Monday, November 5, 2018

Hill View Inn, Cameron

Terletak dalam town Tanah Rata..belakang shopping complex Cameron Fair
Sekali lagi nak naik Cameron Highlands, scroll Agoda untuk cari hotel budget sebab datang berdua saja.  Scroll punya scroll dan baca reviews, booklah hotel ni.  

Address - 17, Jalan Mentigi, Tanah Rata (belakang Cameron Fair Shopping Complex)
Tarikh Bermalam - Check In 3/11/18 Sabtu dan check out 4/11 Ahad (1 malam)
Jenis Bilik - Std Double Room (tanpa breakfast)
Wifi - Ada (sederhana speed)
Booking - Agoda RM111 (all-in/super peak seasons)

Bilik yang diberi adalah bilik aras tanah (Bilik No. 1).  Masalah dengan bilik ni adalah rasa macam berdebu dan hapak walaupun nampak bersih.  Aku sukar nak tido dan rasa hidung sentiasa tersumbat.

Nak makan tiada masalah, hanya berjalan keluar..banyak gerai dan restoran di hadapan hotel.


Bilik air ok dengan shower panas

Channel TV clear dengan Astro Super Sport dan Ria

Katil dia so -so saja..
Rasa bilik di atas lagi baik berbanding bilik ground floor..

No comments:

Post a Comment