Monday, May 12, 2014

Felda Sg. Klah


Kolam air gunung..sejuk!
Salah satu tempat yang menarik di Perak yang ramai tak tau adalah Felda Residence Hot Springs, Sg. Klah yang terletak di Sungkai. Kalau dari Ipoh jaraknya dalam 100km melalui PLUS Highway. 



Keretapi ala Felda
Yang istimewa di sini, taman tema ni di usahakan oleh Felda dan terletak dalam Felda.Lebih istimewanya, terdapat dua jenis punca air di sini; air panas asli dan air gunung. Bayaran masuk hanya RM10 (kalau tak silap).


Rendam kaki dalam kolam air panas.
Masuk saja, kita akan di bawa menaikki keretapi yang lain dari lain. 
Sampai saja, kita boleh pilih nak mandi di kolam air gunung yang ramai atau nak berendam di kolam air panas.

Beli telor di sini dan rebus dan makan.

Yang tak nak mandi, boleh rendam kaki dalam kolam air hangat.  
Ada juga dijual telor untuk direbus dalam kolam ni.
Kemudahan di sini sangat baik

Walaupun bayaran masuk murah tapi kemudahan awam di sini sangat baik.  Ianya merupakan gabungan alam semulajadi dengan fasiliti moden. Bagi yang nak bermalam, disediakan chalet untuk disewa.

Air dari gunung mencurah-curah

Restoran pun ada
Ramai yang merendam kaki..baik untuk kesihatan
Peta petunjuk dalam Felda Residence..family spa pun ada tp kena sewa.


Wednesday, April 2, 2014

Laksa Janggus Balik Pulau

Bagi yang suka makan laksa, boleh try Laksa Janggus, Balik Pulau.Kalau nak ke sana, selepas pekan Balik Pulau (roundabout) ambik jalan ke Teluk Bahang dan bila sampai simpang tiga ambik jalan ke Jalan Baru.  Terus saja dalam beberapa km, akan jumpa restoran ni tepi jalan saja.


Kalau tak nak laksa, cuba makanan lain

Dibuka setiap hari dari 3.30 petang hingga 8 malam kecuali hari Rabu ditutup.Cuma di sini self-servis.

Laksa Penang..muahh sedappp!!





Bagi yang tak suka laksa, boleh cuba makanan lain seperti goreng pisang.






Lokasi, tekan saja GPS kat HP tu..


Monday, March 10, 2014

Nasi Kandar Kampung Melayu, Penang

Nasi Kandar Kampung Melayu..memang popular..
Salah satu restoran nasi kandar yang popular dan rasa original di Penang ni adalah Nasi Kandar Kampung Melayu.  Kalau waktu pagi, boleh ke Flat Kampung Melayu, Ayer Itam untuk mencuba dan kalau waktu petang hingga malam, boleh ke Bandar Baru Farlim (5.400465, 100.289161) berdekatan Pasaraya Sunshine.

Restoran ni terletak dalam Astaka Makanan 3288 dan kalau guna Waze, mesti boleh jumpa restoran ni.  Rasa nasi kandar dia memang original dan bukannya macam Pelita atau Kayu.  Dibuka setiap hari dari jam 4 petang sehingga malam.

Ada no HP tu boleh try call..



Monday, March 3, 2014

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Ramai yang buat rombongan Cik Kiah ke Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim) sejak dirasmikan oleh PM pada 1 Mac lalu. Sebab aku sibuk week end lalu, tak sempatlah nak tinjau.  Baru pagi tadi sempat ke sana, tu pun pasai nak cross ke pulau.  Daripada aku bayar tol bridge pertama RM7, baik aku bayar tol Juru-Batu Kawan cuma RM1.10 (atau RM1.40 dari Juru ke Bandar Cassia) dan naik bridge baru free..

Aku masuk melalui Batu Kawan Industrial Park pasai aku singgah kilang BOSE.  Kalau dari PLUS Highway, lagi lah cepat. 

Jalan masuk ke Jambatan Sultan Abdul Halim dari Batu Kawan

Plaza Toll..harap-harap tak jammed macam Pg Bridge!!
Hanya 2 lorong untuk kereta & 1 lorong moto..rasa sempit sikit!
Pertengahan bridge..kalau dari Mainland, bukan tengah tapi dah 3/4 nak sampai Penang.
Perjalanan mengambil masa 20 minit saja dengan kelajuan sederhana (speed 80km/j).  Hanya 2 lorong kereta & 1 lorong motor berasingan berbanding jambatan pertama yang ada 3 lorong termasuk motor.  

