Ni lah complex The Zon duty free yang terletak di border Danok/Bukit Kayu Hitam |
Setelah melalui PLUS Highway sampai ke Bukit Kayu Hitam, aku park kereta kat The Zon Duty Free Complex yang di caj RM3 sejam. Kalau kita hanya nak shopping di complex ni, tidak perlu bawa passport, hanya IC diperlukan tapi ingat setiap barang yang dibeli, berkemungkinan akan dikenakan cukai oleh Kastam Malaysia masa kita nak balik.
Jalan menuju ke sempadan |
Dari The Zon ke border kalau berjalan kaki dekat saja, tak sampai 15 minit. Kalau yang malas nak berjalan, bolehlah naik taxi atau moto Thai. Cuma jalan ni berdebu dan banyak treler yang sedang que untuk masuk border Thai. Pihak negara kita dan Thai sedang dalam proses menaiktaraf fasiliti kat sini dan ada yang telah siap sepenuhnya.
Proses mengecop passport di komplek imigresen Thai yang baru...tiada lagi selit rasuah RM2 dalam passport.. |
Lepas saja border Thai/pintu pagar, tiada lagi booth-booth kecik yang perlu kita beratur panjang. Kita hanya belok sikit ke kiri dimana kita akan jumpa bangunan baru Imigresen Thai yang beraircond dan cantik. Dapatkan White Card (Borang TM6) dari office yang terletak di belakang counter imigresen ini dan isi particulars (details diri saja) kemudian beratur untuk di ambil gambar dan di cop passport kita. Keratan White Card tu jangan dibuang sebab masa keluar, pihak imigresen Thai akan collect balik keratan tu.
Masa aku datang orang tak ramai, proses hanya memakan masa 10 minit saja dah settled. Kalau dulu kena beratur panjang diluar dan kena selit duit rasuah RM2 seorang tapi kini tiada lagi. Signboards "No Tipping" banyak terpasang yang remind pelancong supaya tidak memberi tip ni.
Danok ni tak besar mana pun..berjalan kaki pun dah cukup cover town dia.. |
Danok ni tak besar mana pun..boleh jalan kaki atau naik motor sewa yang banyak ditawarkan ditepi jalan. Kedai tomyam yang sedap ada di jalan nak masuk ke Masjid Danok
Bangunan Imigresen Thai masa nak balik..masuk sini untuk chop passport bagi yang berjalan kaki |
Kalau masa kita nak balik Malaysia, bangunan Imigresen Thai terletak di sebelah kiri jalan. Hanya beratur dan serahkan passport dan keratan White Card. Masa nak balik, jalan kaki jauh sikit sebab bangunan Imigresen Thai ni terletak ke dalam sikit. Berhati-hati dengan lori dan treler yang beratur untuk keluar dan masuk Malaysia.
Sedikit info:
- Passport diperlukan untuk ke Danok. Border pass boleh dibuat untuk yang IC nya berkod "02" (untuk Kedah) atau ICnya beralamat di Kedah, Perak, Perlis atau Kelantan. Fee untuk Border Pass adalah RM10 dan valid 6 bulan saja. Gambar 2 keping perlu disediakan dan border pass tak boleh di renew tapi perlu dibuat lain selepas expiry.
- Banyak restoran halal kat Danok ni, cuma sedap dengan tak sedap saja.
- Duit ringgit diterima di Danok, tak payah susah-susah tukar.
- Keratan White Card jangan dibuang pasal ianya perlu dikembalikan semasa kita keluar dari Thai.
- Tipping tak dibenarkan dan kalau kena bayar pun (overtime), resit akan diberi.
- Pintu border akan ditutup setiap hari pada jam 12 tengah malam atau 11 malam waktu Thai (Thai lewat sejam dari Malaysia).
No comments:
Post a Comment