Thursday, October 16, 2014
Wednesday, October 8, 2014
Bayview Hotel Langkawi
| Bayview Langkawi (kredit Agoda) |
Jalan Pandak Mayah 1
Pusat Bandar Kuah
07000 Langkawi
+6049661818
www.bayviewhotels.com
Sebab utama pasai apa aku suka hotel ni ialah lokasi dia dekat dengan pusat bandar Kuah. Kalau kita tak sewa kereta kalau setakat nak shopping, semuanya
berdekatan dengan hotel ini. Kalau nak shopping di Haji Ismail Group atau Langkawi Saga Shopping Complex, hanya perlu berjalan kaki. Tapi kalau nak ke HIG Kompleks, kena jalan sikit tapi tak jauh jugak. Cuma kalau yang suka nak shopping di Idaman Suri, kena ambik teksi kalau nak ke sana. Sebenarnya di Haji Ismail Group atau HIG Kompleks pun ada barangan yan sama di jual di Idaman Suri cuma Idaman Suri dia ada barangan keperluan dapur yang dibuat atas nama Idaman Suri.
![]() |
| Pemandangan dari bilik |
Cuma kadar semalam di hotel ni agak mahal..dengan RM220 semalam, kita hanya dapat bilik standard yang agak kecik kecuali kalau kita datang time off-peak. Kalau nak menjamu selera, terdapat restoran tomyam depan hotel dan semua bank boleh kata ada disekitar hotel.
Sunday, October 5, 2014
Le Apple Boutique Hotel KLCC
![]() |
| Le Apple Boutique Hotel (KLCC)..dekat dengan KLCC |
Percaya tak dengan hanya kurang daripada RM200 semalam, kita boleh dapat menginap di hotel bertaraf bintang berdekatan KLCC? Aku dah try Le Apple Boutique Hotel (KLCC) terletak berhadapan KLCC dan bersebelahan dgn Avenue K.
![]() |
| Lobby hotel dengan suasana suram.. |
Alamat penuh:
No. 160 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
+60321793777
www.leapple-klcc.com.my
![]() |
| Bilik superior RM188 melalui Agoda |
Dari hotel ni nak ke KLCC hanya berjalan kaki. Nak naik LRT hanya ke Avenue K yang terletak bersebelahan saja.
Nak makan, Pelita Nasi Kandar
![]() |
| Toilet agak besar dan cantik |
terletak berhadapan dengan hotel ni.
Bersesuaian dengan konsep boutique hotel, dekorasi hotel ni agak berlainan. Cuma di hotel ni tak disediakan dengan sarapan dan tiada kolam renang. Bilik superiornya tak lah sebesar mana dan segala keperluan asas disediakan termasuk fridge.
![]() |
| Jam jadi meja di lobby hotel |
Toiletnya agak besar dan selesa. Almari tak disediakan dan hanya ada tempat sangkut baju sahaja. Iron pun tak disediakan tapi TV dia LCD dgn channel Astro. Dengan harga RM188 (tanpa caj Agoda), tiada komplen!
![]() |
| Dekorasi hotel agak berlainan dari hotel lain.. |
![]() |
| Reception Counter terletak di tingkat satu hotel |
Monday, September 22, 2014
Hotel Harmoni, Kota Bharu
![]() |
| Hotel Harmoni Jalan Temenggong, KB |
Kalau berkunjung ke KB dan mencari tempat bermalam, boleh try Hotel Harmoni.
Terletak berdekatan dengan Menara Jam betul-betul di tengah bandar KB. Dari hotel ni, nak ke Pasar Siti Khatijah atau KB Mall pun dekat.
![]() |
| Menara Jam bersebelahan dengan hotel |
Alamat penuh :
Lot 3761 Jalan Temenggong, 15000 Kota Bharu.
Telefon 09-7447558
Terdapat beberapa kategori bilik:
Standard (1 double bed) RM65
Standard A (3 single bed) RM75
Superior (2 single bed+window) RM80
Superior A (1 double+2 single) RM100
Deluxe (1 single+2 double) RM125
Family 1 (2 double+2 single) RM150
Family 2 (3 single+1 double) RM150
Family 3 (2 double+1 single) RM150
*kadar waktu cuti tambah RM10
![]() |
| Bilik Superior A..ada 1 katil double & 2 katil single utk. 4 orang |
Aku ambik bilik Superior A dengan harga RM110 (cuti sekolah) untuk 5 orang & rasanya amat berbaloi dengan harganya.
![]() |
| Depan hotel |
Biliknya agak besar dan dengan aircond dan shower panas.
Kalau nak makan, terdapat restoran nasi kandar di belakang dan tepi hotel. Di bawah hotel pun ada restoran jual capati & tose.