Bagi yang hendak ke Bayan Baru ke bawah (Bayan Lepas, Balik Pulau dll.) elok guna bridge ni.  Kalau nak ke town, Penang Bridge lagi afdal..

Saturday, March 1, 2014

Sup Hameed, Kepala Batas

Sup Hameed Kepala Batas..depan Sunshine Bertam.
Bagi orang Penang terutamanya yang tinggal di pulau Sup Hameed memang dah dikenali ramai.  Terletak di hujung Jalan Penang berdekatan Hotel City Bayview, menjadi tempat melepak setiap petang setelah penat bekerja.

Sekarang orang Seberang Perai tak payah lagi cross ke Penang untuk rasa Sup Hameed ni sebab Sup Hameed telah membuka cawangannya di Bertam, Kepala Batas.  Terletak betul-betul di hadapan pasaraya Sunshine yang merupakan pasaraya terbaru di Seberang Perai Utara ni.  Saya dah mencuba, memang rasanya sama seperti yang di sediakan di Jalan Penang.  Macam-macam sup yang ada dan boleh try sendiri.  Untuk makluman, pasaraya Sunshine ni terletak di belakang Md Donald Bertam.  Boleh try...



Monday, February 24, 2014

Chalet Juwitaku, Teluk Nipah

Chalet Juwitaku, Telok Nipah dekat Pantai Merdeka
Membawa 5 famili bersama-sama anak-anak yg ramai untuk bercuti, Chalet Juwitaku yang terletak di Teluk Nipah, Sungai Petani menjadi pilihan. Chalet ni terletak di Kampung Nelayan, jalan menuju ke Pantai Merdeka.  
Dalam bilik tidaklah sehebat hotel..cuma kipas saja

Terdapat lebih kurang 6 pintu chalet dengan harga RM100 semalam.  Keadaan bilik biasa saja dengan 2 katil single dan kipas angin dan TV. Janganlah nak di bandingkan dengan hotel bertaraf 2-3 bintang, ianya basic sahaja. 




Tempat BBQ dgn alatan & gas memasak
Selain itu, terdapat tempat untuk kita buat BBQ disediakan dengan peralatan untuk memasak dan gas tapi kita bayarlah sikit.


Pemandangan dari chalet dgn latar belakang Gunung Jerai..indah
Chalet ni tereletak atas bukit sikit dan mengadap laut.  Dari chalet ni kita boleh nampak Tanjung Dawai dan lautan yang luas.  Dibelakang lautan terhias Gunung Jerai yang hijau menggunung.

Apa aktiviti yg boleh dilakukan di sini? Selain menikmati keindahan lautan yang indah dan suasana kampung, memancing juga boleh di lakukan.  Walaupun kurang tangkapan ikan dan tepian lautnya berbatu, aktiviti
Suasana tenang dan damai..
mandi-manda hanya ditepi pantai. 


Malamnya kami adakan BBQ dan berborak-borak. Mengumpul semua sanak-saudara di suatu tempat merupakan saat yang paling bernilai dan indah.

Sunday, January 26, 2014

Jalan-Jalan di Bandar HCM

War Remnants Museum
Balik dari Mekong, kami pusing-pusing HCM dan singgah di beberapa tempat tumpuan pelancong.  Tempat pertama, War Remnants Museum memaparkan penderitaan hidup rakyat Vietnam semasa peperangan dengan Amerika.  Tengoklah sendiri bagaimana rakyat Vietnam di siksa semasa perang ni. Amerika juga telah melepas "agen Orange" yang merupakan bahan kimia dan generasi selepas perang juga terkena kesan daripada bahan ni.  Disebelah bawah muzuim, terdapat sekumpulan rakyat Vietnam yang terencat anggota akibat bahan ini dan mereka mencari makan dengan menjual kraf tangan di sini.

