium Phuket

Phuket Aquarium
Di Phuket ni ada aquarium yang menjadi tarikan pelancong.  Dah nama pelancong, mesti kita nak kena pi tengok walaupun dah biasa dengan aquarium di Malaysia.  Aquarium dia tak lah besaq sangat tapi ikan-ikan di sana boleh dikatakan ok jugak.

51 Moo 8 Vichit Muang
83000 Phuket
www.phuketaquarium.org
Buka setiap hari: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tiket : 180B Pelancong Luar (Dewasa)/100B Kanak-Kanak

Ni buat masak lemak cili api satu kampung boleh makan ni..
Selepas keluar dari aquarium, ada bangunan belakang yang katanya ada membiak penyu..tapi bila aku pi tadak apa pun..macam tak di jaga pun.  Bangunan sebelah iaitu Aqua Dome ada tayangan mengenai ikan tapi lebih kepada info pengajaran kepada kanak-kanak supaya menjaga alam sekitar.

Dalam sini ada tayangan untuk kanak-kanak mengenai menjaga alam sekitar
Harga tiket..kalau boleh cakap Thai, bolehlah  hampa mengaku orang Siam...tiket murah

FantaSea Phuket
Dari pembacaan aku melalui bloggers yang dah ke sini, ramai jugak yang recommend singgah ke FantaSea ni.  Tapi memandangkan aku dah berhabis sakan di Krabi, aku hanya mampu singgah tengok signboard dia saja.  Kalau hampa nak masuk tengok apa yang ada di dalam, google lah berapa charge nak masuk..dengar kata ratusan ringgit jugak.

Pusing-pusing jumpa FantaSea..hanya mampu lawati signboard

Pantai-Pantai dan View Point di Phuket


Pantai-pantai di Phuket
Aku dah buat satu round pulau Phuket ni dan kebanyakan pantai-pantai dah aku singgah ataupun dah aku lalui.  So aku hanya bagi review pantai-pantai dan kawasan tinggi yang awesome.

Phromthep Cape
Kalau nak tengok sunset, boleh lah ke ke tanjung ni..memang cantik dan mempersonakanm waktu matahari terbenam.

cantik pemandangan kat sini...

Nai Harn - Kincir Angin (Windmill)

Tak jauh dari Prompthep Cape dan di antara Pantai Ya Hui dan Pantai Nai Harn terdapat satu kawasan tinggi yang kita boleh tengok kincir angin dan menikmati pemandangan yang indah.  Walaupun kawasan tinggi Nai Harn ni agak sempit tapi ada guard yang menjaga kenderaan naik turun.

Selain kincir angin, view kat atas ni memang indah..
wow..matahari mula terbenam di bukit kincir angin..

Rawai Beach
Kalau nak makan seafood fresh (tapi halal haram hampa cari sendiri sebab aku tak nampak logo halal) bolehlah ke pantai di sini.  Beli seafood dan dia akan masak terus.

Belangkas pun ada..
Sebenarnya di Phuket ni terdapat banyak pantai dan setiap pantai ada hotel-hotel mewah dan budget.  Tapi yang paling popular dan ramai pelancong adalah di kawasan Patong Beach/town Phuket.  Kalau nak kawasan yang sedikit terpencil dan sunyi, bolehlah bermalam di Pantai Kalim, Kata, Karon, Kamala atau pun di Pantai Rawai.






Wednesday, January 24, 2018

Phuket: Patong Beach

Patong Beach yang terkenal..
Patong Beach merupakan pantai yang paling popular dan menjadi tarikan untuk mat dan minah salleh berjemur macam singa laut.  Terletak betoi-betoi dekat town Phuket dan begitu ramai mat dan minah salleh yang berjemur kat pantai ni.  Selain aktiviti berjemur ada jugak aktiviti sukan laut macam jetski dan parasailing dan urut secara terbuka ditepi pantai.

