Part 2 - Bursa@Hari Pertama
|
Perjalanan dengan feri menuju Bursa |
Dari Eyub kami di bawa ke bandar Bursa yang terletak kira-kira 170 km dari Eyub. Ada dua cara hendak ke Bursa ni samada melalui feri atau jambatan yang mengambil masa lebih singkat. Untuk perjalanan pergi, kami menaiki feri yang mengambil masa 4 1/2 jam untuk sampai ke Bursa. Bursa ni terkenal dengan tanaman pokok safron dan di sepanjang jalan terdapat banyak ladang safron atau saffron. Selain di sebut oleh Rasululah dalam hadis, khasiat herba ni memang hebat dan harganya memang mahal terutamanya safron dari Iran.
|
Cafe di dalam feri..order kopi panas dgn harga 7LT |
Great@Grand Mosque Bursa
|
Great atau Grand Mosque, Bursa |
Ini merupakan tempat pertama yang kami singgah setelah sampai di Bursa atau Osmangazi. Terletak di tengah-tengah bandar Bursa dan merupakan masjid yang dibina oleh Ottoman Sultan Bayezid I antara tahun 1396 sehingga 1399.
Di Turkey ni, masjid di sini dipanggil cami'i (kalau di Malaysia di sebut jameek) dan surau dipanggil masjeed. Keindahan senibinanya luar dan dalam amat mengkagumkan walaupun tak setanding Blue Mosque di Istanbul.
|
Suasana dalam Grand Mosque Bursa |
|
Ada pancuran dalam masjid Grand Mosque ni |
Koza Khan@Yeni Han Silk Market
|
Silk Market..terletak bersebelahan dengan Grand Mosque |
Bangunan ni yang siap dibina dalam tahun 1491 dikenali sebagai Koza Khan atau Yeni Han terletak bersebelahan dengan Grand Mosque menjadi pusat jualan barangan terutamanya kain sutera. Kami hanya menjamu mata sambil mengambil gambar saja di sini.
Green Mosque@Mosque of Mehmed 1
Next stop adalah di Green Mosque atau juga dikenali sebagai Mosque of Mehmed I..di Turkey kebanyakan masjid berkenaan warna saja. Dikenali sebagai Green Mosque pasal marble dalam dia kebanyakannya hijau dan ianya bukan setakat masjid tapi merangkumi madrasah dan makam diraja. Dibina pada zaman Ottoman oleh Sultan Celebi Mehmet antara tahun 1415 dan 1419.
|
Green Mosque atau Mosque of Mehmed 1 |
|
Bertentang dengan masjid ada makam Sultan Celebi Mehmet dan keluraga baginda yang juga berwarna hijau |
Setelah seharian mengembara dari merentasi lautan luas dari Malaysia, kami pun di check-in ke Hotel Gold City, Bursa.
|
Hotel kami menginap di Bursa |
No comments:
Post a Comment