![]() |
| Lokasi hotel ikut latitude |
Cuma malam kawasan ni agak lengang.
Flask air panas disediakan tapi kena ambik air panas di counter reception. TV biasa dgn HBO. Pada hari Jumaat terdapat jual-jualan di lorong belakang hotel sampai tengahari sahaja.
Kalau berkereta sendiri, kena park di parking Majlis yg bermeter yang ada di sekeliling hotel (Jumaat saja free). Jangan lupa masuk siling (minima 40 sen) pasai kalau leka, senang kena saman sebab aku pun dah kena..uhukkkk..
Sunday, September 14, 2014
Halim Gulai Panas, Langkawi
![]() |
| Ikan kembung dgn gulai panas & sotong goreng tepung |
Salah satu tempat makan yang aku suka kalau pi Langkawi ni ialah Halim (GP) Gulai Panas Airport. Kedai makan dia biasa saja & bukan kedai canggih pun tapi gulai panas dia terangkat.
Terletak di roundabout berhampiran Airport Langkawi, Padang Mat Sirat (Jalan Lapangan Terbang) dan beroperasi waktu malam saja.
![]() |
| Suasana dalam kedai Halim GP |
Baru ni aku try 3 ekor ikan kembong dibuat gulai, sotong tepung untuk 2 orang makan + ulam-ulaman. Harganya RM34 je..gulai dia..phuhhh..sedap macam makan kat umah! Masa aku sampai dalam jam 8 malam, orang tak berapa ramai. Dah sampai apa aku pesan, 5-6 buah kereta sampai dgn family, penuh dah kedai! Kalau ke langkawi, boleh lah try makan di kedai ni..
![]() |
| Yang bestnya, gulai di sediakan selepas pilih ikan. |
![]() |
| Lokasi & contact no..cuti tak menentu kata owner dia.. |
Sunday, August 31, 2014
Mee Udang Pulau Sayak
![]() |
| Ketenangan semasa melalui jalan ke Pulau Sayak |
Kalau sebut Pulau Sayak, kita lebih mengenali tempat ni sebagai tempat tengok anak bulan masa nak tentukan puasa atau raya. Tapi sebenarnya Pulau Sayak juga terkenal dengan mee udangnya yang fresh.
Bagi yang tak pernah ke sini, Pulau Sayak terletak di antara jalan menuju ke Pantai Merdeka. Dari pekan Tikam Batu, ambik jalan ke Kuala Muda/Pantai Merdeka & Pulau Sayak terletak hanya beberapa km sebelum sampai Pantai Merdeka.
![]() |
| Mee Udang Pak Usop yang paling ramai... |
Dalam perjalanan ke sini, kita jumpai dalam 3-4 kedai mee udang. Ada kedai mee udang Paksu, Pak Usop dan Pak Yaakob. Tapi yang paling famos dan menjadi kunjungan ramai adalah Mee Udang Pak Usop.Aku dah penah try Mee Udang Pak Usop & Pak Yaakob dan kali ni aku try mee udang Pak Su. Kedai Pak Su adalah yang pertama kita akan jumpa dan terletak di puncak. Dari kedai dia, kita boleh nampak lautan dan Penang dengan jelas sambil pekena mee udang dia.
![]() |
| Mee Udang Pak Yaakob, agak pedas! |
Harga sepinggan dalam RM9 untuk yang biasa dan RM14 untuk yang special. Yang special tu udang dia dlm 5 ekor dan biasa dalam 3 ekor yang agak besar ibu jari kaki.
Kalau tanya aku apa beza rasa antara kedai Pak Usop, Pak Yaakob dan Pak Su, Pak Usop yang famous tu sedap dan secukup rasa. Mee udang Pak Yaakob agak pedas manakala mee udang Pak Su kuahnya dicampur kacang halus.
Kalau nak banding mee udang yang di Teluk Kumbar, aku rasa setanding dan harganya lebih murah. Udangnya lebih fresh, mungkin udang dari sini jugak.
![]() |
| Kedai Pak Su atas bukit |
![]() |
| Dari kedai Pak Su boleh nampak Penang..cantik! |
![]() |
| Mee udang Pak Su..yang depan mee udang special & belakang biasa |
![]() |
| Kalau nak bermalam di sini, ada beberapa chalet & resort..ni salah satu |
![]() |
| Fishery Research Institute (FRI) pun ada kat sini |
Wednesday, July 2, 2014
Steamboat RM10 Di Sungai Petani
Nak makan steamboat dengan RM10 (RM13) sorang tapi boleh makan tanpa had? Jom kita try Khory Steamboat & Grill (017-5578178) yang terletak di Sungai Petani. Kalau datang dari Tikam Batu sebelum sampai simpang nak ke Pinang Tunggal, restoran ni terletak di sebelah kiri. Aku dah try baru-baru ni, sampai dalam jam 9 malam orang punya ramai. Tapi don't worry, kita relax je depa akan tolong cari tempat kat kita. Just bagitau berapa ramai.