Rate untuk aktiviti  sukan laut di Patong Beach
Singa laut yang berjemur kat Patong Beach setelah di tapis oleh aku..
Patong beach antara pantai yang paling teruk dilanda tsunami dan aku cuba mencari kesan-kesan hempasan tsunami tu kat sini tapi tak berjumpa.  Pihak Thailand telah melenyapkan segala kesan-kesan negatif akibat tsunami supaya pelancong tak merasa takut apabila datang ke sini.  Yang ada hanya sign board yang mengarah kita ke kawasan perlindungan sekiranya berlaku tsunami.

Patong Beach/Bangla Road Waktu Malam
Kedudukan Patong Beach dan Bangla Road
Kalau hampa tengok map di atas, bertentang dengan Patong Beach ada satu jalan yang dikenali sebagai Bangla Road, jalan dia pendek saja.  Pada waktu siang jalan ni menjadi tempat jualan barangan seperti lain-lain jalan.  Tapi bila senja tiba, jalan ni akan bertukar menjadi syurga untuk lelaki.
Ni jalan masuk ke Patong Beach/Bangla Road
Aku baca banyak entry pasai Bangla Road ni, so aku pun teringin nak tengok apa yang di katakan syurga lelaki.  Aku memasuki dari arah Patong Beach dan memang ramai orang di jalan ni pasai jalan ni ditutup untuk kenderaan bila waktu malam.  Mula-mula masuk hanya kedai-kedai menjual barangan kraftangan dan pakaian.  Di pertengahan jalan keadaan semakin panas..bar dan disko secara terbuka yang tiada dinding dan dari jalan pun kita boleh nampak mat dan minah salleh sedang meneguk air syaitan.

Kemudian ada ulat-ulat yang membawa gambar wanita seksi datang untuk offer kita melihat show wanita-wanita tersebut.  Show ni macam-macam lah..tak payah aku cerita dengan detail.  Ada juga pondan-pondan yang boleh kita bergambar dengan bayaran.  Yang best ada satu group remaja yang buat street dance di sini secara percuma tapi cara depa menari kalau masuk Asia Got Talents aku rasa boleh menang.

Di hujung jalan ada satu bar yang paling hebat dimana sambil kita minum dimeja (dalam 4-6 orang satu meja) wanita hanya berpakaian bikini hijau menari atas meja kita, setiap meja!!

Kalau hampa bawa ibu bapa yang dah tua, janganlah masuk Bangla Road ni waktu malam nescaya mak bapa hampa akan mengucap sepanjang jalan ni..

Ini budaya mat salleh dan kita tak boleh salahkan depa tapi sebagai orang Islam kita boleh mengambil iktibar..ulat-ulat tu pun respect aku bila aku berjalan dengan wife yang bertudung, depa tak mai approach aku untuk tengok show seksi depa. 

Aku cerita ni bukan nak menggalakkan hampa datang sini tapi nak bagi tau apa yang ada kat sini waktu malam supaya hampa tak terkejut beruk tengok adegan-adegan kat sini..

Elak masuk sini kalau datang dengan budak-budak dan orang tua

Tuesday, January 23, 2018

Phuket:Perjalananku

Ni perjalanan aku dari hotel di Krabi ke Phuket..lebih dari 3 jam
Setelah beberapa malam di Krabi, aku decide untuk terus perjalanan aku ke utara (pada 4/12/17) iaitu ke Phuket yang hanya terletak kira-kira 165km atau 2 jam 50 minit (Mr Waze yang bagi ni) perjalanan dengan Honda tua aku.  Phuket ni merupakan sebuah pulau walaupun aku tak nampak pun laut yang memisahkan Phuket dari tanah besar.

Dalam perjalanan dari Krabi ke Phuket

Wah..dah nak sampai Phuket

Selain daripada alang-alang dah sampai Thai, teringin jugak nak tengok Phuket dan aku jugak nak tengok kesan Tsunami yang telah melanda Phuket.  Phuket ni merupakan antara tempat yang paling teruk di landa Tsunami selain Acheh dan Sri Lanka hingga ribuan terkorban.