Helikopter Amerika Chinok..besar gila!!
Banyak yang kita boleh pelajari daripada apa yg dipaparkan di sini.  Bila peperangan berlaku, tiada belas kasihan antara manusia! Yang penting siksa dan bunuh dulu..yang menjadi mangsa adalah rakyat yang tidak berdosa, kanak-kanak dan orang tua sama saja dibunuh dengan kejam!  Betapa untungnya kita rakyat Malaysia hidup dalam harmoni cuma kita yang tidak tahu bersyukur dilahirkan di sini.
Bom yang membunuh ribuan nyawa!
Kenderaan perang Vietnam
Ho Ch Minh yang menjadi Perdana Menteri waktu itu telah mengutus surat kepada Presiden Amerika supaya menghentikan peperangan tapi tak di endah oleh Amerika. Akhirnya kita tahu apa kesudahan peperangan ini.  Amerika yang tewas menanggung malu yang teramat sangat sehingga terpaksa menghantar Rambo sebagai propaganda Amerika. Sekiranya peperangan di zaman dulu begitu dahsyat kesannya, bayangkan lah peperangan di Iraq, Syria dll negara yang dihancurkan oleh bom Amerika.
Bangunan POS Office
Suasana dalam POS Office...macam Pos Office biasa cuma bangunan lama
Seterusnya kami dibawa ke bangunan POS Office yg terkenal di sini.  Ianya macam POS Office biasa cuma bangunannya begitu lama dan cantik.  Dihadapan bangunan POS Office, terdapat sebuah gereja yang lama.
Hard Rock Vietnam
Seterusnya kami singgah di Hard Rock dan seperti hard rock yang lain, ianya menjual barangan cenderahati Hard Rock. Harganya..biasa lah kalau dah Hard Rock original!
Pusat membeli-belah Saigon Square
Malamnya kami berjalan kaki sekitar bandar HCM dan singgah ke Saigon Square yang menjual pakaian dan beg.  Di Saigon Square ni, jenamanya agak standard dan lebih berkualiti.  
Kopi Vietnam..mesti try!
Dah penat berjalan, kami pekena kopi Vietnam yang dijual oleh penjaja bermotor di hadapan Ben Then. Harganya cuma RM3 satu dan rasanya sedap.

Sunday, December 29, 2013

Hari Ketiga: Cu Chi Tunnels

Selain Mekong River Tour, Cu Chi Tunnels merupakan salah satu tempat yang perlu dilawati sekiranya datang ke HCM.  Jam 8 pagi, Abdullah dah siap tunggu dengan Mercedes nya walaupun bukan dia yang pandu.  Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam dari bandar HCM.

Masuk saja, kita akan dikumpulkan dalam group dan di tunjukkan video tentang peperangan Vietnam.  Selepas tu sorang tourist guide yang fasih cakap org putih yang akan mengetuai group kita dan akan ceritakan satu persatu apa yang terdapat di sini.    

Nampak yg tajam-tajam tu? Bayangkan askar Amerika jatuh dalam ni...
Lepas tu kami ditunjukkan dengan kubu bawah tanah yang digunakan oleh askar Vietnam.  Orang Vietnam ni kecik-kecik belaka dan tiada masalah nak masuk dalam kubu bawah tanah ni.  Khabarnya kubu bawah tanah ni panjangnya sampai ke bandar HCM..panjang tu!
Kalau badan macam org Malaysia, rasanya tak muat nak masuk dalam kubu bawah tanah ni..
Laluan turun ke bawah tanah..ada brani?
Selepas tu kami dibawa melihat patung-patung askar Amerika sedang berehat dan sebuah tank betul yang telah di musnahkan oleh tentera Vietnam.
Askar Amerika sedang berehat..(patung je)
Tank yang dimusnahkan oleh Vietnam dalam tahun 1970..tinggal besi!!
Berikutnya kami di demo oleh tour guide barisan perangkap yang telah digunakan oleh Vietnam semasa berperang dengan Amerika.  Terbayang betapa siksanya askar Amerika yang terkena perangkap ni...memang menyiksakan sebelum mati!
Semuanya perangkap yang ada besi-besi tajam di dalamnya..nyeri betoi!
Satu sudut, di tunjukkan bagaimana askar Vietnam memotong bom Amerika yang tidak meletup untuk diambil bahan letupan di dalamnya.
Askar Vietnam sedang memotong bom Amerika
Setelah penat, kami di bawa ke satu kedai yang menjual minuman dan cenderahati.  Sesiapa ingin mencuba untuk menembak, bolehlah membeli peluru berdasarkan senjata yang kita pilih.  Lepas tu, bolehlah menembak di padang tembak yang disediakan.  Ni peluru betoi-betoi tapi jangan lah bimbang sebab senjata tu dah diikat pada tempat menembak dan kita tak kan tersalah tembak dan ada orang akan awasi.  Lisa Surihani pernah cuba dalam program TV (Romantika kalau tak silap).
Pilih senjata dan bayar harga peluru hidup untuk yang nak cuba menembak
Setelah hilang penat, kami dibawa untuk melihat pembuatan makanan masa perang dari ubi kayu macam roti canai segera.  Makanan ni boleh disimpan sampai berbulan-bulan.
Yang bulat-bulat tu lah makanan yang boleh tahan lama semasa peperangan dulu

