Friday, November 23, 2018

Cameron Highlands 2018


Salah satu tempat dalam negara yang paling suka dikunjungi adalah CH
 3-4 November 2018 (2H1M) 
Rasanya dah lama tak bercuti ke CH, kalau ikut catatan blog ni last sekali naik bercuti adalah pada tahun 2016.  Sebenarnya aku ada naik CH selepas 2016 tapi itu adalah atas dasar memenuhi tuntutan bekerja.

Week sebelum sambutan Deepavali, aku pun drive lah ke Ipoh dan naik ke CH melalui Simpang Pulai.  Sebelum naik, pam minyak kat Petronas jalan ke puncak tapi kalau hampa miss, kat atas sebelum sampai Kampung Raja/Cameron pun dah ada pam minyak BHP. Sepanjang perjalanan tak banyak kereta dan suasana cukup dingin dan nyaman walaupun belum sampai ke puncak.  

Berkabus dan sejuk..sebelum sampai Kampung Raja lagi
Seperti biasa, stop pertama aku yang tak penah miss adalah di Avant Chocolate and Ice Cream untuk buang air dan juga boleh bergambar dengan taman bunga yang cantik.  Menu tetap adalah order aiskrim lavender dan strawberry yang berharga hampir RM10 sebatang yang rasanya memang ummhhh..tetapi berbaloi dengan harga, secondary..

Aiskrim perasa lavender dan strawberry di Avant Chocolate RM10 satu 
Kedai jual sovenir dan ais krim di Avant Chocolate

Next, aku singgah kat Time Tunnel di Jalan Sungai Burung, Brinchang walaupun dah banyak kali lalu tempat ni tapi tak pernah singgah.  Tiket masuk di kenakan RM6 dewasa (RM4 kanak-kanak) dan tempat ni merupakan tempat dimana di pamerkan koleksi barangan zaman dulu-dulu.  Kiranya tempat ni akan mengimbau zaman kanak-kanak kita bagi yang lahir dalam tahun 60an atau 70an.  

Mengimbau zaman kanak-kanak di Time Tunnel
Tempat dia tak lah besar mana tapi banyak jugak barangan zaman silam antara tahun 60an dan 70an di pamerkan.  Bagi aku setiap barangan yang dipamerkan mempunyai kenangan dan cerita tersendiri pada individu yang pernah menggunakan atau mempunyai barangan tersebut.  Macam koleksi tabung ayam, aku pun penah ada tabung macam ni dan ada kenangan dengan tabung ni.   

Sederet dengan Time Tunnel ni jugak ada Kok Lim Strawberry Farm (ada arnab) dan kedai jual madu.
Harga minuman dan rokok dulu..mungkin tahun 70an
Mak aku guna dapur ni..berbau minyak gas kalau tak pandai guna..
Aku ada kuda macam ni dulu..tapi yang boleh goyang..
Telefon dulu-dulu..handphone baling kucing, kucing mati...
Kereta budak-budak..
Dulu orang Islam boleh beli Loteri Kebajikan Masyarakat..
Botol minuman di corner kedai apek..
Basikal kanak-kanak dulu..kayuh sampai lenguh..
Tin Milo dan susu zaman dulu..
Rose Valley, Kampung Tringkap, Brinchang ni memang dah lama aku tak masuk, rasanya dah berpuluh tahun kut. Kali ni aku singgah kat sini dengan harapan ada perubahan.  Tiket masuk dikenakan RM5 dewasa dan RM3 kanak-kanak.  Bagi yang gilakan bunga terutamanya bunga ros, tempat ni syurga lah bagi depa..memang banyak bunga kat sini selain bunga ros..memang cantik dan sejuk suasananya.

Cantik bunga ros kat Rose valley@Garden, Brinchang
Rose Valley
Antara bunga yang terdapat di Rose Valley
Salah satu tempat yang selalu aku singgah dan tak penah miss kalau ke CH ialah Taman Agro-Teknologi MARDI yang terletak di Tanah Rata.  Tiket masuk RM5 dewasa dan RM2 untuk budak sekolah dan warga emas dan dibuka dari jam 8am-5pm setiap hari.

Dua mickey mouse akan sambut kita bila masuk tapi ni kesian dua-dua tengah penat dan panas..sampai kepala dah tercabut..
Cantiknya bunga-bungaan di MARDI ni..
Suasana di MARDI
Kat atas tu ada resort dan appartment untuk disewa
Sayur-sayuran di MARDI

Bungaan di tepi jalan saja dalam MARDI

Kea Garden Guest House (+605-4961472 / www.keagarden.com) ni aku terjumpa bila time hujan lebat dan aku terpaksa berlindung semasa tengah beli barang di Kea Farm.  Sebelum tu time aku travel dari Tanah Rata nak ke Kea Farm ni yang jauhnya dalam 3km saja tapi macam biasa jammed teruk sehingga aku mengambil masa 2 jam untuk sampai Kea Farm..aihhh..

Kalau hampa masuk Kea Farm sampai hujung pasar dia, belah kiri hampa turun ke bawah akan jumpa Kea Garden Guest House ni.  Selain menawarkan tempat penginapan, kita boleh jugak lepak-lepak atau makan di restoran kat sini.  Sedap jugak menu kat sini dengan harga yang reasonable.

Rate bilik kat sini antara RM138 (Deluxe Twin-normal day) hingga ke RM278 untuk Deluxe Suite.  Bagi mini chalet, rate dia antara RM80 hingga RM120 bergantung samada normal view atau mountain view dan peak atau non-peak seasons.

Kea Garden Guest House..bilik penginapan dan taman tersedia
Mini chalet juga tersedia di Kea Garden Guest House

Abang Strawberry Cafe di Taman Tersedia Tanah Rata
Masa aku ronda-ronda kat CH ni, aku nampak begitu banyak bunting di sepanjang jalan yang sakan promote menu "nasi lemak sambal strawberry" dan dengan nasihat Mr. Waze, jumpa jugak restoran 200 Seeds Abang Strawberry Cafe ni.  Cafe cantik yang terletak di Taman Sedia, Tanah Rata yang jugak banyak terdapat homestay pengusaha orang Melayu CH sekitar Taman Sedia ni.  Aku orderlah nasi lemak sambal strawberry yang berharga RM9.90 sepinggan.

Nasi lemak sambal strawberry di Abang Strawberry@200 Seeds Cafe..hampeh!!
Kadang-kadang promosi sakan tu memperdayakan kita..bagi aku rasanya indah khabar dari rupa.  Tiada yang istimewa selain nasi dia berwarna strawberry.

Kalau hampa dah lama tak ke CH, pasar malam CH bukan lagi kat depan Balai Polis Brinchang tapi dah berpindah ke tapak baru di Cameron Golden Hills Resort, Brinchang iaitu kawasan perumahan dan resort yang baru dibuka.  Kawasan ni lebih luas dengan parking yang agak banyak, cuma dari main road nak masuk kawasan ni agak jammed.

Gambar kenangan yang sempat aku snap semasa di CH..

Di CH dah ada shopping complex..ni Cameron Fair Tanah Rata, belakang Maybank
Kea Garden Guest House, Kea Farm
Tanah Rata..banyak bangunan dah..
Ros di MARDI
Rose Valley@Garden
Ramai yang berhenti kat sini..sebelum sampai Kampung Raja/puncak Cameron

Di Avant Chocolate and Ice Cream

1 comment:

  1. Thanks kerna sudi singgah blog..dah follow ur blog..interesting writing..keep on writing..

    ReplyDelete