Perjalanan lancar dan hampir petang aku dah sampai Phuket.  Berbeza dengan Krabi yang rata-rata penduduknya beragama Islam tapi di Phuket orang Islam kurang di jumpai.  Tapi aku lalui jugak kawasan yang ada masjid sebelum sampai Phuket.  Satu tip kalau nak cari makanan halal semasa merantau, carilah masjid sudah tentu restoran sekitar masjid ada yang halal. 

Since dah lewat petang aku terus check-in hotel yang aku booked; The Royal Paradise Hotel yang terletak betul-betul town Phuket.  Aku akan ceritakan mengenai hotel ni dan aktiviti di Phuket dalam entry berikut..sabar ye!

Setelah puas memulas stereng kereta, akhirnya bertapak jugak aku di bumi Phuket yang menjadi destinasi wajib bagi mat dan minah salleh kalau datang ke rantau Asia Tenggara ni.   Di town Phuket kalau 10 orang yang kita jumpa, 9 daripanya adalah mat atau minah saleh.  Orang Thai hanya bekerja di pusat urut atau sebagai pemandu tuk-tuk.

Monday, January 22, 2018

Oscar Villa, Krabi

Oscar Villa..terletak dalam kampong dekat Aonang
Masa aku gi Krabi pada 1-4hb. December 2017, aku survey banyak hotel di Aonang ni..last-last baca review kata hotel ni terletak jauh sikit dari kawasan sibuk, aku pun book.  Aku guna Agoda dan aku nak bagi tip kalau nak book guna Agoda.  Cari promocode dari mana-mana web macam Grab, Uber atau syarikat telekomunikasi.  Log-in guna website Agoda dan tengok berapa harga dia.  Lepas tu, guna apps AGODA di handphone dan tengok berapa pulak harga dia.  Harga di web dan di apps handphone selalunya berbeza.  Lepas tu jangan booking lagi tapi tunggu sehingga Agoda hantar email tentang hotel yang kita cuba book tadi sebab bila kita log-in tapi tak book hotel, Agoda akan hantar email dengan offer.  Lepas tu baru kita book guna link yang Agoda bagi dalam email tadi dan jangan lupa masuk promocode sebelum buat bayaran on-line.

Deretan bilik Family
Dengan harga RM517.95 (all-in selepas tolak promocode Digi) untuk 3 malam untuk bilik family (4 orang dewasa), kira ok lah jugak.  Hotel ni terbahagi kepada 2 kawasan..untuk family room ni kita kena travel ke dalam lagi (kawasan lain tapi tak jauh) sebab yang main building hanya untuk bilik standard.  Masa aku datang, banyak hotel di kawasan ni sedang dalam proses pembinaan, jadi jalan masuk agak becak.  Ada few hotels di kawasan sekitar ni.  Full address hotel ni:

7/13 Moo 2, Soi Kao Kaew 1
Ao Nang, Krabi
81000 Thailand
+6675695586

Katil utama di hall
Bilik dia tak besar sangat, masuk-masuk ada katil queen dan tempat basuh tangan.  Dibuat partition macam bilik dan ada satu katil queen lagi yang ditutup dengan sliding door.  Bilik ni di tambah dengan fan dinding sebab aircond hanya satu dan agak jauh dari bilik ni.  
Katil kedua dalam bilik..bilik ni muat-muat katil saja
Barangan yang sedia ada di bilik ni memang terbaik..selain TV LCD, fridge, ketuhar, water heater, cerek, blower rambut, safe deposit box pun tersedia. Cuma tak disediakan iron saja.

Pool pun ada
Swimming pool dia pun best, boleh mandi sampai malam..Kalau nak makan, boleh order dari restoran dia tapi harga dia paham-pahamlah.  Dekat hotel ni ada restoran Islam dan jugak orang kampung yang jual breakfast pagi.  First day tu, aku beli nasi goreng dari restoran tu, sedap jugaklah..

Ni macam check-in kaunter dan restoran dia..terletak di bangunan lain
Free shuttle juga disediakan..
Kalau nak keluar ke Aoanang Beach dalam 3km..boleh naik tuk-tuk motor yang disediakan..
So, kalau hampa ada transport sendiri dan perlukan kawasan yang sunyi bolehlah bermalam di sini tapi kalau tiada transport lebih baik book hotel di sepanjang Aonang.