![]() |
| Macam-macam pilihan steamboat.. |
Dulu dah penah try di Kangar jenis steamboat tanpa had ni tapi di sini disamping steamboat, kita boleh grill ayam dan daging (kambing kena bayar extra). Kuah steamboat ni pun boleh pilih samada nak kuah sup atau kuah tomyam.
![]() |
| Dapur untuk masak steamboat dan buat grill.. |
![]() |
| Kueh teow ada, kangkong ada, maggi pun ada..macam-macam ada!! |
Lost World of Tambun, Ipoh
![]() |
| Pintu masuk LWT |
Dulu setiap tahun mesti pergi Lost World of Tambun (LWT) tapi ingat dah dekat 3 tahun tak masuk ke sini.
Dengar kata dah macam-macam perubahan yang ada di sini dan setanding dengan lain-lain taman tema. Di utara selain LWT, yang ada cuma The Carnival Sg. Petani dan Bukit Merah tapi LWT yang paling ok.
Yang tak bestnya, harga masuk setiap tahun naik..uhuk..uhuk..
So, tahun ni masuklah jugak ke Lost World ni!
![]() |
| Harga tiket naik selalu.. |
Macam aku cakap tadi, harga tiket masuk setiap tahun naik.
Sekarang dewasa RM50 dan kanak-kanak yg. lebih 90cm RM43. Aku bawa semua yg dah remaja so tiket dah kira dewasa. Kalau 6 orang dah RM300, kopak aku! Aku tanya staff LWT macam mana nak dapat diskaun. Katanya kalau ada kad Mesra Petronas boleh dapat 15% off. Nasib baik bawa kad tu, dapatlah diskaun RM45; dah kira dekat seorang free masuk tu..Berguna gak kad Petronas ni..
![]() |
| Ni Water Beach Garden |
LWT ni terbahagi kepada beberapa tema:
- Team Building Park
- Swan Lake
- Hot Springs & Spa
- Tin Valley
- Amusement Park
- Petting Zoo
- Tiger Valley
- Water Park
![]() |
| Air hangat di Hot Springs |
Kalau yg suka berendam air panas, boleh mencuba kolam air panas di Hot Springs & Spa. Memang panas sebab airnya dari dalam tanah yang terbentuk 400 tahun dahulu!
Ada macam-macam jenis kolam, untuk kanak-kanak dan dewasa dan yang agak terbuka dan tertutup.
![]() |
| Roller coster..tak laju sangat |
Bagi yang suka cabaran, boleh mencuba roller coster di Amusement Park. Ada juga stormrider, dragon flights, perak parade. giddy galleon dan adventure express.
![]() |
| keretapi pusing LWT |
Kalau yang bawa orang tua, boleh naik keretapi ni..mesti best!
![]() |
| Petting Zoo..bergambar bersama binatang |
![]() |
| Food Court..harga? Jangan tanya.. |
Aku waktu tengahari, keluar beli MCD dekat Tambun dan makan di parking lot. Tapi ingat, bila nak keluar tak boleh keluar ramai-ramai sekali, kena keluar sorang-sorang. Dulu boleh saja keluar sekarang LWT dah buat sekatan. Bila keluar jangan gunting tag tangan, kata nak masuk balik.
![]() |
| Minum petang di Ipoh Street |
Harga makanan di dalam LWT agak mahal tapi biasalah tempat-tempat macam ni. Nasi kandar Vangeeh yang popular di Ipoh, sebungkus RM10 belum masuk minum lagi.
Kalau just nak minum-minum, boleh try kat Ipoh Street.
![]() |
| Adventure River..tarikan utama |
Kira ok jugak ke LWT ni setelah sekian lama tak jenguk. Walaupun tak boleh lawan Sunway Lagoon, tapi bagi orang utara LWT ni selalu penuh orang time cuti sekolah. Kalau free, datanglah ke LWT terutamanya yang ada anak-anak...
![]() |
| Ni kolam paling ramai dengan budak-budak.. |
![]() |
| Sewa pelampung..RM15 + deposit RM10 |
![]() |
| Antara mainan yang agak extreme di sini |
![]() |
| Nak tengok hantu? Masuk ke sini tapi kena bayar RM10! |
![]() |
| Kalau penat dan perlu tido, sewa khemah RM30 sehari.. |
![]() |
| Kalau nak cari bijih timah, boleh try di Tin Valley |
![]() |
| Yang ni, mesti cuba kalau ke LWT |
Subscribe to:
Posts (Atom)













