Sampai satu tempat, tiba-tiba tourist guide ajak sapa nak ikut dia masuk tunnel.  Aku pun terus joint group masuk tunnel dan aku orang yang terakhir. Tunnel ni punya kecik dan kalau orang bersaiz besar, mesti tak muat. Didalam tunnel ni berdiri tak muat, nak merangkak takut seluar kotor jadi terpaksalah aku jalan itik.  Agak jauh jugak tourist guide ni bawa rombongan kami berjalan dalam tunnel dalam 200 meter sampai aku pun dah semput. Akhirnya lega bila nampak cahaya dihujung tunnel..semput!  Nasihat aku, bagi yang tak fit dan tahan dengan gelap dan sempit, janganlah cuba-cuba nak masuk dalam tunnel ni..tunggu saja kat atas bila semua orang keluar dari tunnel. Penat woooo...

Jalan keluar dari tunnel sebelum aku pengsan dalam tunnel..

Akhir sekali sebelum keluar, kami di bawa ke satu bangsal dan di jamu dengan teh dan ubi kayu.  Hebatnya industri pelancongan di Vietnam ni, ubi kayu pun aku bedal.  Di Malaysia tak penah makan pun ubi kayu ni.
Makan ubi kayu ramai-ramai..

Setengah hari aku di Chu-Chi Tunnel ni memberi satu pengalaman yang lain dari yang lain.  Apa yang kita tengok tak dapat di Malaysia dan kalau ada pun peninggalan zaman perang, tak dikomersilkan macam di Vietnam ni. Orang Vietnam memang bangga dengan warisan dan peninggalan sejarah walaupun kebanyakannya pahit bagi rakyat mereka.

Mereka telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya negara dalam dunia ni yang berjaya mengalahkan Amerika dalam perang sehingga Amerika terpaksa mencipta Rambo untuk menidakkan sejarah kekalahan mereka yang memalukan!

Friday, December 27, 2013

Hari Kedua : Mekong River

Suasana HCM di pagi hari
Pemandangan sepanjang jalan ke Mekong River
Jangan tak tahu yg di HCM cerah awal.  Pukul 5 pagi dah macam pukul 8 pagi.  Hari kedua di HCM dah buat arrangement ke Mekong River. 

Tepat jam 8 pagi, tourist guide nama Abdullah dah call dan minta tunggu di depan Basiroh. Dapat nama dan contact Abdullah ni bila dok ikut forum di cari.com. Kalau tak nak buat private tour macam saya, hotel boleh uruskan tour tapi campur dengan orang lain & harganya murah sikit.  


Abdullah caj saya USD25 seorang/hari termasuk transport, tiket masuk dan makan tengahari. Kenderaan yg digunakan adalah Mercedes MPV dengan kapasiti sehingga 8 orang tapi saya hanya 5 orang satu family.  

Abdullah ni orang Islam Champa tapi warga Vietnam.  Bapa dia pernah merantau ke Terngganu dan Pahang. Tunang Abdullah orang Kelantan dan dijangka akan berkahwin tahun depan.  Dari segi komunikasi tiada masalah.



Yg merah tu kubur orang Vietnam..tengah sawah padi
Perjalanan ke Mekong ni hanya sejauh 85km tapi mengambil masa 2 jam kerana speed kereta di sini hanya 100km dan sekiranya melebihi had ini, polis akan saman serta-merta.  

Sepanjang jalan dihidangkan dengan pemandangan sawah padi dan deretan kedai-kedai.  Kubur orang Vietnam di tanam di tengah sawah padi mereka.  Begitu banyak kenderaan yang menuju ke Mekong.

Bot yg membawa menyusuri Sg Mekong



Akhirnya sampai Sungai Mekong yang terletak di My Tho City, sungai yang mengalir melalui 6 negara sejauh 4,350 km dari China hingga ke akhirnya ke Vietnam.  Ia merupaka sungai ke 12 terpanjang di dunia dan ke 7 di Asia.  Jutaan orang bergantung pada sungai ni untuk kehidupan harian.  Air sungai berwarna teh tarik dan begitu luas.  

Kedai menjual madu asli Vietnam
Setelah diperkenalkan kepada tourist guide yg dipanggil Snow (maksud nama dia dlm bahasa Vietnam) kami dibawa menyusuri sungai dengan bot.  

Mula-mula bot hanya menyusuri tepian sungai untuk melihat kehidupan rakyat Vietnam yang bergantung pada Sg Mekong. 

