Suasana malam di Bursa |
Malam tadi tiada aktiviti sangat hanya jalan-jalan sekitar hotel melihat suasana malam di sini. Cuaca masih dingin walaupun tak sedingin masa sampai di Turkey kelmarin. Breakfast di sediakan oleh hotel dan kalau yang pernah ke Turkey, tahulah macam mana rasanya masakan orang Turkey.
Hari ni adalah hari shopping sebelum kami bertolak balik ke Istanbul. Mengikut tour guide kami, kalau nak beli saffron dan Turkish delight (manisan macam dodol) di sinilah tempat dia berbanding di Istanbul yang lebih mahal.
Munira
Tu dia depa dok dengaq promotion pasai saffron |
Aku beli 3 botol saffron bersaiz 6g/botol dengan harga 250TL (RM288) untuk 3 botol. Harga saffron ni memang mahai tapi khiasatnya amat hebat. Kita hanya perlukan sedikit saja untuk dicampur dalam minuman kita untuk menambah khiasat minuman.
Tu dia barisan Turkish delight..manisan macam dodol yang menjadi ole-ole wajib dari Turkey |
Next aku ke kaunter turkish delight atau dikenali lokum, manisan anjal macam dodol yang menjadi ole-ole wajib dibawa pulang kalau melancong ke Turkey. Kita boleh rasa sebelum beli dan mix macam-macam perisa sebelum peniaga akan masukkan dalam kotak yang cantik. Setiap kotak yang aku mixed berharga dalam 90TL dan aku buat dua kotak yang dalamnya boleh diisi dengan 4-5 bantal turkish delight.
Disini saja aku habiskan dalam 430TL (RM495) untuk 2 barang sahaja. Lama jugak kami kat sini, maklumlah ramai dalam grup yang dok "melontar" di Munira ni..tour guide aku senyum saja, nanti komisen yang berlambak lah...
Dah habis "melontar", bas kami pun bergerak meninggalkan Bursa untuk memasukki Istanbul balik tetapi melalui jambatan bukannya melalui feri. Kami sampai agak awal di Istanbul dan hotel kami di Istanbul adalah Ramada Encore Hotel, Bayrampasa. Kami akan bermalam selama 2 malam di hotel ni...
Dah habis "melontar", bas kami pun bergerak meninggalkan Bursa untuk memasukki Istanbul balik tetapi melalui jambatan bukannya melalui feri. Kami sampai agak awal di Istanbul dan hotel kami di Istanbul adalah Ramada Encore Hotel, Bayrampasa. Kami akan bermalam selama 2 malam di hotel ni...
Ramada Encore Hotel, Istanbul |
No comments:
Post a Comment