Sunday, January 21, 2018

Krabi : Tiger Cave Watt & Laem Pho Mollusc Fosil

1237 anak tangga untuk sampai ke puncak
Keluar dari Emerald Pool, aku tanya En. Waze nak ke Tiger Cave Watt yang khabarnya pemandangan sunset amat memukau.  Terletak di jalan yang membawa kami balik ke Krabi town.  Semasa aku sampai hampir senja dan dah ramai yang naik ke atas puncak melalui 1237 anak tangga.  Dari bawah nampak tinggi gak nak sampai ke puncak.  Ada pelancong dah mula turun, mungkin sebab dah nak gelap.  Aku hanya tengok kawasan sekitar dan tak naik sebab dah senja..

Watt yang masih dalam pembinaan..dari jauh dah nampak menara dia
Next day, sebelum aku ke Phuket aku singgah ke Laem Pho Mollusc Fossil (Gastropot Fossil) yang dikatakan ada fosil siput berusia jutaan tahun kat sini.  Ingat kan free sebab dia di pantai tapi rupanya dikenakan bayaran.

Bayaran masuk nak tengok fosil..THB200
Kat sini jugak ada jual T-Shirt dan barangan hiasan berasaskan siput untuk cenderahati. 

Saturday, January 13, 2018

Krabi: Emerald Pool & Blue Pool

Pintu masuk..makanan tidak dibenarkan
Entry kali ni aku nk ceritakan journey aku ke dua tempat di atas.  Sebenarnya kedua-dua tempat ni dalam satu kawasan dan ianya terletak kira-kira 60km daripada town Krabi.  Dengan bantuan Mr Waze sampai jugak aku ke tempat ni yang banyak diperkatakan oleh bloggers Malaysia walaupun Mr Waze pun bagi jalan sesat jugak.

Tiket masuk
Setelah parking (kena bayar) aku beli jangung bakar dengan harapan nak makan dalam Emerald Pool tapi rupanya makanan tak dibenarkan di bawa masuk.  Terpaksalah kami perabih makanan dan minuman sebelum masuk.  Tiket berharga 200B untuk pelancong dan hanya 20B untuk rakyat Thai.  Masuk saja, kita diberi dua pilihan samada nak jalan melalui titian kayu yang lebih jauh atau nak melalui jalan berbatu yang lebih dekat.  Sebab nak adventurous sikit, aku try dulu titian kayu yang lebih jauh..memang berpeluh jugak nak sampai ke Emerald Pool tu walaupun sepanjang jalan dihidangkan dengan suasana sungai yang dingin dan cantik.

Jalan titian kayu yang lebih jauh..berpeluh bro..
Akhirnya sampai jugak ke Enmerald Pool yang dikatakan airnya dapat menyembuh penyakit.  Memang cantik pool dia dan kita boleh terjun mandi pasai parasnya hanya dekat dada orang dewasa.  Tapi kena berhati-hati sebab tebing pool ni licin..ramai yang tergolek masa aku ada di sini.

Walaupun hujan ramai yang tetap berendam di Emarald Pool
Dah puas di sini, aku decide nak mendaki lagi untuk melihat Blue Pool yang dikatakan kolam semulajadi berwarna biru.  Panjat lagi melalui titian kayu sehingga ke jalan berlumpur (sebab hujan) dan akhirnya aku dapat nikmati betapa indahnya Blue Pool ni..memang berwarna biru dan cantik.

Tengok tu betapa indahnya Blue Pool...
Dah puas bergambar, aku turun melalui jalan berbatu yang lebih dekat.  Disini disediakan toilet dan tempat salin pakaian dan kedai cenderahati.  You all tengoklah sendiri gambar yang sempat snap semasa di sini.  Bagi aku kalau datang ke Krabi, tempat ni mesti lawati..

Blue Pool..air membuak kelur dari perut bumi
Antara yang terdapat di sini
On the way nak sampai Blue Pool, jumpa tempat ni
Sungai mengalir..