Kemudian kami dibawa ke sebuah pulau yg terletak di tengah-tengah sungai.  Disini terdapat restoran yang menjual madu asli Vietnam. 









Hidangan teh madu

Kami dihidangkan dengan minuman berasaskan madu sambil lebah-lebah menyanyi ditepi telinga kita macam nyamuk! Kalau nak beli madu pun boleh cuma saya tak beli pasal yg beli di Cameron pun tak habis lagi.



Harga madu disini boleh tahan jugak harganya!








Perusahaan membuat candy kelapa
Destinasi berikutnya, bot akan singgah ke satu tempat dimana terdapat perusahaan membuat candy daripada kelapa. Semuanya dibuat dengan tenaga manusia dan bukannya mesin! 

Oleh kerana kami kurang suka candy, kami hanya melihat tanpa beli apa-apa.  


Gadis ni jugak pandai nyanyi lagu Madu dan Racun
Melangkah ke dalam, kita akan melihat kedai-kedai menjual kraf tangan dan barangan kulit. Macam-macam yg dijual daripada baju kanak-kanak hingga ke beg kulit burung unta.  

Penat berjalan, tourist guide bawa ke satu tempat rehat sambil makan buah-buahan. Sambil makan, ada beberapa gadis Vietnam akan mendendangkan lagu-lagu Vietnam diiringi dengan  petikan gitar.  


Tengok berapa banyak sampan..bergesel!
Gadis-gadis ni juga pandai mendendangkan lagu Melayu termasuk lagu Madu dan Racun. Buah-buahan yg dihidangkan dah termasuk dalam pakej dan kita hanya bagi tip kepada gadis-gadis yang menyanyi tadi.  

Selepas habis lelah, kami dibawa ke dalam lagi dimana telah menunggu deretan sampan-sampan yang kebanyakannya didayung oleh wanita Vietnam yang agak berusia.  

Begitu banyak sampan-sampan ni sehingga jammed dan bergesel sesama sendiri.  Setelah jenuh bergesel dan dihimpit oleh sampan-sampan yang banyak, akhirnya baru sampan kami berjaya keluar dan didayung oleh 2 wanita Vietnam.  


Bergesel sampai kena tolak..jangan letak tangan tepi sampan,
naya kena himpit!
Siksa sungguh tengok mereka mendayung tapi sungguh gigih wanita ni..kalau bagi saya mendayung, seminggu tak bangun pasal tangan cramp!  


Makan tengahari kami...sedap!!
Begitu sukar hendak mencari sesuap nasi sehingga terpaksa memerah keringat setiap hari. Setelah hampir setengah jam perjalanan, kami sampai dimuara sungai dimana sudah menanti bot yang menghantar kami tadi. Setelah memberi setikit tip pada 2 wanita yang mendayung tadi, kami pun beredar.  Dalam bot telah tersedia kelapa muda setiap sorang untuk menghilangkan dahaga.  


Pasar Binh Tay..banyak jual kain cotton

Sampai di Jetty, kami mengucapkan terima kasih kepada tourist guide kami; Snow. Kami singgah membeli t-shirt Hard Rock dan Mekong River. Walaupun t-shirt disini murah (RM6 sehelai) tapi kualitinya (agak nipis) kurang daripada yang dijual di bandar.  Kami singgah makan di sebuah restoran halal (dalam pakej) dan rasa masakan orang Islam Vietnam yang sedap. Masakannya umpama makan di rumah kita kerana rempah ratusnya dibawa dari Malaysia.


Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami singgah ke pasar Binh Thay yang menjual pelbagai kain dan beg.  Begitu ramai dalam pasar ni sampai nak jalan pun tak boleh.  

Kebanyakan kaum wanita membeli kain cotton dan jubah yang boleh disiapkan dalam sehari sahaja.  Harganya jauh lebih murah dari tempat kita tapi kena pandai tawar menawar!  Ringgit boleh digunakan di sini dan lebih untung kalau guna RM. Setelah sejam berada disini dan hampir RM500 terbang, kami pun bertolak balik.


Antara gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang lawatan ke Mekong River...
Peta perjalanan di Mekong River..Pulau tu lah kita akan lawati.
Sungai Mekong..luas dan begitu panjang
Bandar My Tho City daripada Sunga Mekong
Ni bukan Penang Bridge tapi jambatan yang merentasi Sg. Mekong
Tengok brapa sesak dgn sampan!

Suasana dalam Binh Tay..sesak