Friday, November 16, 2018

Betong, Thailand

Related image
Kedudukan Betong Thailand yang menjadi pintu masuk melalui Perak

Betong ni terletak di selatan Thailand (bukan Betong Sarawak naa) yang bersempadanan dengan Perak.  Jarak antara Baling ke Betong ni hanya 26km atau 30 minit drive.  Sebelum sampai border ni, kita perlu drive ke arah Pengkalan Hulu (dulu dikenali sebagai Kroh).

Berkesempatan ke Baling pada 14/11 atas dasar kerja, aku pun lajaklah ke Betong..hanya nak tengok pekan Betong ni.

Bangunan Kastam/Imigresen Malaysia
Setelah lalui jalan kampung, kita akan jumpa Komplek Imigresen Malaysia yang terletak di sempadan Malaysia-Thai.  Oleh kerana kami tak bawa copy grant kereta, kami parking kereta di pondok taxi yang terletak sebelum Komplek Imigeresen ni.  Parking berbumbung semalaman di caj RM10 tapi oleh kerana kami hanya letak beberapa jam, kami dicaj RM5 saja.  

Tempat chop passport di sebelah Thai
Selepas tu kita akan lalui sekatan polis Malaysia sebelum jumpa Customs House Thailand pulak.  Jarak dari pondok taxi ke Customs House Thai ini tak sampai 3km tapi aku tak nampak orang ramai jalan kaki macam di Danok.  Taxi hanya hantar kat Custom House Thai saja sebab dia tak boleh cross border dan kami di caj RM10 untuk satu taxi.  

Sebelum nak cop passport, kita di suruh bagi 2 hinggit untuk white card di isi oleh 2 staff di kaunter luar Customs House ni.  Dah dapatkan white card, di suruh ke meja sebelah dimana kita perlu membayar 4 hinggit untuk borang kereta.  Aku cakap kami naik taxi bukan bawa kereta, mengapa perlu ada borang ni.   Kakak tu payah jugak nak jawab cuma dia kata nanti tak perlu bayar di dalam yang aku rasa hanya alasan untuk kami bayar RM4.

Beratur di dalam bangunan untuk chop passport..tiada orang sebab hari bekerja..
Lepas kita perlu masuk ke dalam bangunan dan serahkan passport untuk chop, tiada bayaran dikenakan.  Semua proses hanya sekejap sebab tiada ramai orang ketika tu.  Keluar saja dari bangunan, dah ada taxi sapu sedia menghantar ke pekan Betong yang jaraknya tak sampai 10km dari border.  Berkenalan dengan Pak Yakub (contact no. +66800383562) dengan kereta sapu Toyata LE lama dia..caj sehala RM25 satu kereta dan dia sanggup ambik kami dengan harga RM30 bila balik nanti.  Masa balik, dia akan hantar sampai ke pondok taxi dimana kereta kami di parking.

Pekan Betong..teratur dan agak cantik
Kami dibawa ronda pekan Betong oleh Pak Yakub..Betong kira teratur dan bersih dari pekan Danok.  Aku nampak banyak pusat hiburan, karoake dan urut di sekitar pekan ni.  Ada jugak beberapa hotel disekitar pekan ni.  Dari bacaan aku dari internet, Betong merupakan kawasan komunis dulu dan terdapat beberapa kesan sejarah tinggalan komunis.  

Ada laluan tunnel kat Betong ni
Setelah hampir sejam kat sini, kami pun beredar untuk pulang ke Malaysia.  Pak Yakub terus hantar kami ke border Thailand di mana semua penumpang perlu turun untuk di chop passport.  Pak Yacob hanya caj kami RM50 untuk tambang pergi dan balik..terima kasih Pak Yacob yang ramah dan banyak berkongsi cerita tentang pekan Betong.  

Untuk info, sempadan Betong ni ditutup pada jam 11 malam waktu Malaysia (10 malam waktu Thailand).

Kaunter chop passport semasa nak pulang ke Malaysia..2 jam dinding tu menujukkan waktu Thai dan Malaysia
Ni lah cerita aku menyeberangi sempadan ke Thailand melalui Betong, kiranya aku dah seberangi sempadan melalui Bukit Kayu Hitam/Danok, Wang Klian, Padang Besar dan Pengkalan Hulu/Betong.

Aku akan datang lagi ke Betong ni tapi aku nak explore tempat-tempat menarik kat sini dan bermalam kat pekan dia..mungkin next trip..

Bye!

No comments:

Post a Comment